Urusan mencuci dan mensucikan najis anak-anak antara
keutamaan dan ke’segera’an dalam aspek pengurusan daya di rumah. Sering sahaja
ada yang bertanyakan ‘tak susah ke saya memakaikan anak dengan lampin kain
moden (CD)?’. Jawapan saya, ‘hendak seribu daya’.
Zaman berubah, teknologi berkembang. Bagi kami, penggunaan
CD untuk Iman satu ketika dulu dan Rayyan buat masa sekarang bukan sekadar
mesra alam tapi juga men’cuci’ hati. Anak kencing..anak berak..itu normal. Cuci
tempat, cuci anggota itu sudah pasti. Sambil cuci kekotoran sebegitu, sekaligus
kita mendidik hati dan men’cuci’ jiwa-jiwa takbur, ‘ujub dan lain-lain sifat
‘busuk’ dalam hati.
Bila ada najis pada CD..buang dan pamkan sahaja di tandas,
bersihkan saja CD yang berkenaan, alirkan air secukupnya..kemudian ‘serahkan’
kepada mesin basuh. Cukup masa ia akan selesai sendiri, sidai! Lampin kain
moden tak perlukan seluar getah macam zaman kita kecil dulu, rata-rata kita
menggunakan mesin basuh dan sudah tentu cepat kering. Tak susah..
Hendak seribu daya..kan?