January 11, 2013

Syukur Jum'ah


Bertuah dan bersyukurlah!

~Bila kita masih bernafas dalam nikmat Iman dan Islam

~bila kita masih lagi ada ibubapa yang sentiasa mendoakan kesejahteraan , dan andai mereka sudah tiada bersyukurlah kerana kita pernah mengenali dan disayangi mereka..juga bersyukurlah kerana kita berpeluang mendoakan mereka yang telah pergi.

~bila kita masih lagi diberi ruang untuk bergandingan dengan si dia membina syurga di dunia seterusnya menanam benih-benih syurga untuk tuaian di sana.

~bila kita masih sihat, bertenaga dan berupaya menatap mata ceria anak-anak, melayan tawa dan rengek mereka..

Bersyukurlah..banyak lagi sebenarnya nikmat Nya dan ia tidak terhitung..

Bersyukurlah..sesungguhnya Dia Maha Penyayang.

Alhamdulillah!

January 10, 2013

Bujal, Bambino..Boboiboy


Pernah dengar Bujal?Bambino?

Itulah nama majalah kanak-kanak yang saya baca ketika tabika dan sekolah rendah. Saya mula membaca majalah Bujal seawal usia 5 tahun dan saya masih ingat lagi saya baca perkataan ‘GENG’ dengan sebutan ‘Genege’ J. Dalam Bujal ada watak-watak Bujal, Bujil dan Bujul..Karim, Wak Dogol dan lain-lain. Majalah Bambino pula lebih berwarna-warni dan banyak aktiviti berbanding cerita. Saya tak ingat harganya berapa, yang pastinya saya guna duit lebihan belanja sekolah untuk beli Bujal dan Bambino.

Sekarang saya lihat banyak sangat majalah kanak-kanak yang berada di pasaran. Banyak versi, Islamik (Ana Muslim, Sayang Muslim, Aulad), animasi macam Boboiboy, fantasi seperti  Barbie dan siri Disney seperti Mickey Mouse Clubhouse. Bertuah kanak-kanak sekarang, semuanya ada! 

Tidak kira apa versinya saya berpendirian, sebagai seorang ibu..pemantauan dan pe’mandu’an itu penting. Kalau boleh, sebelum anak-anak baca majalah atau buku, kita baca dulu. Agak kurang bijak bila kita belikan tapi tak tahu apa yang kita berikan. Lebih-lebih lagi bila anak-anak zaman sekarang sangat banyak bertanya dan sungguh tinggi perasaan ingin tahunya.

Tidak mengapa kita yang dah remaja purba ini membaca Sayang Muslim, Boboiboy dan sebagainya. Tak menjadi kesalahan pun J. Sekurang-kurangnya kita dapat terangkan pada anak-anak,mana yang baik mana yang tak boleh diikut, mana yang cantik, mana satu yang tak elok..kan?

January 08, 2013

Mawarku

senarai ini utk kenangan...

1 MAWAR 1992 (SMKASL)

Ketua Kelas : Rafi Sukarman
Pen.Ketua Kelas : Suriana Saari (608)

Norazam Aziz
Hamidi Ngatiman 662
Idi Norbakhtiar (650..rasaanya)
Kamarual Rasidi (KRR) 654
Rozali Aloi 653
Helmy Ibrahim
Ahmad Faisal Abd Ghafar 702
Fendy Taher
Shamsul Azhar 722
Khaireza Alwi
Shahril Azrin
Azman 609
Zamili Tebet 667
Yusaini 640
Nizam Sembab 642
Rashdan Komeng
Mirzan Hamid
Alin Tamam
Farahiyah
Ahadiah 615
Halila Faiza
Izah 716
Has Muin 685
Suhaily 686
Nurhaida (Ayu)
Jamaiatul Lailah
Laili Saadah 614
Shikin Yusof 680

*saya sengaja letakkan senarai ini di sini..untuk rekod diri sendiri dan yang mengenali..nombor-nombor tu pula..kami je yang faham

Generasi

jeritan sayu bumi
tangisan generasi
bibir mengakui..cintai din sejati
mengapa terleka dengan kisah lama
kegagahan tua kejayaan silam
 
tak sedari ia cengkaman durjana
yang membuai lena
menghitami jiwa..
seolah rela diri diperkosa
taghut yang menggila
mungkar yang mendusta..
 
c/o
agama mainan bicara
dicoret tinta ayunan pena alpa
keteguhan iman entahkan ke mana
pendirian buta digoyah dayus
menerus mimpi yang dicemar dosa
terpekak dari laungan mujahid
 
ayuhlah oh generasi
tegakkan addin di dalam diri
bangkitlah oh generasi
kenalilah diri kenali ILAHI
menyuci jiwa menyuburkan taqwa
dalam pencarian redha hakiki
 
Atur perjalanan mendaki kehidupan
semarak roh jihad bersama pengorbanan
warnai bumi penuh keinsafan
pasak kebenaran kuburkan kebatilan..

Pos Silam-A n G

Zaman persekolahan dulu..sangat berminat dgn watak Anne Shirley dan Gillbert Blythe..kisah berlatarbelakangkan Prince Edward Island dan zaman org putih baru nak kenal sekoah..

obses dgn cerita ni..watak Anne..budak perempuan bijak yang melawan arus tipikal dan juga seorang anak angkat yang berkarakter sendiri pada zamannya..jadi inspirasi aku pada masa tu..

walaupun tidak semua buku siri Anne of Green Gable aku miliki..tapi cerita dan aspirasi Anne sangat kuat pengaruhnya pada diri..tambahan dengan watak Gillbert yang menjadi musuh ketat Anne ketika zaman persekolahan awalnya..dan berkembang dengan kisah persahabatan tulus..seterusnya bersulam kasih cinta yang sangat..apa ye?mendalam mungkin..kerana mereka mengenali satu sama lain pada sisi baik dan buruk..saling tertarik pada faktor berlawanan antara mereka..sama-sama bijak dan bermatlamat..

entah kenapa…mungkin kerana peluang bersendirian begini membuatkan aku juga ada ruang mengintai dan mengorek kecenderungan silam..siapa yang ‘mengikuti’ perjalanan Anne dan Gillbert sezaman dengan aku mungkin dapat mengenali atau memahami apa yang pernah aku rasakan..tapi benar..betapa zaman kudus persekolahan dulu cukup memberi kesan kepada apa yang dimiliki sekarang..dari pelbagai sudut..soal pendirian, tentang hati, telus kecenderungan..juga mungkin pilihan..:)



*dari nota FB

1 AMANAH

SK Puncak Alam 3. Nama sekolah Amar. Hasil dari Ujian Diagnostik yang diadakan November lepas, alhamdulillah Amar ditempatkan di 1 Amanah. 2013 ini, ada 6 kelas untuk Tahun 1, A hingga F. Amar satu-satunya wakil pelajar lelaki dari TBK Kemas Warnasari di kelas ini. Bersama-sama Amar ada 3 lagi 'pesaing' perempuan dari TBK yang sama.

Amar melaporkan,
'dalam kelas 1 Amanah tu kan Ummi..kawan Amar yang lama semua perempuan..Baiti, Damiya dengan Insyirah..kesian Amar sorang je lelaki..tapi takpe..Amar dah cari kawan baru..'.


Kawan Amar dari KEMAS Warnasari cuma Baiti, Insyirah dgn Damia..Amar sorang je lelaki..


Hmmm...pandai-pandailah nak..:)

Hari Orientasi sebenarnya dibuat pada 31/12/2012.  Serentak itu, ibubapa diterangkan dengan lebih lanjut tentang KSSR dan sebagainya. Ada sesi Sarana PIBG juga sesi soal jawab. Saya dan suami berbahagi-bahagi, saya uruskan buku teks dan keperluan lain, suami pula pengawas setia Iman dan Rayyan. Macam-macam kerenah, terutamanya ibubapa yang pertama kali hantar anak ke sekolah seperti kami.

Kadang-kadang terasa macam ibubapa pula yang lebih teruja dan seronok berbanding anak..:)

January 07, 2013

Permudahkanlah

Seronok rupanya bila uruskan anak-anak sendiri. Di balik keletihan dan kepayahan, terselit kepuasan yang tak boleh digambarkan. Rutin baru saya selaku SAHM memberikan saya ruang dan peluang seluas-luasnya merasai pengalaman melayan, memenuhi keperluan, mendidik, memandu tindakan permata-permata hati.

Sebenarnya terlalu singkat masa bersama mereka. Sekejap sahaja Amar sudah bersekolah rendah, begitu juga Iman yang sudah ke kelas Tabika,  juga Rayyan yang sudah bijak berkata-kata. Alhamdulillah. Di kala ada insan lain yang mendambakan kehadiran cahayamata, saya dan suami sudah ada mereka yang diamanahkan Allah untuk kami pelihara dan didik sebaik-baiknya..Allah moga Kau permudahkan.

Benar, mendidik dan memelihara anak-anak tidak semudah dijangka juga tidak seindah dicita. Segalanya menuntut dedikasi, pengorbanan, juga kesediaan untuk berubah, terutamanya merubah diri sendiri..lebih sabar, lebih toleransi, lebih matang, lebih ilmu..subhanaLlah.

Allah moga Kau permudahkan.
Allah moga Kau permudahkan.
Allah moga Kau permudahkan...:)

January 05, 2013

Baru 2013

Selamat tahun baru..sangat tidak sempat menulis di sini..:(
Banyak sangat cerita..
~kisah Amar dengan sekolahnya..
~kisah Iman dengan tabikanya..
~kisah Rayyan dan perjalanan 2 tahun penyusuannya..

Banyak juga benda baru..
~rutin harian baru pastinya..:)

December 18, 2012

Cikgu Nabilah tukar status

Cikgu Nabilah & Suami

Alhamdulillah, meskipun kami 'confuse' dengan Parit, Taliair dan Ban, juga setelah menikmati pemandangan 'burung bangau di tengah sawah' akhirnya sampai juga kami ke Majlis Perkahwinan Nabilah dan Fahmy. Perjalanan kami ke Tg Karang petang itu agak jauh sebab kami bertolak dari Kelana Jaya (shopping untuk Iman). Semasa kami sampai, Nabilah dan Fahmy sedang sessi bergambar 'outdoor', mujur keluarga Nabilah sangat mesra dan melayan kami tanpa jemu. Anak-anak pula teruja dengan pemandangan baru bagi mereka, sawah yang sangat luas! Kami tak kisah menunggu pengantin sebab Amar beriya sangat nak jumpa cikgunya..:) 


Penuhkan pelamin..:)

Bila cikgu sampai, Amar pula yang malu. Jenuh ajak dia bergambar dengan dengan pengantin. Hasilnya, lihatlah gambar di atas..:P

December 17, 2012

Iman Shopping

Sebelum masuk shopping

15 Disember, Iman dapat 'Bonus Shopping' berjumlah RM 100 dari program TAWAS untuk  kelahiran 2008. Kaedahnya sangat mudah dan membantu (kurang birokrasi). Kami dapat panggilan dari Urusetia TAWAS untuk hadir ke Giant, Kelana Jaya sekitar 10.00 pagi hingga 01.00 tengahari pada 15 Disember 2012. Sampai di sana, petugas sudah menanti.  Selepas semakan dengan MyKid dan kad TAWAS, Iman diberi tag khas untuk tujuan pembayaran.
 
Di dalam Giant, kami terserempak dengan ramai lagi keluarga dengan tujuan yang sama. Masing-masing dengan pilihan sendiri. Ada yang membeli keperluan sekolah, pakaian dan makanan. Keperluan sekolah untuk Iman telah sedia, jadi kami putuskan untuk beli barang lain yang dia inginkan. Beberapa helai pakaian, bekas pensil, biskut dan 'cereal' kegemarannya untuk meraikannya. Alhamdulillah, Iman murah hati juga untuk meng'hadiah'kan bonus shoppingnya untuk abang dan adik..seorang satu bekas pensil Boboiboy..:)

Benda pertama Iman 'tangkap'


untuk dia..:)

Di kaunter khas untuk TAWAS, kami hanya hulurkan tag untuk diganti dengan baucer RM 100. Petugas TAWAS pula bersedia di kaunter, dengan tambahan hadiah lagi!Satu plastik berisi air minuman, biskut, snek dan jeli untuk Iman. Iman suka sangat!

December 12, 2012

Rayyan dan 'CAR"

Nampak tak tangan Rayyan pegang apa? Kereta kecil warna putih. Tak lepas langsung. Celik mata cari 'car', tidur pegang 'car'.

Semasa di Anjung Teh hari tu, kami risau sangat dia baling 'car' kesayangannya ke bawah..jenuh pulak nak cari balik..:)




December 08, 2012

Hari Keluarga Hj Ismail (II)~Kami Dapat

Ketika Hari Keluarga Hj Ismail (II) ini, kami dapat banyak!

Kami dapat,
jumpakan anak-anak kami bertaraf dua pupu, juga tidurkan mereka di dorm yang sama.

Kami dapat,
mandikan anak-anak kami bertaraf dua pupu di sungai yang sangat jernih, beri peluang mereka mem'bina' istana masing-masing. ada yang berkelompok me'ngerja'kan pasir, ada juga yang sibuk menyusun batu sungai.

Kami dapat,
ajak dan ajar anak berjemaah bersama atuk-atuk, nenek-nenek, makcik pakcik, abang kakak. walaupun ada desis gelak nakal anak-anak yang baru-baru mumaiyiz, kami masih dapat tersenyum dengan keletah mereka.

Kami dapat,
kenalkan anak-anak dengan pakcik/ makcik yang sebaya mereka, juga kami dapat kenal dengan pakcik/ makcik yang usia bertaraf adik sendiri.

Kami dapat...
uisssyy banyak sangat yang kami dapat..sampai tak tercatat

*catatan ini tertangguh lagi (banyak sangat dapatnya!) :)

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...