December 06, 2012

Saya,dia dan mereka

Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) ~ 1995-1996

Kami tak sekelas..tapi kami se’Soutul’, saya dan dia paling suka bila ada latihan nasyid, berlatih kekononnya macam nak pergi pertandingan peringkat dunia :P padahal untuk persembahan kat surau Aspuri je hehehe..
Kami juga tak sedorm..tapi kami se’gayong’..habis saja latihan silat kami sama-sama sental baju silat di Bilik Air Umum, sambung bergayung!Ialah..baju silat kami sepasang je, berlatih atas padang becak, bersilat macam gaya nak masuk Sukan SEA..padahal untuk dapat talipinggang Awan Putih je..hehhehe

Kami tak sealiran tapi kami selalu beratur sama di Dewan Makan..kadang dia cop tempat, kadang saya ambil giliran..(senyum lagi..) J
Kami bukan tergolong study gila-gila..kami lebih gemar bercerita tahap gila-gila..kadang2 dia lupa dia KP..dia ikut bising macam saya yang study paling lama pun 20 minit!

Kami tak senegeri...sering saja dia cemburukan saya yang balik kampung sebulan sekali..dia pula kalau balik makan hari..
Tapi dia antara sahabat yang hebat dan setia! Paling saya ingat dia suka ‘cangkuk’ leher saya..

‘hang member aku paling kecik..paling ringan aku nak tarik..’ ialah...dia besar..tinggi pulak tu!

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ~ 1998-2001
*1997-Pusat Matrik lain-lain..

Saya di FPP (budak akaun katanya) dia di FKEJ (budak enjin..hehhehe)..
Saya di Aminuddin Baki..rasanya dia di Ibu Zain..huhuhu betapa kami semakin tak rapat..:(

Kami hanya terserempak di Pusaneka, di RU..TSL memanglah tidak (saya pantang masuk library..sejuk sangat!hehhhe)..selalu juga kami terjumpa di ATM Juwara..tempat cucuk duit tersohor untuk pelajar2 tajaan MARA khususnya..pernah juga kami ter’sama line’ di kelas ZT..adalah juga sekuliah kan?

Sesekali kami terjumpa di Surau bawah Pusaneka..takpun depan PMU..paling selalu terjumpa di Pesta Konvo J
Kami memang agak renggang di UKM..hanya jumpa sekali-sekala..tapi kami tak lupa salam semut  kami..tak pernah lupa semangat gayong kami..dan dia jarang lupa untuk mencangkuk leher saya..

‘hang ni kan Zah..tak tinggi2..tara tu gak!’..:P

Saujana Rawang ~ 2012 (tengok timeline..uissyyy lama sangat dah)
Kami sembang sambil duduk bersila..bezanya kami sudah bersuami dan masing-masing beranak tiga. Saya bertekad mencari dia, terasa sangat berhutang waktu-waktu susah dan senang..dia sedang diuji dan keluarganya juga sedang diuji..

..’apa rasa kena bedah Zah?’ dia maklum saya sudah 3 kali c-zer..

..’hehhe..weng separuh hari..macam di awang-awangan’ J saya jawab bersahaja..

..’dia boleh tanya soalan sama 5 kali..layankan je’..suami saya menambah

Kami cerita lagi..sambil anak-anak turun naik tangga dan terkekek-kekek sesama sendiri..

..’zah..sebenaqnya..aku takut’ saya pandang dia dengan senyum..(dalam hati sentap!)

..’takpe da..sabar..’ sambil gosok-gosok tangan dia..sebenarnya saya tak tau nak cakap apa..

........................

........................

 
Alam Jaya ~ 2012 (35 minit dari Saujana Rawang..lalu jalan dalam lah..org tempatan kannn)

Saya setia menjenguk-jenguk khabar dia melalui FB, saya kagum dengan sokongan dan doa sahabat-sahabat seKISAS. Saya mengagumi kesediaan dan kesetiaan mereka memberi sokongan moral serta membawa doa serta titipan ramai lagi sahabat-sahabat kami yang lain. 1 Disember di Hospital Selayang, Aida menjalani pembedahan sebagai rawatan kanser payudaranya. Saya kurang betah istilah sebenarnya. Khabarnya dia di tahap 2. Allah..moga kekuatan tersakti Kau anugerahkan untuknya dan ahli keluarganya. Meskipun ujian ini untuknya tapi kami yakin ia manifestasi kasih dan cintaMu yang tak bertepi.

*Sahabat-sahabat KISAS khususnya ‘Class of 96’..moga ukhuwwah fillah ini berpanjangan, berkekalan dan dirahmati hingga ke sana..

Alhamdulillah ‘ala kulli hal....Allahu Akbar..

4 comments:

sweet tooth said...

Mendoakn dr kejauhan...zah, pls update latest news... Aku tadak fb...

Kulaan Kuala said...

amiin,aida dah keluar wad hari ni,skrg dia dah kat rumah..alhamdulillah,sasic '96 dpt kumpul 2plus utk dia..

aini antara visitor tetap dia,dia bertugas di selayang..

Aida Abdullah said...

tq izah dan kawan-kawan semua.sebenarnya kawan-kawan semua diuji lebih lagi,tp saya plk yang obvious:)semua ni ada hikmah bg saya,selain terasa sangat disayangi(perasan), saya juga bertemu ramai sahabat-sahabat ex-ki setelah hampir 16taun tidak bertemu.kita semua yakin janji allah, siapa lah kita untuk menidakkan segala ketentuannya,syurga matlamat abadi.insha allah.keep in touch zah, ko tetap kecik,aku maintain "BADANG":)

Kulaan Kuala said...

:P 'Badang' yang manja..insyaAllah Da..semuanya aturan terbaik dariNya..

ada rezeki dan kesempatan aku repeat lg cari ko ye..klu pindah nanti bgtau!

errr..aku gian nak men'soprano' lah..:P

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...