April 18, 2013

Jangan Mengalah

 ' kadangkala cemburu dengan 'kuasa' suara suamiku..demi sahaja dia mengarahkan..'Solat!' berjujuk-jujuklah permata2 hati mengikut dan menurut kata abah..sedangkan bila saya acapkali sehari-hari mengajak perkara yang sama serasa habis buih di mulut..huhuhu, atau taring Ummi perlu di tambah tahap 'al asad'nya..?

Mode; merajuk buat2 di sudut pojok dapur, baik ku layan siakap ni lagi best..:P '


Frasa di atas adalah status saya di FB semalam. Dalam melayan kerenah anak-anak kadangkala saya kalah juga dengan emosi sendiri. Jujur saya akui dalam membina keluarga seimbang kedua-dua peranan ayah dan ibu sama penting dan sama darjahnya. Ketelitian ibu amat perlu dalam membentuk dan mempengaruhi peribadi anak-anak, di samping itu ketegasan bapa sangat mustahak untuk perihal pengawasan dan kawalan terhadap pandangan, tingkahlaku dan arahtuju sesebuah keluarga.

Pendek kata, meski sedewasa mana, kita perlu bersedia untuk belajar dan menerima ajaran terutamanya dalam soal didikan keluarga. Masa berubah, teknologi bertambah, cabaran turut pelbagai. Pendedahan anak-anak kita berbeza dengan apa yang pernah kita lalui pada waktu seusia mereka, apatah lagi dengan keperluan dan kehendak yang semakin rencam kini.

Tidak memandang siapa pun kita, berkelulusan universiti mahupun tidak, bertaraf sosio tinggi mahupun sekadar rakyat 'biasa',bagi saya, kefahaman dan mahu faham akan tujuan hidup sebenar itulah sebenarnya yang perlu dipertajam dan diperjelas. Bukan menafikan mana-mana kejayaan, tapi sebagai manusia bertuhan, amatlah rugi seandainya hala tuju hidup disia-siakan pada usaha dan kemegahan yang tidak berpaksikan keimanan.


Meskipun kadangkala hati kalah dengan letih dan lelah, moga-moga cepat bangkit untuk jiwa yang lebih 'hidup' dan lebih kaya. Jangan mengalah!

Batu Belah Batu Konkrit

Baru-baru ini tertengok dan terdengar lagu ini, untuk saya..suara penyanyinya (perempuan) sangat klasik dan menyentuh jiwa, liriknya pula..boleh tahan, bergantung pada pemahaman dan penghayatan masing-masing. Apa-apapun, saya suka lirik dia..


Batu Belah Batu Konkrit (Bonda) - Monoloque dan Asmidar

Wahai anakanda ku sayang
Kemana hilang budaya
Diculik piring terbang
Atau ditelan buaya
 
Tiada peluang tiada ruang
Semua mahu cepat kaya
Apabila semua dah hilang
Barulah hendak percaya
 
Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit
 
Wahai anakanda ku sayang
Kenapa gadai pusaka
Adakah sebab cinta dan wang
Atau kerana kurang peka
 
Seperti lalang-lalang
Suka belot suka leka
Ikut telunjuk bayang-bayang
Akhirnya diri terluka
 
Melihat semua ini
Hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari
Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit
 
Wahai bonda jangan merajuk
Bonda jangan makan hati
Anakanda disini memujuk
Dan anakanda takkan berhenti
 
Kini sedar dari mimpi
Baru faham semua ini
Bonda tolong jangan pergi
Maafkan anakmu
 
Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit
 
Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit
Bonda rela
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit

April 16, 2013

Bersegera

Andai hati kita tergerak untuk melakukan kebaikan, bersegeralah dan jangan ditangguh-tangguh lagi. Ketahuilah bahawa hati kita yang berniat untuk berbuat baik sedang melaksanakan fitrahnya sebagai hamba Tuhan. Dari sekecil-kecil benda hingga sebesar-besar peranan semuanya bermula dari hati kecil kita.

Paling mudah, tiba-tiba hati kita terdetik untuk solat lebih awal dari biasa. Maka, mulakan dan bertindaklah. Apabila kita berbiasa-biasa dengan perkara yang baik, ia akan terus menjadi kebiasaan dan rutin tanpa paksaan. Jika hati kita terdetik untuk 'tidak mengungkapkan perkataan yang jelik' maka tahanlah lisan kita dari melafazkannya. Lisan kita sedang dipandu oleh hati yang baik..maka 'terus'kanlah kebaikan itu pada tindakan.

Bersegeralah untuk berfikir, berniat dan bertindak atas perkara yang baik-baik sahaja di sisi Tuhan..
Bersegeralah..

Jejak Lasagna

Agak lama blog ini tidak di 'update', tak berapa rajin..:). Untuk kali ini, saya tulis tentang pertemuan semula saya dengan seorang sahabat..(cerita minggu lepas).

Hari Jumaat 12.04.2013 saya berkesempatan jumpa Najihah setelah 13 tahun kami tak jumpa. Dulu, semasa di KISAS kami sealiran kelas dan kami juga sahabat se'gayong'. Kemudian, sama-sama pula mengaji Akaun di UKM.
Setelah 13 tahun tak jumpa

Semuanya disebabkan gambar lasagna yang dia pos dalam FB. Saya memang penggemar lasagna daging dan alhamdulillah, atas keizinanNya juga dengan keizinan suami saya berpeluang memesan, merasa lasagna yang Najihah jual dan paling penting bertemu muka dengan kawan lama saya ini.

Kali ini pertemuan kami diiringi dan ditemani keriuhan anak-anak. Sekadar minum bersama, kepala kami juga tak habis-habis tercongok-congok mengawasi pergerakan anak-anak yang leka bermain sesama sendiri. Saya dan Najihah ada dua medan 'mutual friend' KISAS (SPM 1996) dan UKM (khususnya pelajar-pelajar Akaun-Graduasi 2001), maka kerapkali juga kami terkeliru 'dari mana' datangnya kawan-kawan yang kami ceritakan pada pertemuan singkat itu.

Saya, Najihah dan anak-anak kami


Terima kasih Jiha!Syukur atas pertemuan dan ukhuwwah ini, insya Allah ada rezeki kami akan berjumpa lagi, rumah kami pun tidaklah jauh sangat! :)

April 12, 2013

Sahabat

Lirik Lagu Sahabat - Najwa Latif
Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
 
* Lagu ini ditujukan khusus buat sahabat saya yang terbaik, En Faizal..:)

Set Lapik Cawan



Sebenarnya bukanlah 'collector' sangat, tapi jika berkebetulan saya memang tak lepaskan peluang. Contohnya bila saya memang penggemar Milo, maka pernahlah saya ada koleksi Van Milo walaupun tak semua. Pernah juga selalu isi minyak di Shell semasa bekerja dulu (sebab Stesyen Minyak Shell Batu 3 laluan utama saya ketika itu), maka saya adalah juga 'ter'kumpul set Ferrari mini. 


Set Lapik Cawan Nescafe

Bila duduk di TAJ, saya alih tangki ke Petronas pula, (dah itu sahaja stesyen minyak tersohor di Gugusan Puncak Alam ni) maka kebetulan jugalah anak-anak saya lengkap karakter Boboiboy dan rakan-rakan yang dikumpul.

Gambar Percuma :)
Baru-baru ini, ketika berbelanja di Giant 13, terserempak pula dengan promoter Nescafe yang mengundang kami bergambar keluarga, maka adalah pula set di atas..:)
 
 
 
* Dayat ko dah ada?



Tarikh Mengundi PRU 13

Secara rasminya diumumkan bahawa tarikh membuang undi untuk PRU 13 adalah pada 05 Mei 2013. Manakala tarikh penamaan calon pula pada 20 April 2013, bermaksud ada 15 hari secara rasminya para calon, penyokong dan bakal pengundi melobi, berkempen, menilai di peringkat akhir siapa yang bakal dijadikan pengkhidmat untuk mereka.

Di mana-mana ceruk, bendera-bendera parti sedang rancak dikibar, digantung, direntang. Manifesto pula sedang hangat dibicara, dibahas, dinilai. Gunakan hak dengan sebaiknya, manfaatkan peluang memilih pengkhidmat kita sebijaknya.

Selamat berkempen, selamat memilih, selamat mengundi!

April 07, 2013

Menjernih Hidup Beragama-Al Adib

Ini buku sulung tulisan Adib, rakan sekelas saya ketika bersekolah menengah di KISAS juga ketika mengaji di UKM. Seiring dengan 'hangat'nya aura Pesta Buku di PWTC yang bakal berlangsung bermula 26 April ini, saya rasa seronok dan tumpang bersyukur bila tulisan sahabat saya ini pula telah diterbitkan (melalui maklumannya di FB semalam).


Saya sentiasa mengikuti tulisannya di blog beliau http://www.al-adib.net dan juga cetusan fikirannya di Majalah Solusi saban bulan. Adib yang pernah saya kenal sememangnya sesuai dengan namanya, beradab juga berakhlak tinggi, cinta bahasa dan sastera serta begitu petah bicara.

Tahniah Adib!Lebih tepat Dr. Adib, sejujurnya saya cemburu, dan seikhlasnya saya bersyukur kerana mengenali sahabat hebat seperti beliau.

Klasik?

Iklan..:)


Diari hujung minggu kami pada kali ini dikhususkan untuk kami sahaja..:). Minggu lepas kami turut berkampung di 'opis' abah, minggu ini kami tujukan hari Sabtu hanya untuk kami.

Petang tadi, kami mencari keperluan di Giant 13. Ketika hampir di kawasan kaunter bayaran, sekonyong-konyong kami didatangi 'promoter' Nescafe yang mengajak kami mengambil gambar keluarga di booth promosi mereka. Percuma!Duduk dan senyum maka..hasilnya seperti gambar di atas..:)



Menang Kuiz TELEJUMAAT



Cinta Sa'adiyat

Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka...


Makluman dari FB Rasmi TV Al Hijrah


Sebenarnya saya cuma perasan saya dipilih sebagai salah seorang pemenang untuk kuiz TELEJUMAAT di TV AlHijrah melalui mesej sahabat saya Kak Julie. Malam itu, saya tiba-tiba ter'rajin' mengisi ruang komen di status FB Al Hijrah dan alhamdulillah..terpilih!


Komen saya..:)

April 05, 2013

PBAKL 2013

Diari April saya akan terkemaskini dengan agenda yang satu ini. Hampir saban tahun saya menantikan kemunculannya. Tak dapat dua hari, sehari pun jadilah..:). Pesta Buku Antarabangsa KL!PBAKL 2013 sudah masuk kali ke 32 tahun ini. Bakal berlangsung pada 26 April 2013 hingga 05 Mei 2013.

Saya tidaklah memborong banyak tetapi saya sangat suka dengan suasananya. Kini, saya sudah tidak bekerja, maka saya harus 'limit'kan kehendak saya dan anak-anak mengikut bajet yang dibolehkan suami..:).  Tidak menjadi masalah! Moga-moga kami diberi kesempatan untuk memeriahkannya.

* Sudah 'hint' banyak kali kepada En Suami..:)

Jaga Hak Sendiri

Sahabat-sahabat, ibu-ibu, bapa-bapa..marilah kita sama-sama mendidik anak-anak kita yang baru bersekolah untuk hormat dan tidak mengambil harta / kepunyaan orang lain hatta pemadam yang tak mahal apatah lagi set alatulis yang bertema segala bagai.

Marilah juga kita mengajar dan mendidik anak-anak kita untuk lebih menghargai apa yang dibeli/ diberi oleh ibubapa untuk kemudahan mereka. Juga marilah kita mendidik mereka untuk mempertahankan hak dan milikan sendiri hatta sebatang pensil 2B yang tidak mempunyai apa-apa jenama apatah lagi dengan nama Staedler dan segala bagai.

Menghormati hak orang lain, mempertahankan hak sendiri perlu disemai dan diasuh sedari kecil dengan sekecil-kecil tanggungjawab dan entiti. Mereka generasi akan datang, mereka perlu digilap untuk menjadi generasi yang terbilang. Bagaimana mungkin pemimpin masa hadapan kita garapkan tanpa nilai-nilai 'hormat hak/ milik orang lain', mana mungkin juga kita tergamak meninggalkan generasi yang lesu, tidak tahu hak dan culas menjaga hak?

* saya sedang dalam mood yang tidak berapa bagus, geram kerana terpaksa me'refil' bekas pensil anak dengan pensil/ pemadam/ pembaris yang baru. Saban hari bekas pensilnya hampir kosong..alasannya 'kawan ambik', 'kawan pinjam (tapi tak pernah pulang)', 'hilang masa main'.

* saya juga sedang fikirkan mekanisme lain untuk ajar dia lebih menghargai....biarkan dia pergi tanpa alatulis?

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...