Bismillah...
Sungguh saya tidak sempat mem'blog'. Banyak sebenarnya ingin ditulis tetapi semuanya tidak lahir di hujung jari.
Saya letakkan dulu gambar 3 buah hati ini. Gambar ketika percutian singkat kami di Bukit Fraser 05-06 April lepas. Cerita panjang... kemudian :) .
April 11, 2014
April 07, 2014
Anak Gayong BPA
Dengan Bismillah mula dikata...
Itu bait pertama dalam lagu Seni Silat Gayong Malaysia.
Entri ini entri tertunda :). Alhamdulillah, anak-anak gayong Puncak Alam telah menjalani ujian bengkong pertama mereka sejak gelanggang di sini dibuka tahun lepas. Bangga melihat kesungguhan mereka. Tahniah juga kepada penganjur dan pengendali PSSGM di Bandar Puncak Alam.
Minggu ini, mereka sudah berlatih silat dengan bengkung baru, Awan Putih khususnya buat pelatih-pelatih cilik, termasuklah anakanda Amar. Semoga terus diberi kekuatan mental dan fizikal para gurulatih, pengurus dan pelatih. Moga warisan ini dapat diteruskan lebih perkasa lagi.
April 02, 2014
Serigala Cintaku-Bab 5
'Ak-tu-a-ri'
............................
Istilah yang masih asing buat gadis berusia 15 tahun itu,
Keinginan Zahir untuk berpindah sekolah bakal menjarakkan mereka...
Adha menyanggah dalam kiasan...

March 26, 2014
Serigala Cintaku-Bab 4
Sudah lama berdiam.
Serigala muncul kembali dengan bab yang terkini.
Masih lagi berlatar tahun 1995, watak Adha, Zahir, Dhiauddin dan Fikri bakal dewasa dalam bab-bab mendatang...
Baca dahulu kisah remaja mereka...
Serigala Cintaku- Bab 4

March 13, 2014
Burung MH370
Bismillah.
Agak lama saya tidak kemaskini tulisan di sini. Jerebu, catuan air, kehilangan MH370 menjadi kegusaran negara. Selain itu, saya juga mengejar 'dateline' sekumpulan penulis baru dalam siri 'Komplot ke Syurga'. Projek 'Serigala Cintaku' yang baru masuk Bab 3 turut menghambat waktu peribadi saya.
Entri kali ini, saya dedikasikan buat Iman, anak dara saya nan seorang. Gambar yang saya pautkan ini diambil oleh guru tabika Iman. Dalam satu slot pengajaran, kanak-kanak diajar dan dipandu dari sudut kreativiti dan estetika. Mereka diajar membuat lipatan kertas berbentuk burung.
Saya tersenyum membaca 'tag' dari Cikgu Nabilah menyatakan tentang Iman yang menulis 'MH 370' pada burungnya. Burung jadi kapal terbang, begitu hala fikir Iman kala itu. Mungkin dia terkesan dengan TV di rumah yang asyik memilih saluran Awani. Kami hadkan tontonan kartun dan lain-lain, bertumpu kepada khabar khas dari berita mengenai misteri kehilangan MH 370.
Tidak mahu mengulas panjang tentang peristiwa bersejarah dalam negara juga antarabangsa ini. Mungkin jika berkesempatan, akan menulisnya dari sudut pandangan yang lain
Untuk Iman, moga catatan ini berharga untuk hari ini dan akan datang.

![]() |
| Iman dan tangan comelnya |
March 05, 2014
Serigala di Langit Kelabu
Bismillah.
Kami berpagi-pagi dengan jerebu yang sangat tebal hari ini. Lampu kereta terpaksa dipasang, jarak penglihatan memandu sangat terhad.
Anak-anak juga tiba lewat di sekolah masing-masing. Dek kabus yang tebal, kenderaan bergerak perlahan dan simpang utama menjadi sesak.
Di balik kelabunya langit, 'Serigala' saya gigih memunculkan diri.
http://bit.ly/1fFB0bi

March 04, 2014
Persediaan Catuan Air
Bismillah. Sudah lebih 24 jam kami ketiadaan bekalan air. Kediaman kami termasuk dalam zon 2 catuan air di daerah Kuala Selangor. Sebelum catuan pada Ahad lepas, kami sudah sedia;
1. Basuh pakaian kotor pada hari Jumaat (termasuk pakaian sekolah anak-anak)
2. Takung air dalam tong besar, periuk besar, jag-jag air (untuk air minum), termos besar, besen dan segala baldi.
3. Simpan juga air dalam botol-botol kecil bertutup (untuk wudhu')
4. Tinggalkan rumah dengan paip utama (di hadapan rumah yang bermeter itu) tidak bertutup.
Kami tinggalkan rumah Jumaat itu kerana ada urusan rasmi keluarga di Batu Laut, maka Alhamdulillah tangki berisi penuh ketika pulang semula petang Ahad.
Mengikut jadual, esok giliran zon 1 yang tiada air. Setakat ini, kami masih mandi, masak secara normal dengan air yang keluar dari paip (air tangki). Air-air takungan masih dalam mode standby.
Namun begitu, langkah-langkah ini juga perlu diambil kira;
1. Ajar anak ambil wudhu' anak guna segayung air
2. Air mandi ditadah semula untuk tujuan siram tandas sesudah buang air kecil dan besar. Juga untuk siram pokok bunga :).
3. Jangan makan makanan yang berisiko cirit birit.
4. Tutup paip utama bilik air untuk 'kanak-kanak' yang belum faham perlu jimat air.
Pada kes kami, Rayyan suka main air dan tak suka dimandikan. Strateginya, tadah sebaldi penuh air. Kemudian, tutup paip utama bilik air. Maka, hendak tak hendak kanak-kanak Ribena itu terpaksa redha :).

February 28, 2014
Serigala Makan Mee Segera?
Bismillah..
Hari ini hari lahir saya...alhamdulillah.
Pada hari kelahiran ini saya pautkan dulu bab terbaru karya saya di Ilham
Kisah 'serigala' yang menjamah mee segera :)
Serigala Cintaku-Bab 2

February 27, 2014
Bila Terputus Bekalan Elektrik
Malam tadi, rumah dan taman kediaman kami bergelap. Tepat jam 2.45 pagi hingga 3.45 pagi. Bersendirian mengurus anak di rumah, lantas saya mengambil langkah-langkah ini.
1. Buka tingkap bilik utama.
2. Kejut anak-anak dan kumpulkan mereka dalam satu bilik.
3. Cari kunci kereta (bersedia untuk tekan alarm jika ada kecemasan).
4. Pasang lilin di tangga utama dan bilik, jauh dari langsir.
5. Bakar ubat nyamuk berlingkaran (mujur ada stok).
6. Telefon 15454 untuk maklum kepada TNB
Dari pengalaman ini, saya tambahkan tips ini pula;
* Pastikan telefon dalam keadaan ber'bateri'. Memang sangat membantu.

February 26, 2014
Karya Sulung
Bismillah...saya malu-malu sebenarnya. Cuba untuk melawan debar sendiri...
Ini karya sulung saya di portal Ilham Karangkraf, jemputlah baca :)
Serigala Cintaku-Bab 1

February 22, 2014
Kenapa Silat?
Kenapa silat?
Catatan ini saya tulis ketika saya menunggu Amar yang sedang menjalani latihan di gelanggang silat, juga mengawasi Iman dan Rayyan yang sedang bermain di padang permainan berdekatan.
Lazimnya, waktu ini saya peruntukkan untuk membaca, melayari internet atau paling tidak menulis catatan-catatan ringkas sebegini.
"Kenapa silat?"
Itu soalan Amar tatkala saya dan suami sibuk-sibuk mencari gelanggang yang menawarkan latihan ketika dia masih di Tahun 1. Ketika itu, kami ber'pusing-pusing' sekitar Bandar Puncak Alam, dikhabarkan ada di SM BPA tapi ia khusus untuk kegiatan ko-kurikulum mereka. Dikhabarkan pula ada gelanggang dibuka di Felda Bukit Cherakah. Terasa jauh sangat pula.
Sehinggalah kami ternampak 'banner' pembukaan gelanggang PSSGM di Shah Alam 2.Tepat! Inilah yang kami cari. Jauh masih boleh dijejak. Dekat? Tidak terlalu dekat.
Menurut Amar, di sekolahnya ada karate, diajar guru berbangsa India pada setiap Sabtu. Benar, jika sekadar untuk ilmu mempertahankan diri, apa jua seni bela diri boleh disertai. Namun, ia tetap terpulang kepada kita untuk membuat pilihan.
"Kenapa silat?"
Berbalik kepada soalan asal.
Pertama,
gurulatih atau tenaga pengajarnya saya pastikan Islam. Melayu itu bonus. Mengapa? Gelanggang silat wajib dibuka dengan Al Fatihah, Ayatul Kursi, Surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas. Dibuka dengan menyebut nama Allah dan selawat ke atas junjungan Rasulullah SallaLahu 'Alaihi Wasallam.
Kedua,
ciri latihannya. Tidak mengejar kenaikan bengkung semata-mata. Pelatih pula sentiasa diingatkan tentang menunaikan/ mencukupkan solat sebelum latihan (latihan bermula 9 malam). Pelatih lelaki dan perempuan seboleh mungkin diasingkan. Salam 'gayong' juga mengambil kira keterbatasan di antara lelaki dan perempuan.
Ketiga,
ia adalah pusaka nusantara. Tak dinafikan tiap satu perkara ada kurang dan khilafnya. Namun, tidaklah mulia bangsa itu andai ia sendiri yang tidak menaikkan kemuliaannya.
Keempat,
dahulunya saya juga 'anak harimau'. Ketika masih bersekolah menengah dan bersambung 'sedikit' tika di universiti. Namun, saya hanya tersangkut di 'awan putih'. Secara peribadi saya impikan anak dan keturunan saya meneruskan langkah serikandi yang tidak menjadi ini, malahan ke peringkat yang lebih tinggi. Moga kuat juga jatidiri mereka.
Ketika saya mengakhirkan catatan ini, berkali-kali juga bibir saya tersebut 'zat!' tika gurulatih memandu latihan anak-anak gayong di gelanggang sana. Rasa terpanggil-panggil untuk kembali beraksi. Sudah beranak tiga berbedah juga tiga kali...mampukah?
Gayong!
Genggam Angkat Yakin Waras Ngeri!

Subscribe to:
Posts (Atom)