Ada 2 slot kegemaran saya pada majalah berinformasi ini;
- LAKTASI~kupasan bulan ini begitu memberikan inspirasi, kisah kesungguhan ibu yang berusaha menyusui anaknya meskipun dalam NICU. Pengalaman-pengalaman sebegini seharusnya menjadi motivasi kepada bakal ibubapa untuk meletakkan azam dan kekuatan demi memberikan yang terbaik untuk anak-anak.
- PENDIDIKAN PRAFORMAL~termasuk edisi ini saya telah menyoroti 4 bahagian kupasan pakar berkaitan 'Belajar Melalui Bermain' untuk si kecil 2 hingga 6 tahun. Penyelidikan dan perbincangan beliau cenderung pendidikan dan pengasuhan alami, belajar dan pintar dengan pengalaman.
Untuk mengajar dan mendidik, kita juga harus belajar dan terdidik. Dunia sekarang di hujung jari, ilmu ada di mana-mana, meskipun berstatus suri sepenuh masa, pastikan maklumat dan ilmu sentiasa didahaga dan ditimba!
No comments:
Post a Comment