Bertuah dan bersyukurlah!
~Bila kita masih bernafas dalam nikmat Iman dan Islam
~bila kita masih lagi ada ibubapa yang sentiasa mendoakan
kesejahteraan , dan andai mereka sudah tiada bersyukurlah kerana kita pernah
mengenali dan disayangi mereka..juga bersyukurlah kerana kita berpeluang
mendoakan mereka yang telah pergi.
~bila kita masih lagi diberi ruang untuk bergandingan dengan
si dia membina syurga di dunia seterusnya menanam benih-benih syurga untuk
tuaian di sana.
~bila kita masih sihat, bertenaga dan berupaya menatap mata
ceria anak-anak, melayan tawa dan rengek mereka..
Bersyukurlah..banyak lagi sebenarnya nikmat Nya dan ia tidak
terhitung..
Bersyukurlah..sesungguhnya Dia Maha Penyayang.
Alhamdulillah!