September 07, 2013

Kalau Aku Kaya (Versi Amar)

Cerita Amar petang semalam...

'Ummi, tadi Amar kena marah dengan Insyirah'. 'Dia garang hari ni Ummi'

'Oklah tu, budak perempuan memang kena garang sikit. Amar buat apa dengan Insyirah, mesti ada sebab dia marah Amar'

'Tadi, Amar nyanyi kat dia'

'Nyanyi?Lagu apa'..(agak terkejut lah juga Ummi, siap nyanyi bagai anak bujang Ummi ni!)

'Kalau aku kaya'..(sambil buat gaya ikut suka dia)

Tergelak..' oooo..patutlah Syirah marah Amar, cuba nyanyi lagu best2 sikit'

'Best apa lagu tu Ummi, jadi orang kaya kan best'.

Hehehhehehe, di saat 'krisis orang minyak' ni, lagu tu best katanya :)

*Insyirah adalah rakan sekelas Amar semenjak dari tadika lagi, Anak dara kecil yang comel secomel ibunya, Puan Sapura..:)

Sumber:Youtube


September 06, 2013

Sedih

Sekembali dari sekolah, Amar mengkhabarkan,

'hari ni ummi.semua murid Tahun 6 bersedih..diorang nangis2..salam2 dan peluk2 cikgu, Amar jadi tak fahamlah Ummi..kenapa diorang sedih beramai-ramai?' (ini memang bahasa Amar, agak skema kan?)

Faham dan tahu murid2 Tahun 6 sedang di 'larian terakhir' utk UPSR mereka, saya menerangkan;

'itu satu kebiasaan bagi pelajar2 tahun peperiksaan..mereka minta maaf dan minta restu guru2, lepas ni nak periksa..kemudian mereka akan masuk ke sekolah menengah pula' (bahasa saya pun skema hahahhaa)

tiba2 mata Amar berkaca dicampur dengan mimik muka yang sedih,

'Amar rasa menyesallah pulak, sedih pun ada'

'Kenapa pula?'

'Amar rasa sedih nak meninggalkan cikgu Amar..Amar kena cuti masa UPSR..'

Saya...'Err..'

????? (Serius dia sedih!)

Sanggup Potong Elaun?

Di tengah-tengah kekalutan rakyat marhaen mencongak kos harian/ bulanan/ tahunan kehidupan masing-masing, khabar-khabarnya ada menteri yang sanggup dipotong elaun mereka demi merasai kejerihan rakyat. Harap-harapnya rasa ingin 'berkorban' itu dimaknai sepenuhnya.

Rujuk seperti artikel ini : Menteri Sanggup Potong Elaun.
Sumber : Sinar Harian

September 05, 2013

Helikopter Selamatkan Spiderman



Sikat Ummi jadi helikopter, Remote TV jadi remote helikopter
 Di tengahari yang renyai-renyai manja ini, mari kita melayan imaginasi kanak-kanak berusia 2 tahun setengah bernama Rayyan..:). Sikat saya sudah bertukar fungsi menjadi helikopter, 'remote control' TV pula dijadikan 'remote' untuk helikopter jadiannya.
Spiderman berlawan atas jambatan
Ok, dalam diam-diam Rayyan buat jambatan, 'Spiderman dah pengsan!' katanya. Spiderman kecil ada 3 di rumah ini. Seorang satu untuk Amar, Iman dan Rayyan. Yang pengsan itu 'Spiderman Amar', saya tanyakan kepada Rayyan, 'Macamana Spiderman Amar boleh pengsan?'. Jawab Rayyan, 'Spiderman Adik (Rayyan) terlalu kuat!Adik nak panggil ambulans helikopter pulak'..

hehhehe

September 04, 2013

Naskhah Natrah

Naskhah Natrah yang saya beli pada 19 Mac 2010
 Petang ini, saya berkesempatan menonton sebentar cerita Natrah di Astro Prima. Iman dan Rayyan tertidur keletihan, maka saya sempat melayan diri. Naskhah di atas saya beli pada Mac 2010. Ia antara koleksi buku kesayangan saya hasil tulisan Datin Fatini Yaacob, individu yang saya hormati dan pernah saya kenali ketika berkhidmat di ABIM suatu ketika dahulu.
Pembawa watak Cik Aminah (ibu angkat Natrah) dan Mansor Adabi (suami Natrah)
 Secara peribadi, saya memang suka cerita sejarah. Apatah lagi sejarah kebangkitan/ kesedaran kelompok Islam. Natrah, peribadi yang dirakamkan pada naskhah dan cerita menjadi satu bukti 'kuat'nya suara berjiwa Islam meskipun masih dalam serba kekurangan pada waktu itu. Siapa sangka kisah Natrah bukan sekadar membongkar kebongkakan barat tetapi turut menjadi titik tolak perjuangan perundangan Islam di negara kita dan di rantau sini umumnya.

Juliana Evan sebagai Natrah
Natrah yang sebenar telah meninggal dunia pada 8 Julai 2009. Meninggalkan dunia dengan 1001 cerita cinta dan airmata.

Rabu Tanpa Bicara-Polis ke Bomba?



Rayyan dan aktiviti paginya. Mula-mula dia 'buat' topeng, lepas tu dia main tembak-tembak. Saya tanya, 'Rayyan jadi polis ke bomba'. Rayyan jawab, 'Rayyan bertukar!'. Hehehehe, sekejap dia jadi polis kemudian jadi bomba pula..

*Sila abaikan latarbelakang yang bersepah tu ye!

September 03, 2013

Orang Minyak, Naik Minyak!

Bismillah..apa berita utama September 2013?Sudah tentu berita kenaikan harga minyak. Dua puluh sen!Siapa yang kata kenaikan ini sedikit?Sedangkan naiknya minyak pada kadar 5 sen cukup menaikkan lagi harga-harga runcit yang lain, apatah lagi dengan kenaikan mendadak 20 sen sebegini.

BRIM dinaikkan..diselaraskan?

Saya secara perbadi memandang penyelesaian ini sebagai penyelesaian gula-gula dan penyelesaian tidak bijak. Jauh benar kaitan petrol dan BRIM itu. Siapa sahaja yang peroleh BRIM?Saya sekeluarga sudah tentu tak pernah. BRIM yang setahun sekali itu dari mana puncanya? Dari pembayar-pembayar cukai yang rata-ratanya tak 'merasa' pun BRIM itu kan? Petrol pula bagaimana..adakah kami membayarnya setahun sekali?Adakah rakyat yang menerima BRIM sahaja membayar harga minyak..semua kena bayar kan?Semua menanggung kos kan?

Aduhai!Entri saya kali ini entri rakyat yang sedang murka, orang minyak sedang bermaharajalela!

September 02, 2013

Semanis Kurma - Ulangan 'Anak Terlebih Manja'


Kala ini, saya sedang mengikuti rancangan ulangan Semanis Kurma 'Anak Terlebih Manja'. Tetamu rancangan ini, Ustazah Isfadiah, Dato' Seri Syed Zainal Abidin dan Datin Seri Azizan Hashim. Saya tak puas tengok ia bersiaran minggu lepas, alhamdulillah saya berkesempatan mengikuti ulangannya pagi ini. Saya mengagumi ketiga-tiga tetamu ini dan suka mengikuti perkembangan/ perbincangan mereka.

Menyentuh tentang tips menangani karenah anak, Dato' Seri menggariskan 'agama' sebagai dasar utama. Ujar Dato' Seri, 'kita jangan khuatir..tiada istilah terkebelakang sekiranya kita hantar anak ke sekolah agama, sememangnya agama itu asas dalam pendidikan anak-anak'. 'Kita jangan terleka dengan tumpuan menjadi 'ayah' tetapi kita juga harus berperanan sebagai 'kawan' terutamanya ke atas anak-anak zaman sekarang'.

Saya cukup tersentuh bilamana Datin Seri Azizan Hashim menitiskan airmata mendengar luahan kata-kata anak mereka, Syed Muhammad Adam yang dihubungi terus melalui telefon. Bila ditanya, dengan manisnya Datin Seri berkata ' Saya rasa berpuashati bila mendengar kata-kata anaknya yang bersulam pujian kepada Allah. Alhamdulillah..' dan ini merujuk kepada keberhasilan mereka mendidik berdasarkan fitrah sebenar, iaitu berbalik kepada Allah.

Ustazah Isfadiah memang jarang mengecewakan saya dengan pengisiannya. Saban minggu saya juga jarang ketinggalan slot beliau dalam Assalamualaikum AlHjrah dalam kupasannya berkaitan pendidikan anak-anak cara Rasulullah. Semoga lebih banyak sosok-sosok pendidik dan pencetus inspirasi ini diketengahkan lagi dalam masyarakat kita.

September 01, 2013

Ayam Bakar Rumah Terbuka

Bismillah..di saat kesibukan saya mengurus demam anak, saya tertinggal salah satu 'segmen' penting di hujung-hujung Syawal ini. Saya berkira-kira mengkhabarkan tentang 'Projek Ayam Bakar' kami yang berjalan ketika hujung minggu. Lanjutan dari gerai ayam bakar ketika Ramadhan yang lepas, kami menerima 2 kali tempahan untuk acara rumah terbuka pada Syawal kali ini. 25 ekor untuk minggu lepas dan 20 ekor pula pada minggu ini. Alhamdulillah, ada yang sudah mula menanam keyakinan pada resepi ayam bakar kami.

Itulah, di saat kami bersangka-sangka baik dengan ujian demam anak beranak, Allah kurniakan jalan rezeki yang lain pula untuk kami. Kami belum boleh menyediakan tempahan pada volum yang tinggi, bagi pem'bakar' kecil-kecilan dan hujung-hujung mingguan seperti kami, tempahan 40 ekor kiranya adalah maksima pada kapasiti kami. :)

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...