June 26, 2012

Bunga

Kembang untuk pertama kali

Sebelum ini tak pernah rajin pun nak berbunga-bunga, cuma rajin tolong siram bunga mak sahaja..:)

Sejak berumah di AJ, suka pula saya dengan bunga. Saya paling suka bunga ros. Sempurna untuk sekuntum bunga. Cantik, wangi, berduri, berdaun..walaupun susah nak jaga..:)
Kisahnya bunga di atas ini, tinggalan dari penyewa rumah kami. Masa kami berkemas-kemas laman, pokok ros ini, hampir-hampir mati..macam segan nak hidup. Suami saya tanamkan semula di sudut laman. Tak dijangka..ia hidup dan berbunga. Sehingga hari ini, ros pink ini sudah berbunga 3 kali. Kali pertama, sekuntum. Kedua..dua kuntum, dan kali ketiga..tiga kuntum!

Maka, hati dan diri saya termotivasi untuk ber'bunga-bunga' di laman kecil kami. Setakat ini saya sudah ada 3 pokok ros..3 pokok berdaun..1 pokok bunga daisy (pun sudah berbunga 2 kali) juga bunga lavender yang semakin gemuk..:)

Daisy yang muncul untuk kali kedua

4 comments:

Yan said...

cantiknya taman puan izah! aku tak pandai tanam... sangat minat bunga daisy..selalu sangat beli pokoknya... yg dah siap bunga...akhirnya mati muga... walau cam tu aku masih sgt suka beli bunga dan ubuh dlm pasu..bila layu..tukar... suka..

Puan Hazel said...

bestnya zah.. alangkah bahagianya dpt cium bunga pg2 kan.. nt tanam la melor pulak, sng hidup.. then jgn lupa pokok pandan, kari etc.. sng nak masak petik je...:)

Mas said...

Hai assalamualaikum....watpe tu?

Unknown said...

yan..baru belajar..hehhehe..

kak z..kannn?

waalaikumussalam mas!tgh lyn msterchef..:p

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...