January 31, 2013

Khayal dan Sembang

Jawapan-jawapan guru kelas 1 Amanah dan 1 An Najmi bila saya bertanyakan perihal Amar di dalam kelas;

Ujar Cikgu Zaliza:
~Amar ok, cuma dia suka berkhayal, kena fokus pada dia dan beri arahan betul-betul, pergerakan pun lambat sikit, bila nak keluarkan buku pun dia sembang dulu.

Kata Ustazah Azlina:
~Amar ni kelakar..pandai tapi suka berkhayal..paling suka bila saya ajar Tauhid, banyaklah cerita dia..dia suka bersembang..

2 jawapan yang agak membimbangkan saya..'khayal'..'suka sembang'..huhuhu..bila difikir-fikirkan balik, kalaulah zaman saya sekolah dulu mak saya ada handphone dan FB..mungkin ini jawapan cikgu saya..;
'anak puan ok..cuma suka tidur dalam kelas..lepas tu suka buat hal dia..dia nak dia buat, dia tak nak dia langsung tak peduli..:p'

2 comments:

aku Dayat said...

kena tunggu Ustaz Mat Noor bagi komen ni...hihihihii

Kulaan Kuala said...

Sib baik ustaz md nor x pernah ajar aku..hehe, tp ustaz fauzi pernah betul 2 berdiri depan aku masa aku pejam mata..senyum je dia... hehe

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...