August 08, 2012

Ramadhan~ke'uzur'an

Saya masih boleh menyatakan 'Ummi tak boleh solat, sebab ma'zurah' bila Amar dan Iman bertanyakan soalan 'Kenapa Ummi belum solat lagi..'..tapi saya masih belum boleh menyatakan 'Ummi tak boleh 'puasa' sebab ma'zurah' pada ketika ini...:)

Ma'zurah adalah istilah yang saya perkenalkan kepada anak-anak untuk keadaan datang haid. Mereka memandang dan tertanya-tanya bila saya tidak bersolat pada waktu-waktunya. Setakat ini, mereka boleh terima. Bagi keadaan berpuasa..saya kena bertahan..(makan pun sembunyi-sembunyi..), Amar berpuasa, tetapi deria laparnya pasti terganggu..atas dasar itu saya bertahan..Iman tidak berpuasa, tetapi dia pemerhati yang cekap, juga pelapor berita yang tepat. Meskipun Amar bersekolah, saya tidak wewenang makan di hadapannya,  saya juga sedang mendidik mereka untuk menghormati orang berpuasa dan bulan puasa itu sendiri..maka, saya perlu bertahan..

Syyyyy..makan sembunyi-sembunyi, saya ke'uzur'an..:)

5 comments:

mulan said...

izah, aku pun kena ikut cara ngkau la...sbb husna pun penyampai berita, sat lg kecoh kat semua..malu ibunya, hehehhe

Kulaan Kuala said...

hhahhha..wajib gitu jie..
anak pompuan ni kepoh sket..:P

Zana S said...

nasib la anak ku lelaki yg agak slow pemikirannya. tang tak solat tu selalu aku take time kemane2 ala2 hilang. an soklan depa, umi dah allahuakbar? dah... ngehehe... tak kuasa nak jawab byk soklan. tang posa mmg aku lom pernah mkn depan diorg. mmg aku payah mkn kalo tak posa pun. hehehe

Anonymous said...

dont know y... hati tersentuh membaca entri2 di sini.. mcm baca novel.. i love ur choice of words.. keep it up!

Kulaan Kuala said...

zana,kena ada gugurl ni,baru tau

pembaca tanpa nama,
terima kasih..:)

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...