February 27, 2014

Bila Terputus Bekalan Elektrik

Malam tadi, rumah dan taman kediaman kami bergelap. Tepat jam 2.45 pagi hingga 3.45 pagi. Bersendirian mengurus anak di rumah, lantas saya mengambil langkah-langkah ini.

1. Buka tingkap bilik utama.
2. Kejut anak-anak dan kumpulkan mereka dalam satu bilik.
3. Cari kunci kereta (bersedia untuk tekan alarm jika ada kecemasan).
4. Pasang lilin di tangga utama dan bilik, jauh dari langsir.
5. Bakar ubat nyamuk berlingkaran (mujur ada stok).
6. Telefon 15454 untuk maklum kepada TNB

Dari pengalaman ini, saya tambahkan tips ini pula;

* Pastikan telefon dalam keadaan ber'bateri'. Memang sangat membantu.

4 comments:

Aku Penghibur said...

setuju dengan semula langkah2.

Ummu Amar said...

langkah2 mengikut naluri seorang ummi :)

Tetamu Istimewa said...

Ya, telefon juga menjadi alat keperluan yang membantu sekarang ni terutama dalam keadaan macam ni.

Ummu Amar said...

Betul. Ketika kejadian, ia sebagai jam, lampu suluh, penghubung dgn dunia luar.

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...