Jerebu?Cerah..bermatahari..tapi udara tidak sihat. Saya fikirkan jerebu hanya teruk melanda Johor dan selatan yang berdekatan. Diberitakan pula beberapa ekar tanah di Klang 'terbakar' dan kualiti udara kami juga turut terjejas.
Teringat pesanan Rasulullah, di antara tanda hampirnya kiamat adalah bumi dilanda 'asap'. Akurlah kita, bumi semakin tua. Janji Tuhan pasti tiba, tinggal kita sahaja yang perlu sentiasa mengingati ikrar sebagai hamba.
Allahu rabbana, lindungi kami dengan kasih, keampunan, perhatian dan perlindunganMu..
June 22, 2013
June 20, 2013
Takziah Untuknya
'Adik akak Miza Hasmiza n Lan, moga Allah menganugerahkan kekuatan dan kesabaran yang sakti buat kalian. Mudah lafaz, sejujurnya hanya Allah Yang Maha Mengerti tika hati diuji, yakinlah..janji Allah utk orang2 yang sabar dan redha...
Kalau Miza nak menangis..menangislah dik..Dia tak marah..tapi menangislah dengan sifat hamba..Dia sentiasa dekat..Dia bagi Miza dan Lan saham termahal di syurga sana.....tiba2 akak teringat coretan Kak Fadh dan Abg Fadz..mereka juga pernah diuji kehilangan yang sama. Kalian yang di'anugerah'kan ujian ini adalah ibubapa yang hebat dan terpilih..Anakanda Ahmad tidak perlu bersusah mengharung fitnah dunia, dia sudah tersenyum di sana!
Maaf dik, x dapat hadir pengkebumian..doa kami sentiasa mengiringi..'

Catatan di atas adalah catatan saya di dinding FB sahabat dan adik saya Hasmiza. Anak ketiganya Ahmad Zafran berusia 9 bulan telah kembali ke rahmatuLlah kerana ketumbuhan pada otak. Menjadikan hati terharu dan sedih kerana ia berlaku dalam tempoh yang amat singkat. Allahyarham Ahmad yang sihat, koma dan disahkan ada ketumbuhan dalam otak. Singkat sangat perjalanannya, dan menurut Miza, dia masih menyusukan Ahmad ketika masih koma,,subhanaLlah
Dari Allah kita datang..kepadanya kita kembali
*sebenarnya saya tidak mampu menulis panjang..sebak!
June 18, 2013
Keputusan Peperiksaan KAFA Anakanda Amar
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi, masih diberi pinjaman nafas dan kehidupan :)
Semalam, saya tidak sempat nukilkan catatan Isnin yang 'ketat'. Hari ini saya cuba sempatkan catatan perkongsian pengalaman menandatangan Kad Kemajuan anak di KAFA, khususnya untuk keputusan Peperiksaan Pertengahan Semester yang lepas.
Sebelum ini, Amar maklumkan saya dia telah dipindah kelas ke 1 As Syams, saya rujuk terus kepada gurunya di kelas asal 1 An Najmi (bimbang seandainya ada yang tak kena). Beliau memaklumkan, pada asal kemasukan Tahun 1, pelajar ditempatkan secara 'random' di mana-mana kelas (ada 3 kelas untuk Tahun 1 di KAFA Integrasi Puncak Alam 3). Kemudian, berdasarkan prestasi peratusan yang diperolehi pelajar ketika Peperiksaan Pertengahan Semester 1, pelajar diletakkan ke kelas mengikut turutan prestasi. As Syams untuk kelas pertama, Al Qamar untuk kelas kedua dan An Najmi untuk kelas ketiga. Alhamdulillah, lega mendengarnya.
Petang ini, saya bawa Iman dan Rayyan bersekali bertemu dengan guru kelas Amar, melihat dan mendengar secara langsung pandangan gurunya pada anak sulung saya itu. Alhamdulillah, di sebalik komen-komen positif seorang guru, dia tetap jujur menyatakan ke'biasa'an seorang pelajar lelaki..lasak, suka main, tulisan 'cantik' :).
Secara tak langsung juga gurunya bertanyakan saya..'siapa ajar dia mengaji?' 'saya', spontan saya menjawab. 'Arab? Arab dia bagus, ada ajar di rumah?'. Dengan ikhlas saya menjawab, 'Amar memang suka bahasa arab, saya ajar mana yang tahu..alhamdulillah' . 'Amar cepat tangkap, dan dia kurang suka diajar berlama-lama',ujar gurunya lagi. 'Maksud Puan?' saya bertanya lanjut. 'Dia mudah faham apa yang kami ajar, tapi bila dah lama dan diulang..dia macam bosan sikit.',jelasnya lagi. 'Ok'. Saya ajukan pada gurunya, Amar bukan jenis suka mengulangkaji, untuk peperiksaan ini sahaja dia seperti tak endah, saya cuma pastikan dia buat kerja rumah dan 'buat cerita' tentang pelajarannya. Sememangnya selepas ini, kami perlu lebih 'aware' apa yang dia belajar di kelas, cuba adapt into daily live, dan kerap bercerita/ menerangkan secara tak langsung.
Catatan ini saya berharap menjadi rujukan anak-anak saya suatu masa nanti, bukan tujuan bermegah atau menunjuk, tetapi sebagai satu cara untuk mereka mengetahuinya kelak, bagaimana kami berusaha dan menyokong mereka dalam pelayaran ilmu mereka, dari sekecil kaki mereka umpama lebar tapak tangan kami hinggalah dewasa nanti..insya Allah.
Keputusan Amar untuk peperiksaan kali ini. Tahniah anakanda..semoga Allah merahmati dan memberkati ilmu yang dipelajari.

June 16, 2013
Celoteh Sang Puteri
Iman baru berusia 4 tahun 7 bulan. Dia mula bercakap seawal 16 bulan. Lebih awal berbanding Amar dan Rayyan. Saya catatkan di sini sebahagian perbualan saya dan Iman pada hari ini.
Anak Patung ada stroller
Bila Iman tengok iklan 'baby alive'..
I : Ummi, Iman macam suka sangat kalau ada anak patung tu, tapi mesti siap ada stroller tau..
U: Kenapa perlu ada stroller?
I : Iman ni keciklah Ummi, susah nak dukung anak, berat nanti..lagipun bila jalan-jalan 'anak' Iman biarlah pandang depan..
Amboi..jauhnya pandangan
Piano
I : Ummi, cakapkanlah dengan abah, belikan Iman piano, warna pink tau
U: Iman pandai ke main piano?
I : Pandai, kalau Iman ada piano Iman pandai, tapi sebab tak ada lambat lah pandai
Hmmm..ialah tu Iman
Roti (ketika lalu kilang Fuji Bakery)
I : Ummi, Iman rasa hidung Iman sedang 'menangkap' sesuatu..
U: Tangkap?tangkap apa Iman
I : Menangkap bau roti..jom cari roti ke, kek ke..Iman rasa macam 'menangkap' sedap..
U : Iman ni..bila nak je terus minta..tak semestinya kalau minta terus dapat Iman..
I : Ummi ni dah lupa ye?Kan Ummi cakap kanak-kanak ni ahli syurga, dalam syurga semua kita nak Allah bagi. Iman ni kanak-kanak..ahli syurga..kalau nak..kita dapatlah
Err..Ummi termangu seketika

June 15, 2013
Alihkan Stress
Hampir 2 tahun saya kini bergelar surirumah sepenuh masa, Alhamdulillah saya semakin selesa dengan situasi dan rentak selaku SAHM (Stay At Home Mother). Begitu juga semakin menyesuaikan diri dengan perkembangan anak-anak yang 'berkembang' di depan mata. Pun begitu saya tidak meletakkan tanggungjawab ini sematanya ibu yang memelihara anak, malah lebih dari itu.
Pengalaman sebagai petugas di NGO, pengurus kira-kira di firma guaman malahan sebagai akauntan di badan berkanun saya curahkan dan dan saya sepadukan dengan tugas dan peranan saya di syurga kecil kami. Termasuklah juga 'Pengurusan Stress'! Beza usia anak yang memasing berjarak 2 tahun dan (sedikit) lebih, menyediakan saya ribuan peluang untuk turut belajar mengenai keperluan, kehendak dan 'ancaman' yang mereka lalui.
Bagi tujuan perkongsian kali ini, saya ajukan berkaitan Rayyan dalam fasa 'amuk'nya. Pada ketika ini, Rayyan yang berusia 2 tahun setengah sedang banyak cakap, kerap bertanya, kuat kemahuan dan mudah mengamuk. Dia juga sangat cemburu bila saya membaca, memasak, malahan bila saya berbicara di telefon hatta dengan abahnya. Cemburu Rayyan bukan sekadar merengek, malahan menganjur kepada menangis dan menjerit seterusnya 'bergayut' tidak mahu lepaskan saya, membuatkan beberapa tugasan rutin saya tidak dapat selesai dengan sempurna. Amuk permata bongsu saya pula tak makan pujuk dengan orang lain.
Rakan kongsi utama saya sudah tentu suami saya. Bagaimana anak, bagaimana saya, bagaimana dia selalu kami bincang dan cakna bersama. Suami sangat memberi ruang untuk saya 'berkarya' sebebasnya dalam mendidik dan memandu anak-anak. Dia tidak memaksa untuk rumah sentiasa kemas dan rapi juga sangat memahami andai saya kadangkala terpaksa 'beli' atau keluar membawa anak-anak makan luar. Mengurus manusia jauh lebih mencabar dan 'pengurus'nya juga harus lebih diurus ketenangannya :).
Maka, bila Rayyan dalam proses amuknya, kadangkala saya biarkan dia reda sendiri. Walaupun bingit telinga dengan teriakannya, saya pandang matanya tepat-tepat, sejukkan gaya pandang dan pujuk hati sendiri untuk bersabar. Menyabarkan orang lain mudah dilafaz, tapi hakikat memujuk diri sendiri sangat mencabar.
Bila tidak sempat mengemas mainan, melipat kain baju. Sediakan bakul dan kotak-kotak berasingan yang memudahkan kita 'menyimpan' seketika khazanah-khazanah berharga di dalam rumah, juga mengelakkan 'gangguan' mata :).
Dan, bila ragam mereka sangat menguji minda, masak pun boleh terganggu, selera juga boleh berubah-ubah. Tenangkan hati, ubah 'mind setting'. Bila kita tidak dapat menyediakan hidangan sempurna, sesekali bawalah mereka keluar. Alihkan tugas memasak itu kepada dapur-dapur restoran, alihkan tenaga kita dengan tumpuan pada mereka ketika berpergian pula, :). Automatik, suasana berubah seketika dan aura negatif yang men'stress'kan dapat dihilangkan bukan?
Gambar-gambar di bawah adalah salah satu cara saya meng'alih'kan tugas dan stress saya. Moga ada manfaatnya, apa-apapun saya sangat bersyukur dengan peluang terindah yang Allah berikan untuk saya bersama mereka, tidak kira bagaimana dan apa yang kami lakukan :).
Itu sebahagian cara 'alihkan' stress, pastinya banyak lagi cara lain kan?
*Pada waktu ini, permata-permata hati saya sedang tidur tengahari, kepenatan! Seusai Subuh tadi kami bawa mereka sarapan dan jalan-jalan cari lauk, maka saya sempat menari jari di sini bertemankan suami tercinta :).

Bawa makan di luar..
Layan diri sendiri
Baca novel :)
Ajak anak-anak susun buku
Ambil angin
Jalan-jalan siber...:)
Itu sebahagian cara 'alihkan' stress, pastinya banyak lagi cara lain kan?
*Pada waktu ini, permata-permata hati saya sedang tidur tengahari, kepenatan! Seusai Subuh tadi kami bawa mereka sarapan dan jalan-jalan cari lauk, maka saya sempat menari jari di sini bertemankan suami tercinta :).
June 13, 2013
Raikan Penghulu Hari, Alukan Penghulu Bulan
Jumaat adalah 'sayyidul ayyam', penghulu hari. Kita digalakkan memperbanyak syukur, istighfar, selawat di hari Jumaat dan sebaiknya kehadirannya diraikan dari hari sebelumnya iaitu hari Khamis. Contohnya dengan berpuasa sunat Khamis dan membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat.
Ramadhan adalah 'sayyidul shahr', penghulu bulan. Kita juga seharusnya mengambil peluang dengan mengalu-alukan kehadirannya bermula bulan Rejab dan Sya'ban. Perbanyakkan membaca al Quran, bersedekah, mantapkan juga puasa Isnin dan Khamis kita seolah-olah kita melatih perut dan badan untuk Ramadhan.
Oh..jangan lupa..awasi juga sebaran hadith dan dalil-dalil palsu berkaitan kelebihan Rejab, Sya'ban dan Fadhilat Tarawih. Kita digalakkan beramal, tapi beramallah dengan ilmu. Andai kita tidak tahu, maka carilah pengetahuan itu. Andai kita kurang ilmu, maka rujuklah pada mereka yang thabit ilmunya.
Selamat Bersedia..Selamat Beramal..:)

June 12, 2013
Hakikat Kekayaan
Kaya itu nilaiannya bukan setakat pada harta yang tampak fizikalnya. Sebagai manusia kita sering dihinggap rasa cemburu melihat kesenangan, kemewahan orang lain. Sering terdetik di hati 'alangkah bertuahnya mereka, lahir-lahir sudah kaya-raya, celik-celik sudah duduk seperti di istana'.
Pujuklah hati, sentiasa bersangka baik dengan ketentuan Allah. Didiklah jiwa untuk tidak pernah berputus asa berusaha. Asuhlah tindakan kita untuk sentiasa berlapang dada dan berasa cukup dengan apa yang Dia anugerahkan. Berdoalah kita agar biar mana kaya pun kita, jangan sampai kita jadi miskin jiwa.
Pesan Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,
' Kaya itu bukan kerana banyaknya harta, tetapi kaya itu adalah kerana kayanya jiwa'
Mari kayakan jiwa!

June 11, 2013
Fikir Petang
Saban petang kadangkala lisan kita akan terungkap;
'Allah..dah petang dah..sekejap je masa berlalu..buat itu buat ini..dah nak habis hari'.
Hakikatnya masa itu sentiasa beredar dengan fitrahnya, dengan izin Allah jua. Terpulang kita menyalurkannya ke arah mana.
Fikir-fikir balik, bermula dari seawal Subuh, bagaimana hari kita dimulakan. Sejauh mana juga niat dan tindakan kita dipaksikan?Untuk siapa dan untuk apa? Hidup ini hanya persinggahan, ibarat satu 'checkpoint' dalam perjalanan seorang hamba musafir dan dunia ini pula tak ubah sebuah kenderaan yang membawa kita ke tahap seterusnya yang lebih abadi.
Selamat berpetang-petang dengan fitrah Islam..
Selamat berpetang-petang dengan kalimah ikhlas
Selamat berpetang-petang dengan Din yang dibawa junjungan kita, Muhammad SallaLlahu'alaihi Wasallam
Selamat berpetang-petang dengan millah Nabi Ibrahim yang lurus..
Moga hati dan tindakan kita terpelihara dengan rahmat dan ampunanNya..

Soto 'Favourite' - Edisi Kemaskini
![]() |
| Amar-mangkuk kecil
Saya pernah kongsikan tentang cerita soto terbaik sebelum ini. Soto yang saya dan suami cari kalau kami pulang ke kampung halaman kami. Saya kemaskini cerita soto itu kali ini. Sekarang, kami sudah tinggal berhampiran kampung halaman, jadi tidaklah berapa jauh kalau lidah kami sesekali nak 'menyoto'.
|
![]() |
| Iman comel, mangkuk pun comel |
![]() |
| Ummi - Mangkuk sama kapten lah kan? |
![]() |
| Rayyan-makan ayam dengan nasi impit sahaja, soto Ummi habiskan :) |
![]() |
| Soto Ummi, dengan nasi impit tambahan dan cili kicap. |
Jom me'nyoto' :)
June 10, 2013
Petang 1 Sya'ban
Bismillah..sekadar coretan petang..
Sya'ban sudah menjengah, Ramadhan yang barokah akan menyusul, dengan izin Allah dan dilanjutkan usia kita akan bertemu dengan penghulu bulan itu. Medan tarbiyah hati dan diri yang sangat baik untuk dimanfaatkan selaku hamba Allah di muka bumi ini.
Sebagai manusia biasa, makhluk ciptaanNya, kita tak pernah sunyi dari alpa, silap, salah dan dosa. Meskipun segala kekurangan itu 'tetap' kita lakukan, namun Dia tidak pernah meng'abai'kan kita. Terlalu luas nikmatNya untuk kita hitung, terlalu kerdil 'persembahan' dan 'peranan' hamba juga khalifah yang kita sepatutnya jalankan.
Mari sama-sama menghitung 'dosa' dan 'pahala'
Mari kita sama-sama bersyukur dengan nikmat Iman dan Islam yang Dia anugerahkan kepada kita
Mari kita sama-sama perkuatkan hati, tekad dan tindakan untuk menjadi hambaNya yang sentiasa berharap ampunanNya, ia bukan sekadar doa...

June 08, 2013
Anak Saudara Baru
Diari cuti sekolah kami diakhiri dengan berita menggembirakan buat keluarga khususnya keluarga mertua. Azi, adik perempuan suami saya selamat melahirkan bayi perempuan keduanya tepat jam 6.20 petang tadi di Hospital Banting. Kebetulan, kami pulang ke kampung mertua hujung minggu ini dan berita kelahiran cucu abah dan mak yang ke 9 adalah sesuatu yang seronok untuk dikongsikan keraiannya di kampung.
Ketika ini Azi masih di wad, kami pula bermalam di rumah mertua. Lewat malam begini, cucu-cucu abah dan mak masih bertenaga meriuhkan rumah mereka.
:)

Awas Tipudaya Kereta Tunda
Berita ini berita benar seorang sahabat saya. Nik Faizal namanya. Beliau menjadi mangsa sindiket penipuan trak tunda dan bengkel yang mengenakan caj melampau atas kerosakan keretanya di sebuah hentian lebuhraya. Moga jadi pengajaran dan jadi peringatan untuk kita semua. Kisah Nik Faizal turut dimuatkan dalam akhbar Kosmo seperti link di bawah;
Muslihat Trak Tunda
Subscribe to:
Posts (Atom)