*
Sebenarnya kami agak terkejut bila cikgu Amar memaklumkan Amar mewakili kelasnya dalam pertandingan hafazan untuk Hari Potensi TBK Kemas Zon Jeram. Ialah, Amar baru sahaja di TBK Warnasari berbanding rakan-rakan yang lain, dia masuk pun pertengahan Mac 2012, 'junior'lah lebih kurang..:)...
Di rumah, memang anak-anak diajar dan disuruh hafal surah-surah pendek, sementelah saya mengajar sendiri anak-anak mengaji. Ada kelebihan dan kelemahannya. Puas hati bila dapat ajar ilmu yg ada kepada anak sendiri, tapi sudah namanya ajar sendiri kadangkala culas juga.
Ok! Balik kepada tajuk, bagi pertandingan ini Amar dikehendaki menghafaz Surah Al-Fatihah (1-7) dan Ar Rahman (1-9) beserta maknanya sekali. Dipendekkan cerita, hari kejadian adalah pada 22 Mei 2012 bertempat di TBK Sg. Buluh, Jalan Bukit Jeram. Suami mengambil cuti khusus untuk mengiringi Amar dalam pertandingan itu. Meskipun kecil mungkin bagi sesetengah yang lain, tetapi bagi kami ini adalah saat-saat yang penting dan bersejarah buat kami sekeluarga...:).
Kami tidak terapkan untuk anak-anak mensasarkan nombor dalam mana-mana pencapaian. Belajar untuk ilmu, bertanding untuk pengalaman. Berdasarkan pengalaman sendiri, saya tidak dididik untuk mengejar nombor dan juga tidak diajar habuan hadiah penghargaan. Apa yang penting, pengalaman dan kepuasan. Pesaing terbesar adalah diri sendiri!
Sebelum Amar naik ke pentas, saya berpesan kepada Amar..
'do what you please and like to do..Ummi tau Amar suka baca surah ArRahman..yang penting Amar berani'
'abah,ummi,nenek,adik Iman dan adik Rayyan semua ada tengok Amar..' (sebenarnya saya risau dia tak 'berbunyi' di atas pentas..)
Ketika di atas pentas, Amar memang buat cara dia..tak sempat duduk 'proper' dia dah 'bismillah..'..baca sambil berlagu-lagu, yang ini dia memang ikut Ummi..:). Nasib baik dia tak tiru gaya Ustaz Don mengajar..hehehe. Saya berada di sisi pentas ketika itu dan suami di barisan hadapan penonton. Amar tak hafal makna keseluruhannya dan saya kata kepada dia..'tak apa'..:). Ketika Amar memperdengarkan bacaannya..saya dengar sok sek sok sek..'sedap suara budak ni'..errrr..hati ummi saya kembang seketika..:)
Turun dari pentas dia terus peluk saya..'Amar dah good job Ummi!' sambil menyeringai senyum..terus dia mencari abahnya dan bagi 'Five'..'Bagus!'. Sejurus itu, 'boleh tak Amar main taman?' hehheheh..dia memang tak kisah apa pun..kami izinkan dia main 5 minit, hadiah sebab dia berani, kemudian kami bersegera ke kedai makan berhampiran sebab perut belum berisi sedari pagi.
Kami pulang awal kerana ada urusan lain. Sepanjang perjalanan balik kami tergelak-gelak menjadi pengulas pertandingan. Mak saya berulang-ulang beritahu, 'Kawan-kawan mak semua cakap..suara Amar paling sedap, macam orang besar..bekas penyelia mak pun cakap benda yang sama'. 'Tak kisahlah Amar dapat nombor berapa, tapi bagi nenek Amar tetap menang..'
Petang itu, dapat SMS dari Cikgu Nabilah, Amar dapat saguhati..:)..kami dah agak sebab dia tak hafal makna. Daripada 14 peserta, Amar dapat tempat ke 4. Bagi kami, ia sangat ok untuk permulaan pengalamannya. Perjalanannya masih jauh lagi...
**
Lebih 20 thn dahulu, saya dan suami sama-sama wakili SRA kami untuk Tamrin Peringkat Daerah Kuala Selangor di Parit Serong, Tg.Karang. Saya masuk pertandingan syair dan suami pertandingan solat mayat (solat mayat pun ada pertandingan tau!). Saya dapat jadi johan dan dia saguhati..hmmm. Usai tamrin tersebut, kami terus terpisah 12 tahun lamanya..tanpa bersua...tanpa khabar berita.
Kami berdua hampir tidak percaya, jodoh antara kami..:). Dan kini, setelah hampir 7 tahun berumahtangga, kami bersama-sama menghantar anak kami ke pertandingan sebegini. Seperti saya nyatakan tadi, mungkin ia hal yang kecil bagi orang lain, tetapi bagi kami..ia antara kenangan yang terindah..:).