Saya mengenali keluarga ini semenjak kecil lagi. Sebahagian daripada mereka ada yang bau-bau bacang dengan keluarga saya dan sebahagian daripada mereka juga ada yang menjadi sahabat keluarga saya. Justeru, perkahwinan saya dan suami merapatkan lagi persaudaraan dan persahabatan yang sedia terjalin.
6 tahun
lepas, Hari Keluarga Hj Ismail dilangsungkan di Meru, ketika itu saya baru
sahaja menyertai keluarga ini dan sedang mengandungkan Amar. Bagi pelaksanaan
Hari Keluarga Hj Ismail kali kedua ini ia diadakan di Teratak Riverview Resort di Hulu Bernam.
Kini, kami sudah beranak tiga, begitu juga dengan sepupu-sepupu yang
lain..bertambah anak dan semakin berkembanglah keluarga besar ini.
Saya ingin
mencatatkan tentang ‘keutamaan bonda’ dalam entri ini. Tidak bermaksud
menafikan kemeriahan agenda-agenda lain, saya terdorong untuk menzahirkan satu
nilai yang saya fikir istimewa sepanjang pemerhatian saya ketika hari keluarga
ini berlangsung.
Begini;
Salam Utama
Keluarga ini
bertunjangkan 10 anak dengan 2 ibu. Mbah Jamilah isteri kedua Allahyarham tiba
pada hari kedua ketika anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitnya sedang rancak
dan meriah bersukaneka. Menariknya, tidak kira besar, kecil, tua ataupun muda
kesemua anak, cucu dan cicit berhenti bermain dan menyalami Mbah yang baru
tiba. Meskipun ketika itu kami sedang bersaing sesama sendiri dalam permainan
masing-masing. Bagus!Masing-masing terdidik dan faham keutamaan, siapa dan apa
yang perlu didahulukan.
Penonton VIP
Ketika kami
sedang bersukaneka, matahari pula sedang perlahan-lahan naik. Ibu-ibu kami
duduk di banir pokok di tepi padang menyaksikan anak cucu beraksi. Betapa
status ibu sangat diutamakan, hala dan hadap permainan juga mengikut selesa dan
permintaan para ibu. Beberapa kali juga sebilangan agenda kami beralih-alih
arah dan kedudukan sebagai memenuhi pandangan dan pemandangan mereka, meskipun
kami yang terpaksa mengadap cahaya matahari..sesungguhnya ketika itu
masing-masing tiada masalah..’permintaan penonton vip..’ J
Durian Untuk Bonda
Agenda
sampingan kami di sini antaranya adalah mengejar durian yang gugur. Pengusaha
resort ini mengizinkan kami mengutip duriannya yang gugur berhampiran kawasan
aktiviti kami. Suami dan beberapa orang sepupu lelaki selaku penggerak utama
hari keluarga tidur di khemah berhampiran pohon-pohon durian yang ‘marvelous’
rasa buahnya. Acapkali rezeki bergolek itu menjadi milik mereka. Dalam
banyak-banyak durian yang mereka perolehi ada sebiji durian yang besar, cantik,
dan dari ‘pohon sedap’. Saya kagum dengan pendirian sepupu-sepupu sedarah ini,
durian tersebut yang gugur di pertiga malam sanggup mereka simpan untuk ibu-ibu
tercinta. Siap sorok!Alhamdulillah, di pagi Ahad itu para ibu disajikan khusus
durian terbaik. Rezeki rasa itu turut dikongsi ibu-ibu generasi ketiga (seperti
saya)...rasa durian itu?SubhanaLlah!sangat sedap. Bagi saya ia bertambah sedap
dek keikhlasan, kasih sayang dan berkat senyuman bonda masing-masing. J
Baik!Saya
tidak berniat menamatkan catatan berkaitan Hari Keluarga Hj Ismail (II) setakat cerita ini,
menangguhkan mungkin ebih tepat, kerana serasa saya catatan penuhnya...’hanya yang pergi
yang benar-benar mengerti’. Saya nukilkan menurut kesempatan, pandangan dan
rasa peribadi saya selaku cucu menantu. Pada saya, mereka yang berketurunan
sedarah pasti lebih tercalit kenangan manis dalam memori mereka.
Berkesempatan..saya catatkan lagi, insya Allah.
Terima kasih
J
No comments:
Post a Comment