May 18, 2013

Burger MAN LAVA di Saujana Utama

Burger Rusa-Ummi punya..:)

Saya pernah tulis tentang cerita burger dalam entri saya sebelum ini. Baru-baru ini, ketika kami saja ambil2 angin di Saujana Utama, 'ternampak' pula nama Man Burger Kukus Lava yang baru sahaja dibuka. Burger inilah yang pernah disiarkan di Majalah 3. Terus singgah..:)

Square Patty

Double Beef Oblong, Chicken Hotdog

Kami saja pilih menu lain-lain. Cuba untuk rasa apa kelainannya. Untuk permulaan, 'layout' restoran ini memang sangat kreatif (saya tak sempat nak snap), dengan kertas dinding yang di'design' sendiri. Bagus!Saya sokong penuh usaha anak tempatan sebegini. Dari segi layanan dan kecepatan pula, mereka masih baru, agak lambat tapi bagi kami tiada masalah. Berkali-kali tuanpunya restoran ini memohon maaf kepada pelanggan atas kelewatan mereka menyediakan pesanan.

Fries dan Chicken Hotdog untuk Iman


Alhamdulillah, rasa burger di sini tidak mengecewakan. Persembahan hidangan mereka juga kreatif dan menarik.  Boleh datang lagi..tak jauh pun..:)

2 comments:

Man Burger Kukus Lava said...

thanks yea sudi tetang burger kami,, kami cube Improve lgi servs dri mse kesemase,, jangan risau lagi untuk datang, kami dah imprve lagi servs kami,,

Unknown said...

sama2 :), kami dah dating kali ke 2..dah Nampak juga improvement..moga lebih sukses!

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...