sambungan dari ziarah di Seri Menanti.
Kg.Baru, Batu Caves
Lebuhraya Utara-Selatan dari Senawang menuju ke Kuala Lumpur. Sekali lagi kami melalui lebuhraya 'jerebu'. Sebelum berpergian pagi itu, kami sudah bersedia dengan topeng muka untuk diri dan anak-anak. Maka, ketika kami singgah solat di RnR Seremban, masing-masing turun dengan separuh muka tertutup.
Sepanjang jalan menuju ke Batu Caves, jerebu sangat teruk melanda pusat bandar. Bangunan-bangunan tinggi hampir tak kelihatan dan tulisan amaran jerebu berkelip-kelip di sepanjang jalan. Alhamdulillah, perjalanan ke destinasi kedua kami tidak banyak masalah. Sampai di Bulatan Batu Caves, kami terus menuju ke rumah keluarga Elin dan Syukri dengan bantuan arah melalui telefon, maklumlah jalan di situ semakin berselirat dan berubah berbanding ketika saya selalu 'bermain' di kawasan Gombak, Batu Caves (termasuk Wangsamaju) suatu ketika dulu.
Majlis mereka sudah hampir selesai ketika kami sampai. Kami tak kisah sebab memang saya khabarkan pada sahabat saya Elin, bahawa kami akan sampai lewat, dan niat kunjungan kami adalah untuk menziarahi mereka sekeluarga. Seingat saya, kali terakhir kami berjumpa ialah ketika saya dimasukkan ke wad sebelum kelahiran Amar. Hampir 7 tahun!Betul, hampir 7 tahun saya dan sahabat saya ini tidak bertemu muka. Sudah tentu, pertemuan semula saya yang sudah beranak tiga dan Elin yang sudah beranak lima mengundang sebak yang ditahan-tahan dengan tawa 'macho' kami.
Kediaman mereka betul-betul berlatarkan Batu Caves yang tercacak megah. Pemandangan petang itu juga dihiasi awan jerebu. Tersurat untuk kami hari itu, melihat jerebu di balik bukit dan gunung. Pertemuan singkat kami terasa cukup indah, hampir tak cukup mulut bercerita. Saya sangat berpuashati dapat berjumpa juga dengan sahabat sebilik, se'motor', sekuliah, se'banjar'..se..se..segala bagai itu. Dengan Elin, saya dan dia kadangkala tak perlu 'bercakap'. Pandangan dan riak muka juga sudah cukup me'maham'kan kami antara satu sama lain. Bagaimana lagi perlu saya ungkapkan 'akrab'nya kami..:). Allahurabbana..semoga persahabatan ini kekal hingga ke syurga, moga persahabatan kami ini menjadi jambatan silaturrahmi yang tidak bertepi.
Cerita kami petang itu banyak berkisar tentang anak-anak, tercuit-cuit juga kisah-kisah lama di samping ringkas perkembangan semasa. Tak lupa juga bertanya khabar keluarga memasing. Saya kenal ibubapa dan adik beradiknya, begitu juga Elin yang turut 'hafal' nama adik beradik saya juga perangai sifat mereka. Rindu!Sangat rindu sebenarnya dengan dia.
Anak-anak saya meskipun lewat sempat menjamah kek. Saya pula makan nasi berlauk ikan masak sambal, sementara suami melayan kambing sejamah dua. Sambil makan, sambil bercerita rasa cepat sahaja masa berlalu. Menjelang lewat petang, kami terpaksa mengundur diri. Memang tak puas, tapi saya men'cukup'kan juga rasa puas itu. Syukur dengan pertemuan, redha dengan perpisahan..alhamdulillah.
Perjalanan petang kami diteruskan menuju ke Subang Bestari pula. Alhamdulillah..alhamdulillah!
bersambung....
-Subang Bestari
4 comments:
seronoknya jumpe sahabat lama kan.. mcm2 cerita kluar...
maria..betul!rasa macam cepat je masa berlalu..:)
Last jumpa elin terserempak dia nak gi umrah sma group dgn nenek. Lebih kurang 7 thn jugak la..kagum elin tambah zuriat. Ssungguh tak ku terkejar. Hihi!
zana..hehehhe..terkejut aku masa dia jemput majlis akikah tu..ku fikirkan empat rupanya lima..comel2 anak dia..berderet!seronok aku tengok
Post a Comment