October 25, 2013

Koir TBK Kemas

Cerita Iman dan koir..

23 Oktober yang lepas berlangsungnya Majlis Graduasi Kanak-kanak TBK KEMAS Daerah Kuala Selangor. Iman berpeluang membuat persembahan koir bersama rakan-rakannya dari TBK Kemas sekitar Puncak Alam (Jeram Zon C).

3 orang pelajar mewakili TBK Warnasari; Iman, Najwa dan Mim. Sebelum itu, sudah 2 minggu lebih Iman berlatih koir, sepanjang itu juga dia mengkhabarkan mengenali kawan-kawan baru dan guru-guru dari TBK yang lain.

Khabar dari gurunya, persembahan mereka nyata bersemangat. Saya fikir ini satu cara meningkatkan lagi keyakinan pelajar termasuk guru yang tidak jemu melatih dan membimbing.

Kumpulan Koir TBK Kemas Jeram Zon C (Gugusan Puncak Alam)
Barisan pelajar : Iman - kanan sekali
Barisan guru : Cikgu Nabilah - juga kanan sekali :)

Wakil Warnasari ; Iman, Mim dan Najwa

Sebelum persembahan

'In Action' - Iman betul-betul berhadapan mikrofon

Guru-guru comel :)
Good job Iman dan rakan-rakan, juga tahniah buat para guru yang membimbing :)

2 comments:

Tetamu Istimewa said...

Baguslah dari kecl dah sertai koir. Nanti bila dah sekolah rendah dan menengah dah ada pengalaman.

Ummu Amar said...

terima kasih cikgu..setuju utk tujuan membentuk 'confidence level' yg boleh dimanfaat sebaiknya.

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...