August 28, 2008

Khamis 28/08/2008..Jasamu Dikenang

Doa buat Ayahanda

kehilangan hakiki seorang ayahanda
telah tiga tahun..dilalui
hati tetap tega..pemergian abadi diredhai..
kerana janji Allah tu pasti..

namun kenangan sentiasa menggamit
dan hati sentiasa merindui..
apatah lagi bila melihat ada yang memiliki..
persis kasih seorang ayah yang amat mengasihi

belum puas menumpang rasa
meskipun tidak terikat kasih saudara
kasih Allah membajai jiwa..
terpancar pada kasih dan sayang seorang hamba
atas ukhuwwah fillah.. yang bukan kepalang hikmahnya

namun..dibalik kehadiran
tercatat qadar sebuah pemergian
meskipun tidak berdekad lamanya ikatan
namun tautan berdasar keikhlasan
terpancar pada wajah penuh keimanan..
pada dasar menuju ihsan..

tiada lain yang dapat dititipkan
hanya doa untuk kesekian..
Moga rahmat perlindungan Tuhan Yang Maha Rahman
sentiasa rendang..menaungi keberkatan..
di dunia dan di sana yang abadi insha Allah berkekalan..


Ain Zaiha
28/08/2008

* nukilan dari hati ketika hari berlangsungnya Majlis Perpisahan dengan CEO..tak terungkap rasanya apa yang ada dalam hati..yang pasti perpisahan kami dengan CEO adalah sesuatu yang seolah-olah merentap hati,benak dan harapan

..tapi bila difikir2kan balik, hikmah Allah itu Maha Luas dan Dia Maha Mengetahui..mungkin pedih bagi kami untuk kali ini..manakan tahu..pedih dan pahit akan manis akhirnya..semoga Allah terus memberikan kekuatan untuk CEO yang meninggalkan kami dan kami yang ditinggalkan dalam meneruskan galasan tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan di muka bumi ni..khususnya di tempat kerja kami..moga apa yang ditanam dan disemai..dituai sebaiknya..walau mungkin tidak di sini..tapi di sana yang kekal abadi..amiiinn..

'alaika tawakkalna Ya Rahman..

August 24, 2008

Hikmah di sebalik..

lama tak menulis..2 hari di rumah..2 hari juga aku mengalami kekejangan otot di kaki..kaki pun mula membengkak..urat-urat mula timbul..mungkin kerana berat badan yang semakin bertambah..maklum dah masuk bulan ke 7 kandungan kedua ni..

abang kerja weekend ni sbb nak kejar dateline..aku dan amar terperap di rumah..alhamdulillah..meskipun amar tampak kebosanan..seolah2 dia memahami kesakitan uminya..huhuhu..hadap jelah..

2 hari di rumah ini juga aku sempat habiskan 2 daripada 3 buku pemberian kak azi Jumaat lepas..buku yang dah lama aku tunggu..Amalan Ibu Mengandung...oleh Ustzh Siti Nor Bahyah..bukan apa..sebelum aku mengandung lagi ..kak azi dok citer pasal buku tu..dia kata model ibu mengandung dalam buku tu macam aku..dan Masya Allah..aku sendiri akui..kalau orang lain tengok..mesti orang ingat model tu aku..ehheh h ehhh tapi aku x kisah sbb model tu bawa imej solehah..amiin.

buku satu lagi buku Seteguh Tekad..autobiografi Dr Sidek Baba..yang sekian lama menjadi model dan inspirasi penggerak ABIM dan PKPIM..masya Allah..benarlah kata dan coretan kak azi..jatuh juga airmata aku membaca kisah hidup tokoh yang seorang ini..dan setiap kali habis satu bab..aku cerita pulak dengan suami..akur dengan minatku yang mendalam dalam pembacaan...suami amat memahami akan kecenderungan aku..meskipun dia lebih gemar berdiskusi..syukur..sekurang-kurangnya..aku dapat berkongsi apa yang aku baca..

2 hari yang penuh hikmah ini (di sebalik kesakitan kakiku yang kejap datang kejap menghilang) aku lalui dengan penuh syukur..alhamdulillah..aku dah nak khatam sempena bulan Sya'ban ni..amiinn..moga Allah permudahkan bacaanku menjelang Ramadhan nanti..dan lembaran baru Quran akan aku mulakan seawal Ramadhan seperti kebiasaanku..

maka ..pena ini berhenti untuk malam ini..esok bermula lagi minggu baru..dan rutin itu akan tetap dilalui selagi hayat dikandung bdn dan selagi nafas masih diizinkanNya..

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...