November 03, 2013

Perginya Adinda AMMAR

Menerima berita sedih hari ini. Berita pulangnya ke rahmatullah Adinda Ahmad Ammar bin Ahmad Azam, Anak kepada bekas Presiden ABIM Tn Hj Ahmad Azam bin Abdul Rahman dan isterinya Nur Azlina yang mesra saya panggil Kak Ina.

Ammar saya kenali sejak dia seusia 'Amar' saya ketika ini. Pemalu, berakhlak mulia, anak harapan Cik Azam dan Kak Ina. Di'train' menjadi daie semenjak dari kandungan, membesar dalam suasana usrah dan gerakan yang sudah lama saya rindukan.

Ammar menemui penciptanya di tanah kelahiran juga tanah kematian syuhada, Turki. Allah..engkau sebaik-baik perancang. Saya sedih tapi saya maklum Kak Ina lebih-lebih lagi sedih..

Saya tampalkan pengumuman rasmi ABIM berkaitan pemergian Ammar,


'
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Anak Tn. Hj Ahmad Azam, sdr Ammar telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di Istanbul. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada ruh Allahyarham dan dikurniakan ketabahan dan keredhaan kepada En. Ahmad Azam sekeluarga. Seluruh warga Abim amat merasai kehilangan beliau yg merupakan permata bagi perjuangan Islamiah ini. Allahyarham adalah bintang yg berpotensi utk bersinar pada masa akan datang.

Hanya Allah yang lebih mengetahui akan hikmah sesuatu peristiwa.

Amidi bin Hj. Abdul Manan,
Presiden,
Angkatan Belia Islam Malaysia. '



6 comments:

aku Dayat said...

Innalillahiwainnailaihirojiun....Al-Fatihah

Ummu Amar said...

Al Fatihah..:(

Ummi Iman said...

Takziah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah

Kesuma Angsana said...

al fatihah...

Cik Matahariku said...

As salam Izzah, lamanya tak jumpa dan bertegur sapa..:) kisah kematian Ammar menjadi pengikat semula tali ukhwah kita..Salam "kenal" dari akk dan gembiranya berjumpa teman seusrah di alam maya ini..:)

Ummu Amar said...

alaiki salam kak Sham! :)
alhamdulillah..alhamdulillah..jumpa balik kita ye kak!

seronok saya..seronok dan gembira sangat jumpa akak..

saya sebenarnya sangat terkesan dengan 'pemergian' Ammar..

ada hikmahnya..ada hikmahnya..alhamdulillah 'ala kulli hal..

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...