May 11, 2013

Selamat Hari Ibu (2)

Kad dari Amar

Ucapan Termahal

 
Make my day..:)

bila saya tanya, kenapa 'colour'kan tudung Ummi purple..Amar jawab..'sebab Ummi cantik bila pakai purple', kalau colour lain..? dia jawab..'cantik jugak..bolehlah..' hahahahha..

bolehlah..
:)

Selamat Hari Ibu (1)

Ya Allah, sejahterakanlah ibuku dunia dan akhirat
rahmatilah ibuku dengan kasih sayang dan perhatianMu
permudahkanlah urusan ibuku dengan petunjukMu
sesungguhnya ibuku, Hamsah binti Hamed adalah ibu terbaik dalam hidupku dan ibuku syurga hatiku

amiin

*mesej untuk mak malam ini.

May 10, 2013

PBAKL 2013 (3)-Khusus untuk Iman

Khas untuk puteri

Entri ini khas untuk Iman. Semasa pesta buku yang lepas, ada dua buah buku khusus buat Tuan Puteri, 10 Nilai Murni Bersama Aliyah dan Kisah Haiwan Teladan Dalam Al Quran dan Hadis.

Iman pilih sendiri

Buku yang ini Iman pilih sendiri, masa 'dapat' dia langsung tak lepaskan dari tangan dia. Saya tanya kenapa Iman mahukan buku ni? Iman jawab, sebab 'girl' kat buku ini macam Iman..:)

Ummi pilih untuk Iman

Buku ini pula Ummi pilih untuk Iman, ketika itu hanya kami berdua merewang-rewang sebab Rayyan tidur dan Amar ralit dengan buku barunya. Pada ketika ini, Iman belum lancar membaca, maka Amarlah pencerita setia..:)

Sian Adik

2 minggu ini ayat yang selalu keluar dari mulut Rayyan, 'sian (kasihan) adik'.

Bila Abang Amar atau Kakak Iman usik dan sakat, sambil cebik-cebik mulut dengan dagunya yang berbelah comel itu, dia akan berkata,

'tengok abang ni Ummi, abang buat adik..sian adik..adik ni kan kecik lagi'

Bila saya tidak melayan dia bertanya/ bercakap, dia berkata,

'..apalah Ummi ni..sian adik cakap sorang-sorang'

Bila saya tak berikan apa yang dia minta, dia berkata,

' sian adik, Ummi ni tak bagi pulak'

Bila saya turun tangga tanpa tunggu dia, dia berkata,

' Ummi tunggulah adik, sian adik..nanti kena culik macam mana'

aduhai Rayyan..:)

Edisi Mei 2013


Comel kan 'cover' Mei? Setiap kali majalah ini tiba di 'post box', setiap kali itulah saya terpaksa menyorokkannya dari Amar, Iman dan Rayyan. Mereka pasti berebut 'nak baca dulu'. Hasilnya, majalah Ummi ini nanti akan renyuk hujung-hujung mukasurat, paling sadis bila 'tertumpah' susu atau terkena coklat.

Bulan ini..sempena keriangan sambutan Hari Ibu, banyak cerita..banyak produk, banyak baju..yang berkait dengan Hari Ibu. Fokusnya pula pada persediaan menjadi ibu, cerita alam rahim juga kehamilan.

Saya dah baca 3 kali..ini nak ulang baca lagi..:)

'MALAS'

Saya malas nak cerita keputusan PRU 13. Sebab?sebabnya memang saya 'malas'. Entri ini seolahnya negatif, saya tidak perlu peduli..sebab memang saya 'malas' nak mengulas, menghurai.

Kesimpulannya sangat mudah..'MALAS'.

May 07, 2013

Walimah 0405

Sehari sebelum PRU 13, kami memenuhi jemputan walimah Faizah dan suaminya Ruzaimi di Kg Nelayan Baru, Sg. Besar. Faiz, junior saya ketika di SMKASL dan juga rakan seperjuangan dalam PKPIM dan ABIM.

Kami sekeluarga bersama pengantin

Serentak dengan kemeriahan hari terakhir kempen PRU 13, perjalanan kami dari Alam Jaya ke Sungai Besar sungguh berwarna-warni dengan aneka kempen di sepanjang perjalanan kami ke sana. Bermula dengan Kuala Selangor yang tenang, kehangatan kempen PRU sangat terasa bila kami berada di Pekan Tg Karang. Jalan agak jem, mujur suasana tidak terlalu panas. Kiri kanan jalan dipenuhi penyokong parti-parti yang bertanding seolah-olah 'menyambut' para pengguna jalanraya. Saya fikir rata-rata pengguna jalanraya hari itu adalah mereka yang pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi keesokan harinya.

Melalui Sekincan, Sg Nibong, Sg Hj Dorani dan seterusnya Pekan Sg Besar, kami kagum dengan kematangan dan keharmonian mereka yang berkampung di sini. Meskipun berlainan warna bendera, keraian PRU 13 seakan 'hari raya' yang disambut dengan wajah ceria dan gembira. 'Thumbs up' sesama sendiri ketika berselisih kereta berbeza warna parti yang diwakili.

Tiba di kediaman pengantin (agak jenuh mencari parking..:)), hati sejuk dengan layanan mesra pasangan pengantin dan keluarga. Kami tidak kisah berlama-lama menunggu pengantin reda seketika kerana rumah Faiz betul-betul berhadapan surau. Mudah me'nyetelkan' urusan diri sendiri dan melepas lelah mengejar anak-anak yang tidak kira aktif walau di mana.

Ketika majlis, saya berkesempatan berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sudah lama tidak bertemu muka. Azareka, Fatimah Zakiah, Azura (Achik), Kak Wan Azizah, Shidah..wajah-wajah yang selama ini hanya ter'update' berita di FB. Alhamdulillah, lepas juga rasa rindu yang bertamu.

Faizah dan Kak Izah

Seusai majlis, saya ajak suami singgah di Pekan Sg Besar. Membeli sedikit keperluan dan mengimbau kenangan 'minum petang' di Restoran Kuala Kurau ketika zaman persekolahan dahulu. Sambil menikmati cucur udang 'Kuala Kurau' kami seronok pula melihat suasana kempen di tengah-tengah pekan. Teruja dengan situasi, dalam perjalanan keluar pekan, kami ikut sekali konvoi kenderaan di situ..:).

Perjalanan balik lebih menarik kerana hari sudah menjelang petang. Kibaran bendera-bendera parti, kereta-kereta berkonvoi, juga hon sesama penyokong sangat menghangatkan suasana. Laluan bertentangan arah Kuala Selangor ke Tg Karang sangat 'melekat'. Mujur kami berlawan arus, maka perjalanan kami santai-santai sahaja...:)

*Adinda Faizah dan suami..Selamat Menempuh Kehidupan Baru. Moga pernikahan kalian membuahkan benih-benih syurga dan memudahkan jalan di dunia untuk jambatan ke sana. Terima kasih atas jemputan, moga akan ada pertemuan lagi selepas ini.

May 06, 2013

Tak Seindah Sentuhan Mata


Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
 

 

May 05, 2013

505- Hari Mengundi

5 Mei 2013 Akhirnya...!

Hari ini hari pembuangan undi untuk rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Saya beratur panjang di saluran 6 SMK Seafield, saluran yang rata-ratanya berusia 30-35. Penuh...depan saya warga India..belakang saya Melayu, selang seorang warga berbangsa Cina (saya cari-cari juga warga 'Bangla' hehehhe). Saluran 4 dan 5 paling laju!Umur sekitar 36-40 an, sangat mudah mereka itu..daftar dan terus mengundi sedang saya di saluran 6 beratur hampir 2 jam.

Selesai di USJ 2 kami terus ke Batu Laut. Kali ini giliran suami di kampung halamannya. Saya dan anak-anak tunggu di kereta, tak sampai 10 minit suami sudah keluar sambil tunjuk jari telunjuknya yang sudah bertanda. Untunglah..masuk, daftar dan terus mengundi.

PRU akan datang kami sepakat tukar alamat di kediaman sedia ada. Tak perlulah ke sini sana selepas ini..:)

*Saya sayang Selangor!

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...