November 15, 2013

Cemerlang = Falah

Bismillah

Siang tadi keputusan UPSR diumumkan. Saya tersenyum dan turut menumpang rasa seronok dan gembira membaca catatan-catatan para senior dan sahabat. Saya pasti dan saya yakin kejayaan yang ditempa menggabungkan bukan sekadar usaha, rezeki, perkongsian matlamat, penyatuan rasa juga doa yang tak putus ke hadrat Allah malahan tawakal jitu di akhir sebuah perjuangan.

Saya juga maklum dan akur, berita-berita kejayaan ini bukan sahaja membangkitkan rasa cemburu malah juga pemangkin semangat, sama ada yang belum menghadapinya malahan juga mereka yang memperolehi keputusan biasa-biasa atau pada hemat cetek saya masih 'belum menjadi'.

Namun begitu, saya kurang bersetuju bila jumlah 'A' ini dijadikan kayu ukur total dalam menilai kecemerlangan pelajar. Saya juga rasa kurang enak bila wajah-wajah sugul 'kurang cemerlang' di gembar-gembur seolah tiada esok lagi untuk mereka.

Pada saya, ujian kecemerlangan itu jauh lebih besar berbanding ujian kegagalan. Nikmat kemudahan dan kejayaan jauh lebih mencabar berbanding kesusahan dan kekecewaan. Mari kita ajak diri kita dan ajar anak-anak kita untuk lebih menghargai kecemerlangan dan kebijaksanaan anugerah Tuhan ini demi niat dan tindakan memandaikan lagi khalayak setempat. Mari juga ajari dan pandu mereka untuk lebih bertanggungjawab memperkasa akhlak dan adab.

Pada diri dan pundak kita selaku pencorak halatuju zuriat tergalas amanah yang sangat luarbiasa. Berita-berita kejayaan mereka perlu juga kita 'arus'kan demi matlamat hidup muslim yang turut muslih (misi men'soleh'kan individu dan sejagat). Mari kita letakkan matlamat kecemerlangan pasangan dan zuriat-zuriat kita hingga menjadi penyejuk mata (qurratu a'yun) dan juga pemimpin atau ketua kepada orang-orang yang bertaqwa (lilmuttaqina imama).

Matlamat hidup seorang muslim itu sangat jelas. Redha Allah juga jannah..:) Hayya 'Alal Falah!

7 comments:

Anonymous said...

apapun keputusannnyer kena redhalah, mereka dh wat yg terbaik kan ! perjalanan tu masih jauh lagi kan

Mizz Aiza said...

upsr baru langkah pertama.. perjalanan mereka masih jauh..

Unknown said...

betul tu kak..jauh lagi perjalanan...

shameel Iskandar said...

keputusan cemerlang disyukuri, dan kurang cemerlang direR baru langkah pertama, byk lagi jejak yg perlu disusun n langkah perlu diatur utk menuju puncak kejayaan

shameel Iskandar said...

keputusan cemerlang disyukuri, dan kurang cemerlang direR baru langkah pertama, byk lagi jejak yg perlu disusun n langkah perlu diatur utk menuju puncak kejayaan

sweet tooth said...

Betul izah, banyak hikmah tersembunyi walau apa pun keputusannya....yg penting ilmu dituntut diamalkan dan buat kita jadi hamba Allah ygbertaqwa.

Unknown said...

KA..benar..yg penting kena faham dan kenal anak-anak kita, bukan sekadar meletakkan harapan tp juga memandu kecenderungan mereka

Aiza, Nana dan Shameel..yup!ia langkah pertama dan masih ada langkah2 di hadapan yg kita perlu sokong dan beri tunjukajar (termasuk utk diri sendiri)

kan Nina?..menjadi bijak dan pandai itu satu kelebihan tetapi setakat mana ke'pandai'an itu dimanfaatkan..isunya jauh lebih utama.

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...