May 10, 2013

PBAKL 2013 (3)-Khusus untuk Iman

Khas untuk puteri

Entri ini khas untuk Iman. Semasa pesta buku yang lepas, ada dua buah buku khusus buat Tuan Puteri, 10 Nilai Murni Bersama Aliyah dan Kisah Haiwan Teladan Dalam Al Quran dan Hadis.

Iman pilih sendiri

Buku yang ini Iman pilih sendiri, masa 'dapat' dia langsung tak lepaskan dari tangan dia. Saya tanya kenapa Iman mahukan buku ni? Iman jawab, sebab 'girl' kat buku ini macam Iman..:)

Ummi pilih untuk Iman

Buku ini pula Ummi pilih untuk Iman, ketika itu hanya kami berdua merewang-rewang sebab Rayyan tidur dan Amar ralit dengan buku barunya. Pada ketika ini, Iman belum lancar membaca, maka Amarlah pencerita setia..:)

Sian Adik

2 minggu ini ayat yang selalu keluar dari mulut Rayyan, 'sian (kasihan) adik'.

Bila Abang Amar atau Kakak Iman usik dan sakat, sambil cebik-cebik mulut dengan dagunya yang berbelah comel itu, dia akan berkata,

'tengok abang ni Ummi, abang buat adik..sian adik..adik ni kan kecik lagi'

Bila saya tidak melayan dia bertanya/ bercakap, dia berkata,

'..apalah Ummi ni..sian adik cakap sorang-sorang'

Bila saya tak berikan apa yang dia minta, dia berkata,

' sian adik, Ummi ni tak bagi pulak'

Bila saya turun tangga tanpa tunggu dia, dia berkata,

' Ummi tunggulah adik, sian adik..nanti kena culik macam mana'

aduhai Rayyan..:)

Edisi Mei 2013


Comel kan 'cover' Mei? Setiap kali majalah ini tiba di 'post box', setiap kali itulah saya terpaksa menyorokkannya dari Amar, Iman dan Rayyan. Mereka pasti berebut 'nak baca dulu'. Hasilnya, majalah Ummi ini nanti akan renyuk hujung-hujung mukasurat, paling sadis bila 'tertumpah' susu atau terkena coklat.

Bulan ini..sempena keriangan sambutan Hari Ibu, banyak cerita..banyak produk, banyak baju..yang berkait dengan Hari Ibu. Fokusnya pula pada persediaan menjadi ibu, cerita alam rahim juga kehamilan.

Saya dah baca 3 kali..ini nak ulang baca lagi..:)

'MALAS'

Saya malas nak cerita keputusan PRU 13. Sebab?sebabnya memang saya 'malas'. Entri ini seolahnya negatif, saya tidak perlu peduli..sebab memang saya 'malas' nak mengulas, menghurai.

Kesimpulannya sangat mudah..'MALAS'.

May 07, 2013

Walimah 0405

Sehari sebelum PRU 13, kami memenuhi jemputan walimah Faizah dan suaminya Ruzaimi di Kg Nelayan Baru, Sg. Besar. Faiz, junior saya ketika di SMKASL dan juga rakan seperjuangan dalam PKPIM dan ABIM.

Kami sekeluarga bersama pengantin

Serentak dengan kemeriahan hari terakhir kempen PRU 13, perjalanan kami dari Alam Jaya ke Sungai Besar sungguh berwarna-warni dengan aneka kempen di sepanjang perjalanan kami ke sana. Bermula dengan Kuala Selangor yang tenang, kehangatan kempen PRU sangat terasa bila kami berada di Pekan Tg Karang. Jalan agak jem, mujur suasana tidak terlalu panas. Kiri kanan jalan dipenuhi penyokong parti-parti yang bertanding seolah-olah 'menyambut' para pengguna jalanraya. Saya fikir rata-rata pengguna jalanraya hari itu adalah mereka yang pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi keesokan harinya.

Melalui Sekincan, Sg Nibong, Sg Hj Dorani dan seterusnya Pekan Sg Besar, kami kagum dengan kematangan dan keharmonian mereka yang berkampung di sini. Meskipun berlainan warna bendera, keraian PRU 13 seakan 'hari raya' yang disambut dengan wajah ceria dan gembira. 'Thumbs up' sesama sendiri ketika berselisih kereta berbeza warna parti yang diwakili.

Tiba di kediaman pengantin (agak jenuh mencari parking..:)), hati sejuk dengan layanan mesra pasangan pengantin dan keluarga. Kami tidak kisah berlama-lama menunggu pengantin reda seketika kerana rumah Faiz betul-betul berhadapan surau. Mudah me'nyetelkan' urusan diri sendiri dan melepas lelah mengejar anak-anak yang tidak kira aktif walau di mana.

Ketika majlis, saya berkesempatan berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sudah lama tidak bertemu muka. Azareka, Fatimah Zakiah, Azura (Achik), Kak Wan Azizah, Shidah..wajah-wajah yang selama ini hanya ter'update' berita di FB. Alhamdulillah, lepas juga rasa rindu yang bertamu.

Faizah dan Kak Izah

Seusai majlis, saya ajak suami singgah di Pekan Sg Besar. Membeli sedikit keperluan dan mengimbau kenangan 'minum petang' di Restoran Kuala Kurau ketika zaman persekolahan dahulu. Sambil menikmati cucur udang 'Kuala Kurau' kami seronok pula melihat suasana kempen di tengah-tengah pekan. Teruja dengan situasi, dalam perjalanan keluar pekan, kami ikut sekali konvoi kenderaan di situ..:).

Perjalanan balik lebih menarik kerana hari sudah menjelang petang. Kibaran bendera-bendera parti, kereta-kereta berkonvoi, juga hon sesama penyokong sangat menghangatkan suasana. Laluan bertentangan arah Kuala Selangor ke Tg Karang sangat 'melekat'. Mujur kami berlawan arus, maka perjalanan kami santai-santai sahaja...:)

*Adinda Faizah dan suami..Selamat Menempuh Kehidupan Baru. Moga pernikahan kalian membuahkan benih-benih syurga dan memudahkan jalan di dunia untuk jambatan ke sana. Terima kasih atas jemputan, moga akan ada pertemuan lagi selepas ini.

May 06, 2013

Tak Seindah Sentuhan Mata


Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
 

 

May 05, 2013

505- Hari Mengundi

5 Mei 2013 Akhirnya...!

Hari ini hari pembuangan undi untuk rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Saya beratur panjang di saluran 6 SMK Seafield, saluran yang rata-ratanya berusia 30-35. Penuh...depan saya warga India..belakang saya Melayu, selang seorang warga berbangsa Cina (saya cari-cari juga warga 'Bangla' hehehhe). Saluran 4 dan 5 paling laju!Umur sekitar 36-40 an, sangat mudah mereka itu..daftar dan terus mengundi sedang saya di saluran 6 beratur hampir 2 jam.

Selesai di USJ 2 kami terus ke Batu Laut. Kali ini giliran suami di kampung halamannya. Saya dan anak-anak tunggu di kereta, tak sampai 10 minit suami sudah keluar sambil tunjuk jari telunjuknya yang sudah bertanda. Untunglah..masuk, daftar dan terus mengundi.

PRU akan datang kami sepakat tukar alamat di kediaman sedia ada. Tak perlulah ke sini sana selepas ini..:)

*Saya sayang Selangor!

May 03, 2013

Koleksi Catatan PRU 13

Catatan 1:

berbaki 3 hari lagi..

kepada kerajaan yang dipilih rakyat nanti, tolong hapuskan tol Batu Tiga dan Sg Rasah..tol di kawasan berkenaan tiada makna untuk rakyat marhaen, kami membayar untuk menempuh jem yang menduga hati dan akal bijaksana.

dari zaman kecik, belajar, baru kerja, kahwin, beranak..sampailah dah tak bekerja, tol di situ tak pernah dicabut2, sila prihatin dengan realiti yang di'hadap' oleh penduduk2 setempat, kereta2 kami hanya berstatus pinjaman bertaraf hutang.dan tiada bersiren bagai..

ok!tolong cabut tol Batu 3 dan Sg Rasah..ok?

Saya Norizah, saya sayang negeri saya.



Catatan 2:

berbaki 3 hari lagi...

kepada kerajaan yang dipilih rakyat nanti, mohon kawal dan selia media dan rapat2 khalayak, perbanyakkan pengisian yang memperkasa generasi dari sudut halatuju kehidupan, juga menggalakkan pembugaran akhlak yang baik tidak kira generasi muda atau tua, bukan program2 berunsur yang lebih menjurus kepada lalai, alpa dan leka.

Kalian bakal ber'kuasa' dengan izinNya, kalian bo...leh membawa bicara di forum2 perdana negara, kalian juga boleh bersuara dalam dasar mahupun penguatkuasaan. Kalian kami pilih untuk jadi Yang Berkhidmat bukan jadi Yang Berhormat semata-mata..

ok?pandu rakyat anda untuk jadi 'bintang-bintang yang bersinar' untuk ummat sejagat bukannya menjadi 'bintang-bintang kecil' yang menua-nuakan diri..

ok?pandu rakyat untuk menjadi warga dewasa yang berguna untuk memimpin keluarga dan masyarakat, bukannya warga 'matang' yang otai di pentas 'kilau-kilauan emas' duniawi

ok?ok kan!

Saya Norizah, saya sayang negara saya.

PBAKL 2013 (2)

Naik LRT

Amar dan Hilal Asyraf


1 Mei 2013, itu sahaja tarikh yang kosong untuk kunjungan ke PBAKL. Santai-santai sahaja kami bersiap-siap ke sana. Kami ambil keputusan 'perking' kereta di Sentul sebab maklum akan sesaknya pesta buku hari itu. Memang sangat sesak! Agenda himpit menghimpit bermula dari keluar stesen PWTC lagi. Agak ralat dengan situasi, ditambah dengan kerenah Rayyan yang 'manja bersangatan', suami lebih selesa tunggu dengan anak-anak yang bergilir tidur, sementara saya pusing keliling (itupun tak sempat ke tingkat lain).
 
Tahun ini 'tangkapan' lebih banyak buat anak-anak. Istimewanya, Amar minta al Quran kali ini dan kami belikan sebuah Quran lengkap dengan terjemahan buatnya. Saya dapat 5 buah buku, Alhamdulillah. Tahun ini juga nasib menyebelahi saya, bilamana saya dapat tandatangan penulis yang saya gemari; Hilal Asyraf untuk buku Simfoni Cinta. Baiklah!Saya nak membaca..:)
 

May 02, 2013

P096-Replika

Jet Pejuang- Simpang Fasa 3 Puncak Alam

Meriam-sebelah jet pejuang (Fasa 3)

Kereta Kebal-Simpang Fasa 2 Puncak Alam

Ini daerah saya!Sungguh meriah kampung kami..:)

April 29, 2013

Abah

Blog ini dah bersawang agaknya...tuan rumah sibuk..:)
Hujung minggu lepas sahaja, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita abah yang demam tak kebah-kebah, Jumaat pagi abah dimasukkan ke wad di Hospital Banting. Maka, bersegeralah kami pulang ke kampung, urus itu ini, tinggalkan itu ini. Amar terpaksa cuti sekolah Sabtu itu (sekolah ganti), urusan baiki tandas tersumbat pun ditangguhkan jua..PBAKL pun kami tunda ke kesempatan lain (jika ada), demi abah tercinta!

Semoga abah cepat sembuh, semoga urusan kami dipermudahkan..

Undi tetap undi..:)

Air SYABAS

tadi..sambil2 Amar mandi dan berwudhu'..(sebelum ke KAFA)..tanya2kan Amar ttg jenis2 air;
A : apa jenis air mutannajis Ummi?
U : air elok, suci yang telah bercampur najis..dan air tu x cukup dua kolah..
A : ummi ni..cuba 'fokus' sikit (fokus tu istilah 'spesifik' utk Amar).
U : ummi tanya balik ni..apa air mutannajis Amar?
A : contohnya..air nescafe ke..air sirap ke..lepas tu campur2 dgn taik cicak..
U : oo..ok..kalau air paip ni dia jenis apa Amar..
A : senang je Ummi dia sejenis Air SYABAS..

hehehhehe


:)

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...