'Ummi, tadi Amar kena marah dengan Insyirah'. 'Dia garang hari ni Ummi'
'Oklah tu, budak perempuan memang kena garang sikit. Amar buat apa dengan Insyirah, mesti ada sebab dia marah Amar'
'Tadi, Amar nyanyi kat dia'
'Nyanyi?Lagu apa'..(agak terkejut lah juga Ummi, siap nyanyi bagai anak bujang Ummi ni!)
'Kalau aku kaya'..(sambil buat gaya ikut suka dia)
Tergelak..' oooo..patutlah Syirah marah Amar, cuba nyanyi lagu best2 sikit'
'Best apa lagu tu Ummi, jadi orang kaya kan best'.
Hehehhehehe, di saat 'krisis orang minyak' ni, lagu tu best katanya :)
*Insyirah adalah rakan sekelas Amar semenjak dari tadika lagi, Anak dara kecil yang comel secomel ibunya, Puan Sapura..:)
Sumber:Youtube
15 comments:
Lagu ini kian popular meniti di mulut anak-anak muda sekarang ini.
TI, mungkin kerana iramanya yg 'catchy'...
hehehehe kelakar pulak entri ni...macam2 telatah budak2 la ni :)
Lea..seronok melayan kerenah anak-anak, saya memang suka berbual dgn anak2.
pandai betul amar ni.. aiza pun suka juga dengar lagu ni.. hehe..
Aiza, akak pun suka hehehhe :)
kalau dgr lagu ni...dan2 tu tak sabo nak jadi kaya. camno? huhuhuhu
Redrose..yg menyanyi tu pun last2 ada lirik dia 'hai..bilalah nak kaya..' kan?hehehhe
Hahahaha...kalau saya kaya saya ingin berhijrah dari bumi ke mana2 planet lain yg tak ada peperangan, tak ada jenayah, manusia hidup penuh santun dan harmoni...
...kan?hehehhe..petrol free..gas free..dgn syarat..kita boleh bernafas di planet itu..
wahhh :)pandainya ..lagu ini kian popular di kalangan kanak2
he3..best lagu ni =) lirik dia pn byak yg positif..lpas ni Amar kena nyanyi lg nasyid la pula..bru kawan dia suka..comel je budak2
Acik..tu lah nak kena 'pandu' kecenderungan anak2 ni..zmn sekarang semuanya di hujung jari..
SKA..Amar mmg suka bernyanyi dan bernasyid..namanya sahaja terinspirasi dari lagu Sumayyah..:),gara2 Ummi suka sgt lagu Sumayyah..letak nama anak jadi Amar..:)
best lagu ni..lagi2 sejak harga minyak naik..hee :P
kan akmal..terasa relate pulak hehehhe
Post a Comment