July 20, 2012

Ramadhan Kareem~Tekad Menyusukan Anak

Alhamdulillah..hingga tarikh hari ini, saya masih berpeluang menyusukan Rayyan..dia menjangkau 1 tahun 7 bulan. Bagi saya, ini antara kemenangan peribadi saya yang akan saya cuba pertahankan hingga Rayyan menginjak 2 tahun dan lebih, insha Allah.
Besok, Ramadhan menjelang..saya berazam untuk menyusukannya dengan baik dan sempurna seperti bulan-bulan lain. Puasa bukan penghalang untuk saya menyusukan anak..tahun lepas boleh buat..tahun ini pasti lebih baik, permudahkanlah ya Allah. Saya kena kuat dan saya kena tekad, sahur...berbuka mengikut keperluan, minum air di waktu malam secukupnya..insha Allah..boleh!

Berat badan saya 'maintain' seperti sebelum kahwin..berkat menyusukan anak..alhamdulillah. Jenuh saya menangkis teguran keluarga dan rakan2 yang menyatakan saya kurus..ada juga mulut2 nakal..'tak cukup makan ke?'..hakikatnya..saya seorang yang berselera...dan saya adalah ibu yang menyusukan anak..di samping kadar metabolisme saya yang tinggi. Saya tidak kurus, cuma saya tidak meng'gemuk'..saya mudah naik dan turun berat badan.

Untuk anakanda Rayyan..moga rezeki ini berkat untukmu..insha Allah..:)

2 comments:

Puan Hazel said...

salam Ramadhan Zah... teruskan tekad & usaha, alah bisa tegal biasa.. nak direct BF tu xde masalah sgt, cuma nak pam tu yang mencabar bg akak.. nak2 plak tgk hasil alahai ciputnya tp demi anak, gunungku daki kudaki jua! hehehehe

Kulaan Kuala said...

Slm Ramadhan Kak Z!inshaAllah amin..cuma kdg2 waktu peak tu rasa lembik sikit,hehehhe..chaiyok2!demi buah hati kan?

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...