July 03, 2011

Takdir Perpisahan SOUTUL MUJAHIDAH 96


Tuhanku betapa syukurnya aku
di atas ikatan kasih yang suci
telah terbina sekian lama
berakar kasih berbuah sayang
Tuhanku, perpisahan menjelang jua
tak daya menidakkan takdirmu Rabbi
berdepan dengan kebesaranMu
terasa semakin kerdilnya aku
Kenangan silam yang melakarkan
nostalgia indah antara kita
lantas menyemarak perasaan rindu
ingin meniti memori semalam
Tak mungkin kan berulang lagi
seribu doa jua harapan
untuk kita teruskan perjalanan
yang pasti biar ia berlalu
Ayuh..sahabat seperjuangan
sedarlah..semua lupa kenangan lama
bangkit segera kutiplah mutiara
bersama kecintaan Ilahi
bersama keimanan yang hakiki
demi keredhaan Rabbul Izzati
Tuhanku tabahkanlah hati ini
menghadapi saat perpisahan
jadikan titisan rindu ini
seiring kecintaanmu Rabbi
Tuhanku terima kasih
kerana memberi ruang
untuk kami mengasihi
untuk kami mencintai
Mengertilah pertemuan takdir Tuhan
Mengertillah perpisahan takdir Tuhan
Allah Allah..
Nota:
Nasyid ini nasyid yang penuh kenangan!Dicipta oleh sahabat kami ketika Tingkatan 4 dan ditambahbaik penyampaiannya oleh Soutul Mujahidah 96..ia trademark kami ketika itu, mengundang airmata..khususnya ketika saat2 akhir kami di KISAS.

4 comments:

cik ct payung said...

kalaula dapat dengar balik alunan nasyid ni..... *sigh*

Kulaan Kuala said...

tringat time tarik soprano..huhuhu terasa bergema dewan makan puteri..
'..jadikan titisan rindu ini..seiring kecintaanMu Rabbi..'

Anonymous said...

jom, kita buat projek rakaman semula nak...?

Kulaan Kuala said...

projek rakam n dgr sendiri..hehehe msti suara memasing dah x berapa 'tarik' :P

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...