November 11, 2015

Doakan yang baik-baik

Betapa lamanya saya tak menjenguk blog sendiri. Banyak faktor, tapi yang paling utama adalah faktor diri sendiri. Faktor komitmen, kesungguhan dan peruntukan masa.

Saya sudah ada buku kedua. Antologi Cerpen Muzikal 2. Bertajuk Not, saya jadikan lagu Rahsia Pohon Cemara sebagai latar cerita yang saya garap. Nanti. Saya akan bercerita lanjut tentang Not di catatan lain. Insya -Allah.

Saya sudah serius menjual pes resepi turun-temurun. Dengan cara yang manual, dengan kesungguhan suami untuk memperkenalkan air tangan sendiri, saya bersama beliau cuba menembus pasaran tempatan dengan dimulakan jualan di kalangan sahabat-handai. Insya-Allah, menyusul juga di catatan lain. Tajuk? Pes RIA. Apakah RIA? Juga akan dibentangkan di catatan akan datang.

Saya juga asyik dan terikat dengan amanah mengurus ketiga-tiga buah hati yang bersekolah. Ok. Mereka sudah di penghujung sesi 2015. Pastinya cuti sekolah menjadi medan ujian berganda-ganda buat saya sebagai Ummi.

Doakan yang baik-baik.

May 26, 2015

Sapu Sawang

Assalamualaikum....

Maaflah...memang tak sempat nak menjengah ke blog sendiri. Lama sungguh saya tak catakan sesuatu di sini.

Saya akan kembali. Insya Allah.

Cerita saya, pastinya tentang anak-anak.
Kemudian, cerita tentang projek penulisan saya. Saya sudah ada buku kedua!
Satu lagi cerita, saya dan suami sedang usahakan produk jenama sendiri. Apa dia? Tunggu...saya akan ceritakan di catatan akan datang.

:)

November 05, 2014

Sanah Helwah Nurul Iman

Bismillah...

SubhanaLlah... Alhamdulillah...

Hari ini anakanda Nurul Iman genap 6 tahun. Selamat Hari Lahir puteri kesayangan kami. Didoakan kemanisan iman sepanjang usia hingga ke akhirat sana.

Moga membesar dengan sihat, berjasa untuk agama Allah...dilindungi rahmat dan ampunan-Nya.
Moga menjadi kesayangan Rasulullah, moga millah Islam dan Iman menjadi paksi dalam mengharungi dunia fana yang penuh dugaan dan cabaran.

Doa Ummi dan Abah setinggi gapaian langit ciptaan Tuhan.

September 12, 2014

Serigala Cintaku Bab 9

Ahah!

Saya sudah update bab terbaru Serigala di Ilham.

Mari baca di sini!

Serigala Bab 9

September 11, 2014

Ammarku

Sudah lama saya tidak menitip khabar. Tahu-tahu ada perkembangan yang menarik dari Kak Ina (Ibu As-Syahid Ammar).

Kisah Ammar bakal difilemkan! Al-Kahfi Pictures yang ditunjangi Meor Hashim Manaf telah menyatakan komitmen memfilemkan kisah Almarhum Ammar dengan persetujuan keluarga Almarhum.


Dengan tajuk 'Ammarku Putera Al-Fatih' saya mendoakan usaha dan garapan cerita ini membawa landskap positif dalam perkembangan dakwah khususnya menyubur semangat jihad di kalangan generasi muda.

Moga bermanfaat untuk ummat. Damailah kau di sana wahai adinda!

Impian

Buatlah apa yang kita suka... dengan hati yang benar-benar tulus. Sesuatu perkara itu seronok kita lakukan bila kita ada rasa suka untuk melakukannya. Betul! Apa-apa yang kita inginkan, apa juga yang kita impikan akan jadi lebih bermakna bila kita benar-benar meletakkan rasa suka dan cinta untuk mencapainya.

Paling penting hidup perlu berbatas syariat dan ilmu. Perlu sentiasa akur bahawa kita 'hidup' bukan sekadar menerima anugerah-Nya malahan memberdaya segala amanah-Nya, hatta sekecil-kecil peranan.

Bila ada rasa berTuhan, kita akan cuba berhati-hati dalam setiap niat, respon dan tindakan. Bila ada rasa berTuhan kita juga akan akur pada batasan dan peringatan.

Gapailah impian dengan akui kebesaran Tuhan.
Capailah impian dengan iman bukan sekadar di lisan.

:)


September 08, 2014

Karya Terkini Aisya Sofea-Dialah Cinta Hatiku


Buku terbaru tulisan novelis terkenal, Aisya Sofea ini bertajuk 'Dialah Cinta Hatiku'.

Masih berbalut plastik, saya 'sambar' buku ini di Pesta Buku Selangor tempoh hari. Menunggu giliran untuk dibaca :).

Di samping tugasan utama mengurus dan mengendali rumah tangga, menulis dan berkarya, membaca juga perlukan agihan waktu yang terbatas-batas.

*Sedang tahan hati.

September 03, 2014

Pesta Buku Selangor-Siri Mila dan Dr Bubbles

Siri Mila

Siri Dr Bubbles
Pesta Buku Selangor 2014 sedang berlangsung di SACC, Shah Alam hingga 8 September nanti.

Bukan ada bajet banyak, tapi demi memenuhi permintaan anak-anak, kami sempatkan juga berkunjung ke sana cuti merdeka lepas.

Kami lengkapkan siri Dr Bubbles dan Siri Mila atas permintaan Amar, Iman dan Rayyan.

Gambar-gambar itulah buku-buku mereka...

August 29, 2014

Botol Hijau B5J5


Botol hijau...

Hehehe...saya mahu kongsikan cerita botol hijau ini dalam entri kali ini. Botol ini dibeli oleh sahabat saya yang saya panggil Sue.

Berfungsi sebagai botol air detox, rekabentuk botol ini membolehkan buah-buahan sitrus diperah dan sekaligus direndam sekali tanpa bimbang akan kulit dan bijinya.

Musim raya sudah habis, segala jenis makanan masuk ke badan. Maka, saya dan rakan-rakan ambil inisiatif men'detox'kan semula badan dengan menggunakan botol hijau ini. Kami (saya dan bekas rakan-rakan sekolah) gelar grup kami 'Geng Botol Hijau'. :)

Boleh didapati di Jusco, Mudah.com dan KAMDAR.

August 26, 2014

Sorry, Aku Bukan Dia - karya Iza Safiya Annuar


Bismillah...

Saya mahu promote karya rakan penulis, Puan Iza Safiya bertajuk 'Sorry, Aku Bukan Dia'

Ini novel kedua yang diterbitkan oleh Grup Buku Karangkraf selepas 'Jangan Lupakan Aku.'

Garapan novel ini  menarik. Bahasa yang digunakan juga tersusun dan berunsur 'sureal'. Tidak menggunakan bahasa-bahasa slanga yang kadangkala merimaskan untuk pembaca seperti saya yang suka dengan keindahan susunan cerita.

Berkisar tentang pengorbanan seorang 'driver' yang akhirnya menjadi 'suami' dan pendamping setia, cerita ini mengajak pembaca berfikir akan kelangsungan hidup yang perlu bekalan sabar dan ilmu.

Saya peroleh buku ini dengan tanda tinta sang pengarang...

Ketika ini, saya sedang men'jiwai'nya :)

Mitos RAM

Bismillah....

Saya kongsikan milikan saya yang terbaru.

MITOS, sebuah novel yang menjadi koleksi terbaru. Tidak terdapat di pasaran terbuka. Mitos merupakan projek penerbitan dari kelam peminat RAM dan dibukukan atas permintaan peminat.

Sebelum ini, MITOS disiarkan secara bersiri pada setiap Sabtu di akhbar BH.

Saya sudah ada!

Karya Ramlee Awang Murshid memang 'sesuatu'.

:)

August 21, 2014

Serigala Cintaku Bab 8

Sungguhlah...

Maaf..sudah lama tidak menulis di sini..

Serigala Cintaku pun baru masuk Bab 8, tidak sempat-sempat untuk dikarang baik dan diupload ke portal Ilham.

Pada yang mengikuti, mari baca bab seterusnya kisah pengembaraan Adha Jameela, kali ini dia sudah melangkah ke dunia baru.. :)

Mari klik di pautan ini Serigala Cintaku Bab 8

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...