Bismillah..apa berita utama September 2013?Sudah tentu berita kenaikan harga minyak. Dua puluh sen!Siapa yang kata kenaikan ini sedikit?Sedangkan naiknya minyak pada kadar 5 sen cukup menaikkan lagi harga-harga runcit yang lain, apatah lagi dengan kenaikan mendadak 20 sen sebegini.
BRIM dinaikkan..diselaraskan?
Saya secara perbadi memandang penyelesaian ini sebagai penyelesaian gula-gula dan penyelesaian tidak bijak. Jauh benar kaitan petrol dan BRIM itu. Siapa sahaja yang peroleh BRIM?Saya sekeluarga sudah tentu tak pernah. BRIM yang setahun sekali itu dari mana puncanya? Dari pembayar-pembayar cukai yang rata-ratanya tak 'merasa' pun BRIM itu kan? Petrol pula bagaimana..adakah kami membayarnya setahun sekali?Adakah rakyat yang menerima BRIM sahaja membayar harga minyak..semua kena bayar kan?Semua menanggung kos kan?
Aduhai!Entri saya kali ini entri rakyat yang sedang murka, orang minyak sedang bermaharajalela!
7 comments:
setuju sangat dengan entri ini.. masa mula-mula mendengar berita itu rasa kelakar juga.. BR1M dijadikan alasan untuk kenaikan harga minyak adalah sesuatu yang tidak relevan.. berterus terang sahajalah 'pihak yang berkenaan' tidak mampu lagi menanggung subsidi minyak..
Aiza..mungkin ada yg x kisah..tp saya cukup kisah. harga minyak umpama 'nadi' harga runcit/borong yg lain..sementelah bukan sekadar petrol..diesel yg jadi bhn utama lori/van/kontena juga naik seterusnya meningkatkan lagi kos pengusaha..dan akhirnya nanti kerencatan mikro ekonomi di kalangan isirumah akan turut menjejaskan ekonomi makro..wallahu a'lam..
Kalaulah Menteri, Timbalan Menteri guna wang sendiri untuk bayar harga petrol agaknya mereka juga memahami kesengsaraan rakyat. Sayangnya petrol utk kereta mereka ditanggung oleh kerajaan, bil utiliti di rumah mereka pun ditanggung oleh kerajaan, naik berapa banyak pun mereka mungkin cuma memahami tapi tapi tak merasai seperti kita rasai..
hu3 isu yg hangat sekarang ni =) bila nasi dah jadi bubur mmg mcm ni la jdnya..rsa nk marah juga, tp kita tgok jelah ape rancangan pihak menteri nnti..hrap mereka tgok golongan yg bawahan
JR...alangkah bertuahnya jika begitu, sdgkan penjawat awam kerajaan pun ada Elaun khusus dan minyak tol ditanggung,apatah lagi glgn menteri, sebenarnya ia bergantung pada individu itu sendiri..tapi berapa kerat yang sanggup?
S.K.A, rakyat makin bijak maka pentadbir negara perlu lebih bijak :)
Suka dengan istilah "penyelesaian gula-gula".
TI..terma itu yang saya fikir sesuai..:)
Post a Comment