March 22, 2013

Ujian Prestasi KAFA

Mumtaz


Minggu ini minggu terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan semester bermula 23 Mac. Baru-baru ini Amar pulang dengan kertas-kertas Ujian Prestasi KAFA. Amar dan gayanya, dia bukannya peduli kertas-kertas ujiannya bersusun atau tidak, apatah lagi nak dimasukkan kemas-kemas ke dalam beg. Jenuh saya menyuruhnya lebih cermat. Dia balik hari itu dengan tangan memegang kertas-kertas ujian, dengan keputusan yang agak memeranjatkan dan membuat saya dan suami tersenyum sesama sendiri. Maka kami tercongak-congak bagaimana sebenarnya prestasi Amar di KAFA tersebut.
 
Keesokan harinya saya hubungi Ustazah Azlina, guru kelas Amar di 1 An Najmi, tanyakan perihalnya di kelas.
 
 
Saya dimaklumkan Ustazah Azlina,
 
'Amar ok..cepat faham apa diajar, cuma dia selalu tidur-tidur masa mengajar, tersengguk-sengguk dia bila ustazah mengajar'
 
'Maaf ustazah, nampaknya anak saya tu dah mewarisi tabiat saya..ummi dia pun selalu tidur-tidur masa sekolah', tiba-tiba saya teringat para pengajar dan guru-guru saya yang sering menegur saya yang sering terlelap ketika belajar.
 
 
'Tak jadi masalah, walaupun Amar pejam-pejam mata..tapi result dia ok'
 
 
'Sebenarnya, Amar dapat nombor berapa Ustazah?' malu-malu saya bertanya.
 
 
'Eh..Puan tak tahu ke? Dia dapat nombor dua dalam kelas, saya sertakan sekali slip keputusan dia pada kertas ujiannya' terang beliau. Rupa-rupanya kertas ujian lepas disertakan dengan slip keputusan. Entah manalah agaknya cicir slip berkenaan.
 
 
Semalam, Amar pulang dengan slip yang berfotostat. Fotostat pun fotostatlah, yang penting saya maklum akan keputusannya..bertulis!
 
Tahniah Amar!



4 comments:

Zana S said...

Alhamdulillah... senyum ke telinga uminya ya...

amirul bahasa arab je cecah 90++. lelain semua 70++. tak marah tapi ty juga mcmane amirul jawab. ustazah baca, amirul tanda mana jawapan amirul rasa betul. ok... takpe la nak. 1st time. umi plak tak tau mane nak suruh baca sbb last minute notis + no jadual. next time, tau la apa nak minta dia utamakan... :) mcmane ya izah nak ajar anak bc jawi? kita ajar lain, lain dia baca. biasa dia sebut huruf. nak sambung fail. aku mmg tak tau macamane nak ajar. bc sendiri2 boleh. tapi, bila anak ckp susah, last2, aku tolong bacakan... huhuhu...

Kulaan Kuala said...

alhamdulillah..aku rasa, one of it;
iqra' sangat membantu. jap2 nanti aku pm ko ye zana, tidaklah pandai sangat cuma maybe boleh kongsi apa yg baik kan?

Aida Abdullah said...

hebat amar!muna pas cuti baru periksa.tapi susahnyaaaa nak paksa dia baca buku,bila disuruh..ala umi,semua kakak dah tahu!

Kulaan Kuala said...

Allahuakbar..alhamdulillah, sebenarnya aku riso dgn dia, baca buku pun tidak, main je tahunya, cuma aku make sure dia buat homework dia.

masa periksa tu, abah dia tanya..jawab dia sama macam Muna tu lah..'amar dah tahulah abah' aduhai, bila tanya peksa susah x, jawab dia 'susahlah sikit..'

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...