Beratur ambil hadiah |
'Peace' |
Terima Kasih |
Gambar-gambar ini diambil ketika Iman menyertai pertandingan mewarna sempena Majlis Penerangan Konsep TBK di Fasa 3, Bdr Puncak Alam. Serentak dengan majlis perkahwinan Salleh dan Seriewah, saya sempat-sempatkan diri dan masa menghadiri program Iman dengan bertemankan Rayyan.
Atas kekurangan maklumat dari hebahan program, Iman tidak memakai uniform ketika majlis ini berlangsung. Lantaran itu atas dasar 'sense of belonging' Iman enggan menyertai pertandingan mewarna tersebut pada asalnya. Jenuh juga memujuk anak dara yang 'determine' macam Iman untuk dia turut serta pertandingan mewarna yang disertai semua rakan-rakannya. Tak makan pujuk dan saya berdiri hampir sejam disisinya bagi menaikkan 'mood' Iman.
Bila acara berlangsung dengan ucapan dan nyanyian koir anak-anak TBK, barulah Iman mula 'kendur' dan akur menurut gurunya. Alhamdulillah bila selesai pertandingan, elok-elok sahaja Iman beratur bersama kawan-kawannya, bila tiba giliran ambil hadiah, boleh pula dia beratur di hadapan sekali!
Iman..Iman..:)
No comments:
Post a Comment