June 16, 2013

Celoteh Sang Puteri

Iman baru berusia 4 tahun 7 bulan. Dia mula bercakap seawal 16 bulan. Lebih awal berbanding Amar dan Rayyan. Saya catatkan di sini sebahagian perbualan saya dan Iman pada hari ini.

Anak Patung ada stroller

Bila Iman tengok iklan 'baby alive'..

I : Ummi, Iman macam suka sangat kalau ada anak patung tu, tapi mesti siap ada stroller tau..
U: Kenapa perlu ada stroller?
I : Iman ni keciklah Ummi, susah nak dukung anak, berat nanti..lagipun bila jalan-jalan 'anak' Iman biarlah pandang depan..

Amboi..jauhnya pandangan

Piano

I : Ummi, cakapkanlah dengan abah, belikan Iman piano, warna pink tau
U: Iman pandai ke main piano?
I : Pandai, kalau Iman ada piano Iman pandai, tapi sebab tak ada lambat lah pandai

Hmmm..ialah tu Iman

Roti (ketika lalu kilang Fuji Bakery)

I : Ummi, Iman rasa hidung Iman sedang 'menangkap' sesuatu..
U: Tangkap?tangkap apa Iman
I : Menangkap bau roti..jom cari roti ke, kek ke..Iman rasa macam 'menangkap' sedap..
U : Iman ni..bila nak je terus minta..tak semestinya kalau minta terus dapat Iman..
I : Ummi ni dah lupa ye?Kan Ummi cakap kanak-kanak ni ahli syurga, dalam syurga semua kita nak Allah bagi. Iman ni kanak-kanak..ahli syurga..kalau nak..kita dapatlah

Err..Ummi termangu seketika

2 comments:

Kancil 8349 said...

salam perkenalan daripada Kancil...wah hebatnya anak kakak...tahniah...tapi tulah orang kata...kena sentiasa jaga tutur katanya kekadang ada kalanya dia terlepas cakap dan baginya ia tidak salah...tegur dengan nasihat agar tidak berulang...(maaf jika tidak selesa)

Ummu Amar said...

salam kancil!betul tu..siapa nak tegur kalau bukan mak ayah sendiri, n nasihat agar tidak berulang itu mmg penting..mereka masih belum benar2 faham..mana yang betul, mana yang boleh cakap public, mana yang perlu disimpan..setuju..:)

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...