June 01, 2013

Walimah 0106


Pelamin Penuh

Diari cuti sekolah memang tak lari dengan acara 'menghadiri majlis perkahwinan', sana kahwin, sini nikah, sana bertunang, sini dipinang. Tengahari di kenduri sana, malam di kenduri sini, besok pula lain pula petanya.

Hujung minggu kali ini kami memenuhi jemputan bekas rakan sepejabat suami, Abu namanya. Majlis walimah Abu diadakan di Taman Tasik Keramat, betul-betul bertentangan Stesyen LRT Jelatek. Saya tak pernah perasan kewujudan taman tasik ini sebelum ini. Meskipun saya pernah berulang-alik dari Desa Pandan ke Gombak suatu waktu dahulu, saya memang tidak pernah tahu taman ini pernah ada. Maka ketika suami menyatakan lokasi majlis, saya sedikit keliru. 'Ada ke tasik di situ?'. Bila sampai, memang adalah!

Kami sampai sebelum pengantin sampai, tetamu pun belum ramai sangat. Alhamdulillah, jamuannya menyelerakan, suasana pun menyenangkan. Pasangan pengantin tiba dengan persalinan yang cantik pada pandangan saya. Ringkas dan comel!

Pengantin Comel di Taman Tasik

Usai makan, anak-anak ajak main di taman permainan berdekatan. Kami terpaksa menolak sebab suami ada agenda lain untuk anak-anak selepas majlis ini. Suami faham, anak-anak merungut tidak ke mana-mana cuti sekolah ini, maka masa yang ada di hujung minggu cuba untuk di'kualiti'kan.

Ok. Entri lain akan menyusul, Selamat Pengantin Baru Abu dan isteri (lupa pula nama isterinya yang comel).

1 comment:

Wildan said...

Seru makan-makan terus

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...