October 16, 2013

Cemburu?

Cemburulah kepada kecenderungan anak-anak muda yang berlumba-lumba mencari redha dan cinta Allah, janganlah kita cemburu dengan sosok-sosok tua yang sibuk mengejar puji dan puja sesama manusia. halakan cemburu itu kerana Allah, dorongkan cenderung rasa itu hanya kerana kita juga mendambakan cintanya.

Sebagai manusia biasa apatah lagi sebagai sebahagian ummat akhir zaman, kita terdedah dengan kaya rayanya manusia, senang lenangnya para pemuka. Makanan yang sedap, pakaian cantik dan mewah, rumah agam tersergam indah, hiasan-hiasan berjenama luar sempadan..belum lagi gajet-gajet canggih terkini, juga cara hidup yang merembeskan cemburu luar biasa.

Pada sudut yang lain, kita melihat kebangkitan sedar sebahagian manusia, lahirnya ikon-ikon agamawan yang berusaha membawa kembali manusia kepada fitrah. Ada juga yang berusaha menyibukkan diri dalam usaha-usaha dakwah warisan para nabi. Tidak kurang yang menjadikan al Quran sebagai dambaan dan alunan harian. Ditujukan segala usaha dan kesungguhan mereka kerana redha Allah, kerana cinta akan rasul.

Dengan siapa seharusnya kita cemburu?Pada sosok-sosok manusia yang berlumba mengejar dunia?Atau kepada mereka yang tidak jemu mencari cintaNya?

*Hari ini hari Tasyrik

2 comments:

Fais-SKA said...

pastilah sy cemburu kepada mereka yg berjaya dengan agama islam dan bidang yg diceburinya =) cemburu ni baik kalau dapat muhasabahkn diri kita..jnji ianya berlandaskn agama islam..

Ummu Amar said...

betul tu Fais!doakan hati2 kita, keluarga kita, shbt2 kita terdorong rasa cinta, cemburu mahupun benci hanya kerana Allah..

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...