January 10, 2013

Bujal, Bambino..Boboiboy


Pernah dengar Bujal?Bambino?

Itulah nama majalah kanak-kanak yang saya baca ketika tabika dan sekolah rendah. Saya mula membaca majalah Bujal seawal usia 5 tahun dan saya masih ingat lagi saya baca perkataan ‘GENG’ dengan sebutan ‘Genege’ J. Dalam Bujal ada watak-watak Bujal, Bujil dan Bujul..Karim, Wak Dogol dan lain-lain. Majalah Bambino pula lebih berwarna-warni dan banyak aktiviti berbanding cerita. Saya tak ingat harganya berapa, yang pastinya saya guna duit lebihan belanja sekolah untuk beli Bujal dan Bambino.

Sekarang saya lihat banyak sangat majalah kanak-kanak yang berada di pasaran. Banyak versi, Islamik (Ana Muslim, Sayang Muslim, Aulad), animasi macam Boboiboy, fantasi seperti  Barbie dan siri Disney seperti Mickey Mouse Clubhouse. Bertuah kanak-kanak sekarang, semuanya ada! 

Tidak kira apa versinya saya berpendirian, sebagai seorang ibu..pemantauan dan pe’mandu’an itu penting. Kalau boleh, sebelum anak-anak baca majalah atau buku, kita baca dulu. Agak kurang bijak bila kita belikan tapi tak tahu apa yang kita berikan. Lebih-lebih lagi bila anak-anak zaman sekarang sangat banyak bertanya dan sungguh tinggi perasaan ingin tahunya.

Tidak mengapa kita yang dah remaja purba ini membaca Sayang Muslim, Boboiboy dan sebagainya. Tak menjadi kesalahan pun J. Sekurang-kurangnya kita dapat terangkan pada anak-anak,mana yang baik mana yang tak boleh diikut, mana yang cantik, mana satu yang tak elok..kan?

2 comments:

Puan Hazel said...

very the retro..hehe.. ingat lg dulu bg duit kt cikgu minta tlg bl bambino, maklumlah rumah jauh dr pekan..

Kulaan Kuala said...

retro kan..?zmn tu dapat baca macam bangga sgt..hehehhe :)

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...