October 11, 2013

Manusia Hebat

Bismillah..Assalamualaikum Warahmatullah..:)

Bagaimana dikatakan manusia itu hebat? Selalunya manusia hebat dikaitkan dengan kejayaan dan kegemilangan yang ditempa, juga nama-nama besar yang tercatat di persada dunia. Seterusnya dijadikan contoh atau ikon masyarakat sejagat.

Siapa manusia hebat yang disenaraikan Rasululullah? Ada 10 orang. 10 manusia hebat yang mempunyai kekuatan tersendiri. Disatukan dengan iman yang jitu, kecintaan yang mendalam terhadap Rasulullah juga keperibadian yang mantap menurut ajaran Allah dan rasulNya. Manusia-manusia hebat itu adalah sahabat-sahabatnya;

1. Abu Bakar As Siddiq
2. Umar Al Khattab
3. Uthman bin 'Affan
4. 'Ali bin Abi Talib
5. Talhah bin Ubaidillah
6. Zubair Al- 'Awwam
7. Abdurrahman bin 'Auf
8. Sa'ad bin Abi Waqqas
9. Sa'id bin Zaid
10. Abu 'Ubaidah Al Jarrah

Realitinya, kita (saya terutamanya) masih belum benar-benar mengenali 10 manusia hebat yang terjamin tempat di syurga ini. Seringkali kita ter'celaru' dengan ikon-ikon keduniaan, nama-nama besar di segala bidang. Tanya hati..adakah kita cukup kenal dengan sahabat-sahabat kecintaan Rasulullah ini? Allahurabbana..kerdilnya kita..

6 comments:

Ummi Iman said...

Betul tu UA. Masih kurang ilmu tentang ini. Dulu belajar tp lupa.

Ummu Amar said...

kan UI?siapalah kita berbanding mereka..takpe..sesuatu perjalanan tidak akan bermula tanpa langkah pertama..:)

yan said...

Betul..betul...betul ..terkeliru dgn kononnya kehebatan di dunia...

Ummu Amar said...

yan..moga hati2 kita terpandu dengan rahmatNya..amiin

Fais-SKA said...

mereka sgt hebat kak =) sy kgum bila bca kisah sejarah diorang..kita pada harini pun blum tntu dpat tndingi iman diorang

Ummu Amar said...

kan Fais?kerdil sgt rasa...akak pun masih bertatih 'mengenali' mrk

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...