February 06, 2013

Selangor Negeriku


Terbentang indah banjaran gagah

Negeri makmur tanahnya subur

Rakyat bersatu aman sentosa

Selangor negeri tercinta

 

Para petani seluruh negeri

Memadu tenaga mencurah bakti

Pada negeri dan juga bangsa

Di bawah  payung baginda

 

Maju maju arah dituju

Kerja kuat penuh semangat

Gagah berdiri penuh berdikari

Matlamat yang sungguh murni

 

Maju bangsa maju Negara

Padu erat rakan dan taulan

Gagah perkasa di mata dunia

Negeri Selangor Darul Ehsan

 

Tiba-tiba teringat lagu ini. Entah apa tajuknya, saya cuma ingat lirik dan nadanya. Lagu ini ketika saya sekolah rendah kalau tak silap, zaman2 Dr Mahathir menjadi PM. Biasalah, selalunya perkara atau benda yang dihafal ketika zaman kanak-kanak,ingatannya dibawa ke tua..:)

3 comments:

aku Dayat said...

lagu ni aku ingat sewaktu program Semarak Selangor dalam tahun 1987@1988...aku naik beskal ngan akak aku dari parit 5 ke parit 2....semata-mata nak tengok PM waktu tu....

Kulaan Kuala said...

huhu means masa kita djh 2@3,sanggup tu!xpe2 ko dah dapat slm dia kan masa beli buku Dr in d house tu..

aku pun penah salam..masa tu umur 6 tahun,(1985)..Dr M rasmikan SKPM..sekolah baru je buka,aku generasi tahun 1 yang kedua,ingat lg Dr M pakai baju kelabu..

nony_mousa said...

Tgh cari mp3 lagu ni..

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...