June 11, 2013

Fikir Petang

Saban petang kadangkala lisan kita akan terungkap;

 'Allah..dah petang dah..sekejap je masa berlalu..buat itu buat ini..dah nak habis hari'.

Hakikatnya masa itu sentiasa beredar dengan fitrahnya, dengan izin Allah jua. Terpulang kita menyalurkannya ke arah mana.

Fikir-fikir balik, bermula dari seawal Subuh, bagaimana hari kita dimulakan. Sejauh mana juga niat dan tindakan kita dipaksikan?Untuk siapa dan untuk apa? Hidup ini hanya persinggahan, ibarat satu 'checkpoint' dalam perjalanan seorang hamba musafir dan dunia ini pula tak ubah sebuah kenderaan yang membawa kita ke tahap seterusnya yang lebih abadi.

Selamat berpetang-petang dengan fitrah Islam..
Selamat berpetang-petang dengan kalimah ikhlas
Selamat berpetang-petang dengan Din yang dibawa junjungan kita, Muhammad SallaLlahu'alaihi Wasallam
Selamat berpetang-petang dengan millah Nabi Ibrahim yang lurus..

Moga hati dan tindakan kita terpelihara dengan rahmat dan ampunanNya..

2 comments:

sweet tooth said...

Betul lah zah, ni dh setengah tahun, cepat betul masa berlalu. Bila boss tanya apa achievement setengah tahun, rasa mcm....'eh, apa aku dh buat setengah tahun ni...' Huhuhuhu

Ummu Amar said...

kannn?even masing2 berbeza cara..beza tugas..beza karier tapi masa yg berlalu tetap sama..huhuhu

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...