November 19, 2007

kisah kecemerlangan di usia muda

..alhamdulillah rakyat malaysia semakin pandai..itu ayat pertama keluar dari benak aku apabila berita ttg ramainya pelajar yang dapat 5A dalam UPSR. Bila difikirkan kalau dulu..lebih kurang 15 tahun dulu..berita-berita kecemerlangan ini adalah satu yang sangat istimewa..apatah lagi kalau yang dapat tu berasal dari ceruk desa yang kurang serba-serbi..bila fikir lagi kalau dulu sudah tentu yg dapat 4A atau 5A akan berpeluang pergi ke SBP atau mana-mana sekolah yang bagus..keluar dari kepompong desa, kenali dunia dan persekitaran baru dengan kemudahan yang lebih terurus seterusnya mengekalkan kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi..

terfikir pula sekarang..berpuluh ribu yang peroleh 5A..dan tempat di SBP hanya 6,000 khabarnya..terfikir lagi zaman sekarang segalanya mudah dan cepat dengan ledakan teknologi maklumat(terkecuali bagi yang betul2 terperosok di hujung rimba)..warga pendidik juga bukan kepalang input dan pakej mereka..sekolah yang serba indah dengan pelbagai anugerah...terasa seperti istimewa itu makin hilang sengatnya..yang pandai itu makin ramai..bila difikir2kan lagi..adakah dengan ketinggian akal dan akademik maka aras ketinggian budi dan jatidiri sebagai umat manusia juga tinggi di kalangan cerdik pandai muda ini?

2 comments:

zuhairy said...

Pada saya, kecemerlangan dulu dengan sekarang ada bezanya dari segi kualiti. Hakikat ini pernah dikatakan kepada saya oleh seorang Profesor di UTM. Tak kiralah diperingkat mana sama ada UPSR, PMR,SPM hinggalah ke peringkat universiti sekalipun!

Ummu Amar said...

zuhairy;
..itulah..kecemerlangan tu akan teruji bile mereka berdepan dgn realiti kehidupan;..alam pekerjaan..bila berkeluarga..sosial..,intipati 'survivor' tu makin kurang sebenarnya..sebab byk ciri2 kebergantungan..

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...