December 16, 2013

Kursus Penulisan


Kebiasaannya, diari Disember akan dipenuhi dengan undangan kenduri-kendara, persiapan anak sekolah juga cerita percutian ke sini dan sana. Kisah-kisah itu tetap akan saya kongsikan, insya-Allah.

Pada entri kali ini saya lebih teruja untuk berkongsi pengalaman saya menghadiri Kursus Penulisan bersama sahabat saya Yan. Berlangsung selama 2 hari iaitu pada 14-15 November 2013, saya bersama peserta kursus yang lain menerima tunjuk ajar daripada Pn Azzah Abd Rahman dan Encik Zamri Mohamad. Dengan pelbagai latar belakang, kursus ini menghimpunkan peserta yang berminat dan berniat menjadi penulis khususnya novel-novel kreatif juga fiksyen.

Kami didedahkan dengan kaedah-kaedah penjanaan idea, ciri-ciri karya yang menarik malahan teknik penulisan berdasarkan Surah Yusuf. Selain itu, turut diajar adalah kaedah pasaran dan penerbitan buku sebagai matlamat penghasilan sesebuah karya.

Apa yang menarik, kursus ini juga disertai penulis novel kanak-kanak/remaja terkenal, Ain Maisarah! Bersyukur, bermanfaat dan menyeronokkan. Saya berasa penyertaan saya dalam kursus ini merupakan antara pengalaman berharga dalam hidup saya. Meskipun berlatarbelakangkan perakaunan, dunia penulisan adalah suatu cabang minat saya yang mengujakan.

Terima kasih sahabat saya Yan, syukur alhamdulillah persahabatan kami turut diwarnai dengan minat dan kecenderungan yang sama.

'Saya Adalah Penulis Yang Disayang Tuhan'

*Gambar kredit kepada Pn Azzah Abdul Rahman.

7 comments:

Tetamu Istimewa said...

Tahniah! Melangkah ke satu lagi cabang mengembangkan potensi bakat. Teruskan berusaha kak.

Ummu Amar said...

Terima kasih Cikgu Helmi..:)
anda menepati andaian saya..saya memang terfikir-fikir..orang pertama yang akan komen entri ini adalah cikgu..:)

Maria Firdz said...

wah.. bagus ni.. byk ilmu baru...

Ummu Amar said...

maria..memang bagus dan bermanfaat..
rasa tak puas..

Kesuma Angsana said...

wah bestnyer ada kursus2 mcm ni !

Ummu Amar said...

KA..sebenarnya kursus2 kemahiran sebegini mmg byk dan pelbagai, cari dan google..ada!

Ummu Amar said...

Aduh!Saya terdelete komen sifu saya Tn Zamri Mohamad..Allahuakbar

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...