June 07, 2013

Sepetang di Taman Botani Malaysia, Shah Alam.

Musim cuti sekolah hampir berakhir. Bersisa 3 hari lagi (termasuk Sabtu dan Ahad), anak-anak sudah saya setmind kan untuk kembali ke sekolah minggu hadapan.

Cuti kali ini, kami hanya sempat bawa anak-anak ke Bukit Cahaya, Shah Alam atau sekarang dikenali sebagai Taman Botani Malaysia. Kami sempat-sempatkan masa selepas menghadiri majlis kahwin kawan suami dan sebelum pergi menghadiri walimah Kamarul dan Hidayah di Jeram.

Amar dan Rayyan teruja tengok rusa dari dekat
Kuda-kuda di sini jinak-jinak belaka..:)
Kami sampai petang hari itu dan hanya berkesempatan 'pusing lama' di Taman Haiwan. Penat melihat haiwan di situ, kami santai makan dan minum bekalan yang kami bawa dari rumah. Seronok pula makan karipap dan minum air milo di tengah-tengah hutan sebegitu.

Tengok karipap, bukan tengok kamera..:)
Gambar lagi; sebagai kenangan kami sekeluarga..:)
Amar dan Abah
Iman, Abah dan Rayyan sandar di rusa batu :)

Gaya Bebas- Ini gambar ketika kami menunggu bas untuk masuk ke Taman Botani. Riang anak-anak saya kan?

Naik Rusa Batu


 Tepi Tasik-Dari Lensa Amar


 Abah belanja aiskrim!


 Ummi dapat paling best!magnum


 Iman makan aiskrim sampai pejam mata

 Kami berlima, tapi Amar tak pandang kamera..


Sangat suka riak wajah Iman dalam gambar ini

 
Saya dan suami berhajat ke sini lagi selepas ini. Insya Allah selepas ini kami ingin bawa anak-anak berkhemah pula :). Moga-moga Allah izinkan.

8 comments:

Jay Ar said...

Saya cuti sekolah ni tak dpt bawa anak ke mana2 sebab sibuk sangat2. Cuma esok cadang2 nak ke pekan sempadan Thailand...Padang Besar...

Kulaan Kuala said...

Padang Besar..lama sungguh tidak menghala utara.

Takpe, walaupun sekejap yang penting kualiti masa utk buah2 hati

Selamat bersiar2 :) Jay Ar dan family.

inazamri said...

dah lama sgt tak ke bkt cahaya seri alam ni.dulu kerap pi zaman lepas spm.teringin juga nak pi kalau balik klang nnt.tp kena tggu cuti sklh akan dtg la pulak.

Kulaan Kuala said...

ina,tu lah dulu masa zmn sekolah2 rasa 'bertenaga sangat' sekarang ni mmg kena naik bas yg diorang sediakan hehehe :)

mama ila said...

dulu belajar kat shah alam..tapi xpernah sampai sini..hehehe..seronok jugak yer jenjalan sini

salam kenal..thanks..ila follow juga yer =)

Kulaan Kuala said...

salam perkenalan Ila..:)

seronok bawak anak2..esp bagi yg suka nature..

tq follow..:)

||aLeaSaRa|| said...

biarpun bertukar nama...tapi lebih suka sebut bukit cherakah he3...inilah tempat saya dan kawan2 pergi selain dari library.masa tu duduk shah alam.abah pun suka saya pergi sini banyak ilmu dapat,udara segar...wah nak bawa anak2 jugaklah ^^

Ummu Amar said...

betul2!sy pun still sebut bukit cherakah, tulis je ikut nama semasa..hehehhe

bawalah anak2..naik jambatan gantung, tengok pokok herba..rumah 4 musim tgh renovate katanya

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...