September 13, 2013

Cinta Sa'adiyat Bersiaran Lagi

Cinta Sa'adiyat bersiaran lagi, malam ini dalam slot Telejumaat pukul 10.00 malam di TV AlHijrah. Saya suka cerita ini sebab inilah cereka pertama yang disiarkan menerusi slot Telejumaat al Hijrah di mana saya menjadi salah seorang pemenang kuiznya. Saya sebenarnya suka-suka tengok dan saja-saja menjawab kuiz di FB Al Hijrah..dan dengan izin Allah, saya menjadi antara pemenang pertama kuiz Telejumaat itu.

Sebenarnya saya suka tengok yang indah-indah. Dalam cereka ini, pelakon utama wanitanya Fauziah Ghous..wanita yang bagi saya sungguh cantik dan dia lebih cantik berhijab! Pendokong utama watak lelaki pula Fahrin Ahmad (antara 4 lelaki terkacak yang disebut oleh Iman). Yang paling cantik pada adalah latarbelakang cerita ini, kepesatan senibina dan pemandangan menarik di Dubai.

Apa-apapun saya pernah menang melalui cerita ini hehehhee. Catatan saya sebelum ini boleh dibaca di sini ; Cinta Sa'adiyat dan juga hadiah yang telah saya perolehi. Jangan lupa saksikan drama yang cantik ini ye!Malam ini di TV AlHijrah (Macam perantara AlHijrah pula :))

9 comments:

chicken_floss said...

smalam tgk cinta bertami di abu dhabi , tgk fauziah gous, nmpk lawa sangat..:)

Ummu Amar said...

terima kasih singgah CF..:)

kann..mmg cantik dia tu..

wantie said...

kalau bab nak nengok drama bersiri ni memang non hado dalam kamus eden sejak dua menjak ni. snagat sangat sadissssssssssssss

Ummu Amar said...

wantie..cerita bersiri mmg jarang tengok la ni..hehehhe malas nak menunggu

kalau cerita ni..telemovie kan..sekali je bolehlah..:)

ikhwan yusuff said...

peminat setia lah akak ni kat drama melayu..:)

Ummu Amar said...

ikhwan..cerita yg best je..xdelah addict sgt..:)

err..tapi saya elak tgk cite yg main pukul 7. sdg disiplinkan diri dan keluarga..:)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

aiza pun dah jarang-jarang menonton drama di tv.. kalau sempat tengok pun berita je..

Aku Penghibur said...

lama tak tengok drama kat tv :) terima kasih sharing :)

Ummu Amar said...

sbnarnya saya suka action/investigation series eg;NCIS, CSI, H50..drama melayu pun best sebenarnya berbanding lambakan cerita2 negara jiran yg mmg tidak menjadi pilihan :)

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...