July 13, 2017

Amar dan Panah

Bismillah

Hari ni hari ketiga Amar di lapang sasar. Tak pernah menyangka dia mampu pergi hingga ke tahap ini. Amar bersama-sama team memanah SKPA3 mewakili daerah Kuala Selangor untuk Kejohanan Memanah MSSN Selangor di Klang.

Rezeki dia. Kalau nak diikutkan dia benar-benar solely berlatih dengan kelab di sekolah sahaja. Coach luar memang kami belum mampu. Alatan memanah pun guna yang pihak sekolah sediakan.

Terpilih ke negeri adalah peluang yang tak mampu kami tolak. Amar terutamanya. Meskipun dia masih baru dan mentah dalam sukan memanah, kami tetap doakan yang terbaik untuk dia. Mennag kalah tak kira.

"Amar,
moga baik-baik sahaja di lapang sasar dan moga sihat sepanjang pertandingan.
Ummi teringin sangat nak tengok live...tapi komitmen Ummi bukan sekadar Amar. Iman dan Rayyan perlu Ummi uruskan sepenuhnya juga. Tak sempat Ummi nak ulang alik ke sana. All the best, Amar!"

No comments:

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...