December 03, 2007

catatan seorang umi


mendidik insan kecil pada waktu ini memerlukan pengoptimuman ruang dan peluang, membaca tidak terbatas pada buku dan majalah, bermain tidak bermakna hanya di padang dan taman-taman permainan. Benar, bukan mudah menjadi isteri dan ibu yang juga bekerjaya, di mana masa dan ruang terbatas dengan komitmen dan peranan yang pelbagai. Kesabaran dan keteguhan hati akan teruji bila keletihan yang masih bersisa kadangkala dinanti dengan senarai tugas selaku pengurus rumahtangga. Maka itu, segenap ruang cuba dimanfaatkan dengan keterbatasan kudrat dan teknologi yang ada. Contoh: pada masa yang sama;mesin basuh berputar sendiri sambil nasi bertanak automatik,sementara tangan sibuk menyusun mainan anak sambil bibir kecoh berbicara itu dan ini, meskipun dia masih belum memahami. "Amar,mari kita susun mainan ke dalam bakul".."Amar, jom kita lipat kain"..meskipun yang disusun bakal 3,4 kali disusun dan yang dilipat bakal 2,3 kali dilipat..hmmm..Namun, dari situ daya kognitif dan koordinasinya berkembang..lama-lama dia akan faham; kesan dan akibat, sebab dan tujuan. Sejenak selepas itu si Kecil turut dibawa mengintai mesin basuh yang berputar..timbul pula ceramah kimia.."baju kita kotor, ada asid sebab peluh dan daki..itu sebab kita kena basuh dengan sabun yang ada alkali..bila neutral baju kita bersih.."..saat itu anak yang dikendong ternganga2 dan aku tergelak sendiri.."faham ke anak aku prinsip asid dan alkali...?he hehhe"..bila difikir2kan kembali..tak kisah berbicara begitu..tak kena bayar pun..hampir setiap kali mandikan dia prinsip asid dan alkali dicerita, prinsip apungan dan ketumpatan....kenapa dolphin amar terapung dalam tab, kenapa air mengalir dari atas ke bawah..kenapa Amar kena mandi guna sabun..kenapa..kenapa..dan kenapa..hmmm

4 comments:

Nik Ha said...

Salam, wah baguh tu! Nanti Ammar bijak cam ummi nyer ;) Kak nik jenis tak suka ckp byk, siyan Hakimi tak dpt pendedahan awl. Cuma time belajar je la rajin sket nak bercerita dgn dia. Nampaknya kena kreatif cam Izah gak nih

Unknown said...

he hehh..kengkadang kesian gak kat amar..mcm pening kepala dia dgr saya cakap..hehhheh

Anonymous said...

patut la amar bkerut jer..msti tgh proses sumer tuh..heheheh...

Unknown said...

sofie:
..cuba lihat bebetul..ada tak nampak impuls saraf nye bersambung2..he hehh

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...