Syura - Pemenang Masterchef Selebriti 2
June 26, 2013
Juara MCS 2
Noktah..MC Selebriti 2, sudah habis! Teka-teki siapa jadi juara sudah terjawab. Saya suka pemenang ini!
Jerebu 2 - Ziarah Sahabat (Subang Bestari)
Catatan ini disambung dari Ziarah ke Seri Menanti dan Ziarah Sahabat di Batu Caves.
Sejurus melepas rindu dengan saya dan sahabat saya, Elin, kami sekeluarga meneruskan perjalanan petang itu ke Subang Bestari. Saya pernah catatkan dalam entri saya sebelum ini tentang pulangnya anakanda Ahmad Zahran ke rahmatullah. Justeru, kesempatan bermusafir menziarahi sahabat kami cuba lengkapkan dengan mengunjungi Miza dan keluarga di Subang Bestari.
Saya masih ingat lagi kunjungan terakhir kami untuk keluarga ini adalah ketika meraikan kelahiran Ahmad, 9 bulan lepas. Ketika itu, Miza baru benar-benar keluar dari Hospital Pusrawi dan baru sampai di rumah. Tiga bulan selepas itu Miza dan keluarga membalas kunjungan pula ketika keraian Majlis Akikah, Tahlil dan Hari Lahir anak-anak pada November lepas. Kali ini, kunjungan kami khusus untuk mengucapkan takziah atas kepulangan Ahmad Zahran ke rahmatullah pada hari Selasa, 18 Jun 2013 bersamaan 9 Sya'aban 1434H di usia beliau 9 bulan.
Menurut Miza, pemergian arwah Adik Ahmad adalah disebabkan ketumbuhan yang berada di saraf utama otak. Ia dikenali sebagai 'Medulloblastoma' dan punca kematian adalah 'Acute Hydrocephalus 2 Brain Tumor'. Tambahnya lagi, kes sebegini sangat unik dan penyakit ini amat jarang ditemui dengan nisbah 1:100,000 untuk bayi.
Saya yang mendengar Miza bercerita tidak mampu menahan airmata lebih-lebih lagi bila melihat dia bercerita dengan senyuman meskipun matanya basah. Sesekali, Miza tunjukkan gambar Arwah anaknya pada handphone yang tak lekang di tangan. Begitu juga suami, dia turut ralit mendengar dan melihat gambar-gambar Arwah dari Azlan, suami Miza. Saya sangat sebak bila mendengar Miza menceritakan saat-saat 'kesedihannya yang teramat'. Jujur, saya kagum dengan ketabahan keluarga ini. Di balik kehilangan, mereka merungkai kemanisan ujian Tuhan.
Ayat Miza yang masih saya ingat, 'Alhamdulillah, bila Allah duga Miza dan Lan dengan ujian hebat macam ni, Allah kirimkan kasih sayang dan perhatian keluarga, datangkan pada kami sahabat-sahabat yang baik. Allah bagi juga kekuatan dan ketenangan hati. Cuma bila rasa rindu dan sedih tu datang...Miza doa kat Allah.. kalau perasaan tu datang dari syaitan, jauhkanlah Ya Allah, kalau benar ia datang dariNya, kuatkanlah hati Miza utk menempuhnya.'
Tambahnya lagi 'Syukur..Miza memang rasa sangat sedih terutamanya bila susu membengkak, terasa-rasa sangat, tapi Miza bertuah sebab Miza dapat susukan dia selama 9 bulan, itulah pengikat Miza dan Ahmad, Miza sentiasa rasa dia ada...dan itu cukup bermakna.' Allahurabbana..moga kekuatan itu menjadi pemangkin semangatnya untuk hari-hari mendatang.
Terasa sangat singkat kunjungan kami lewat petang itu. Kami maghrib di rumah mereka, sempat menjamah buah-buahan dan bubur. Sempat juga saya khabarkan pada Miza, saya terserempak dengan Kak Aishah di RnR Seremban (juga bekas rakan sepejabat saya). Kami tak bisa berlama-lama lagi, usai solat dan mendengar khabar terkini jerebu, kami mohon diri untuk pulang. Pastinya pulang kami dengan salam dan perasaan yang bercampur-baur.
Baiklah..tamat sudah catatan saya untuk sahabat-sahabat. Satu hari yang penuh cerita dengan pelbagai latar. Hidup manusia ini sudah tertulis suratan dan takdirnya. Yakinlah..Allah Maha Penyayang..Dia juga Maha Mengetahui dan Dia Sebaik-baik Perancang. Saya berdoa moga sahabat-sahabat saya sentiasa dilindungi dalam rahmat dan keampunanNya. Sentiasa beringat ketika senang, juga sentiasa redha tika ada ujian yang mendatang..amiin.

Miza dan Arwah Ahmad

June 25, 2013
Jerebu 2 - Ziarah Sahabat (Batu Caves)
sambungan dari ziarah di Seri Menanti.
Kg.Baru, Batu Caves
Lebuhraya Utara-Selatan dari Senawang menuju ke Kuala Lumpur. Sekali lagi kami melalui lebuhraya 'jerebu'. Sebelum berpergian pagi itu, kami sudah bersedia dengan topeng muka untuk diri dan anak-anak. Maka, ketika kami singgah solat di RnR Seremban, masing-masing turun dengan separuh muka tertutup.
Sepanjang jalan menuju ke Batu Caves, jerebu sangat teruk melanda pusat bandar. Bangunan-bangunan tinggi hampir tak kelihatan dan tulisan amaran jerebu berkelip-kelip di sepanjang jalan. Alhamdulillah, perjalanan ke destinasi kedua kami tidak banyak masalah. Sampai di Bulatan Batu Caves, kami terus menuju ke rumah keluarga Elin dan Syukri dengan bantuan arah melalui telefon, maklumlah jalan di situ semakin berselirat dan berubah berbanding ketika saya selalu 'bermain' di kawasan Gombak, Batu Caves (termasuk Wangsamaju) suatu ketika dulu.
Majlis mereka sudah hampir selesai ketika kami sampai. Kami tak kisah sebab memang saya khabarkan pada sahabat saya Elin, bahawa kami akan sampai lewat, dan niat kunjungan kami adalah untuk menziarahi mereka sekeluarga. Seingat saya, kali terakhir kami berjumpa ialah ketika saya dimasukkan ke wad sebelum kelahiran Amar. Hampir 7 tahun!Betul, hampir 7 tahun saya dan sahabat saya ini tidak bertemu muka. Sudah tentu, pertemuan semula saya yang sudah beranak tiga dan Elin yang sudah beranak lima mengundang sebak yang ditahan-tahan dengan tawa 'macho' kami.
Kediaman mereka betul-betul berlatarkan Batu Caves yang tercacak megah. Pemandangan petang itu juga dihiasi awan jerebu. Tersurat untuk kami hari itu, melihat jerebu di balik bukit dan gunung. Pertemuan singkat kami terasa cukup indah, hampir tak cukup mulut bercerita. Saya sangat berpuashati dapat berjumpa juga dengan sahabat sebilik, se'motor', sekuliah, se'banjar'..se..se..segala bagai itu. Dengan Elin, saya dan dia kadangkala tak perlu 'bercakap'. Pandangan dan riak muka juga sudah cukup me'maham'kan kami antara satu sama lain. Bagaimana lagi perlu saya ungkapkan 'akrab'nya kami..:). Allahurabbana..semoga persahabatan ini kekal hingga ke syurga, moga persahabatan kami ini menjadi jambatan silaturrahmi yang tidak bertepi.
Cerita kami petang itu banyak berkisar tentang anak-anak, tercuit-cuit juga kisah-kisah lama di samping ringkas perkembangan semasa. Tak lupa juga bertanya khabar keluarga memasing. Saya kenal ibubapa dan adik beradiknya, begitu juga Elin yang turut 'hafal' nama adik beradik saya juga perangai sifat mereka. Rindu!Sangat rindu sebenarnya dengan dia.
Anak-anak saya meskipun lewat sempat menjamah kek. Saya pula makan nasi berlauk ikan masak sambal, sementara suami melayan kambing sejamah dua. Sambil makan, sambil bercerita rasa cepat sahaja masa berlalu. Menjelang lewat petang, kami terpaksa mengundur diri. Memang tak puas, tapi saya men'cukup'kan juga rasa puas itu. Syukur dengan pertemuan, redha dengan perpisahan..alhamdulillah.
Perjalanan petang kami diteruskan menuju ke Subang Bestari pula. Alhamdulillah..alhamdulillah!
bersambung....
-Subang Bestari

June 24, 2013
Jerebu 2 - Ziarah Sahabat
Semalam, ini cerita semalam..:)
Ada 3 destinasi dalam ke'jerebu'an. Jemputan Majlis Akikah di Seri Menanti dan Batu Caves juga ziarah keluarga Miza di Subang Bestari. Pada mulanya kami teragak-agak memulakan perjalanan, jerebu. Akhirnya, saya lahirkan pandangan kepada suami, 'Takpe Bang, kita teruskan perjalanan, niatkan ziarah dan doa banyak-banyak moga Allah permudahkan perjalanan kita'.
Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Destinasi pertama, Seri Menanti Negeri Sembilan. Majlis Akikah anak rakan sepejabat suami, Joe. Melalui lebuhraya dari Bukit Jelutong-Senawang menyaksikan pemandangan 'jerebu' saujana mata memandang. Bukit-bukau sepanjang lebuhraya hampir tak kelihatan khususnya ketika kami melalui kawasan Dengkil dan Jenderam. Masuk melalui Senawang dan melalui jalan baru menuju Seri Menanti (tanpa lalu di Bukit Putus yang 'legend'), perasaan 'jerebu' hilang seketika bila anak-anak sibuk bertanyakan perihal sawah-sawah bukit di sepanjang perjalanan.
Alhamdulillah, info baru untuk mereka, sawah padi bukan sekadar di permatang seperti Tg Karang dan Sekinchan, tapi juga kawasan perbukitan seperti di 'Gugusan Pilah'. Saya yang kebetulan gemar membaca tentang budaya dan sejarah (meskipun berkelulusan akaun) menambah nganga mereka dengan info kecenderungan etnik Minang bersawah padi di perbukitan berbanding kelebihan etnik Banjar yang mahir bersawah di bendang permatang.
Perjalanan ke Seri Menanti diteruskan dengan memasuki Pintu Gerbang tanda 'Daulat' Negeri Sembilan. Jalan agak kecil melintasi kawasan istana tetapi suasananya tetap cantik dan damai. Kami sampai di kediaman keluarga Joe ketika azan Zohor berkumandang di masjid Seri Menanti. Kediaman mereka benar-benar berhadapan dengan kediaman penyanyi Hattan, sempat-sempat jugalah leher saya tercongok cangak melihat rumah besar berlatar gunung ganang itu. Mujur jerebu melanda ketika itu, kalau tidak saya pasti pemandangan di situ lebih menarik.
Alhamdulillah, kami disambut keluarga Joe dengan begitu mesra, cara menyapa orang Nogori. Nasi minyak berlaukkan kambing kari berempah, menu utama mereka. Alang-alang perjalanan jauh, kami berlama sedikit di situ, sambil menjadi pemerhati bebas budaya mereka di kampung beradat :). Usai menjamu dan bercerita, kami minta diri bersegera pula untuk ke Batu Caves, ada undangan majlis akikah lain yang perlu kami penuhi.
Bersambung.....
- Kg.Baru, Batu Caves
- Subang Bestari

Kami-Usai makan dan ziarah |

Subscribe to:
Posts (Atom)