September 04, 2013

Naskhah Natrah

Naskhah Natrah yang saya beli pada 19 Mac 2010
 Petang ini, saya berkesempatan menonton sebentar cerita Natrah di Astro Prima. Iman dan Rayyan tertidur keletihan, maka saya sempat melayan diri. Naskhah di atas saya beli pada Mac 2010. Ia antara koleksi buku kesayangan saya hasil tulisan Datin Fatini Yaacob, individu yang saya hormati dan pernah saya kenali ketika berkhidmat di ABIM suatu ketika dahulu.
Pembawa watak Cik Aminah (ibu angkat Natrah) dan Mansor Adabi (suami Natrah)
 Secara peribadi, saya memang suka cerita sejarah. Apatah lagi sejarah kebangkitan/ kesedaran kelompok Islam. Natrah, peribadi yang dirakamkan pada naskhah dan cerita menjadi satu bukti 'kuat'nya suara berjiwa Islam meskipun masih dalam serba kekurangan pada waktu itu. Siapa sangka kisah Natrah bukan sekadar membongkar kebongkakan barat tetapi turut menjadi titik tolak perjuangan perundangan Islam di negara kita dan di rantau sini umumnya.

Juliana Evan sebagai Natrah
Natrah yang sebenar telah meninggal dunia pada 8 Julai 2009. Meninggalkan dunia dengan 1001 cerita cinta dan airmata.

17 comments:

Wie Mohamad said...

aslmkm..tq kak sudi follow kite heheh...minat pasl natrah ye..pnah dgr pasal natrah gak..sedih la kisah dia..

Unknown said...

waalaikumussalam..:)hehehehe salam kenal!akak suka baca buku genre sejarah, kisah Natrah pula adalah kisah benar yang dibukukan faktanya..

perasaan bercampur baur baca kisahnya dik :)

Zana S said...

Sempat tgk sampai menari ulek mayang. Omputeh dengki tu duk tenung penuh makna. Lelepas tu tak terjangkau nak tunggu depan tv. Mana mu dpt? Klau ada bagitau eh. Macih...

Zana S said...

Sempat tgk sampai menari ulek mayang. Omputeh dengki tu duk tenung penuh makna. Lelepas tu tak terjangkau nak tunggu depan tv. Mana mu dpt? Klau ada bagitau eh. Macih...

Mizz Aiza said...

tak pernah mengikuti kisah ini.. nampak menarik..

Unknown said...

zana..aku tgk kat Astro Prima tadi..buku pulak aku masa book fair 2 tahun lepas..MPH/Popular ada rasanya..aku x ingatlah pulak berapa harga..

Aiza..cerita Natrah ini cerita fakta,menarik dan boleh membangkitkan semangat bila kita telusuri sejarahnya..

Ujie Othman said...

Saya pun suka kisah sejarah. Mmg teringin nak beli buku natrah ni...dah berapa kali membelek bila ke kedai buku, tapi tak amik2 sbb rege dia. Nanti bila ada bajet, mesti amik jugak. :)

Unknown said...

ujie..mmg berbaloi..

saya sejak jadi surirumah sepenuh masa ni mmg berdikit2 simpan duit utk beli buku yg saya inginkan, ada bajet dan cukup baru saya dapatkan..:)

Anonymous said...

nice story kan ...

Unknown said...

KA, very nice n indeed a legend historic story..

Unknown said...

belum pernah tonton cerita ni lagi.. Teringin juga nak tonton..

Unknown said...

Erin, x pasti siarannya ada lagi atau x,tp selalunya astro ni ulang2 jugak kan?

cerita ni pernah diadaptasi ke teater oleh erma fatima,tp sy x pernah tonton.

Fais-SKA said...

minat dgn kisah natrah ni bila kisah ni ditayangkn di majalah3, tp xthu sgt kisah sebenar disebalik natrah..dalam cerita kt tv, sma ke dgn dlam buku 2??

Maria Firdz said...

hari tu smpt gak tgk kt tv,,, tpi skjap je.. best juga citernya...

Unknown said...

SKA..saya mencadangkan utk buku tersebut bg mengetahui kisahnya,buku Natrah tulisan Datin Fatini adalah catatan dan kajian serta pengalamannya menjejak cerita Natrah bertahun2, drama di TV ringkas dan tak lari dari faktanya, cuma khabarnya Natrah yang diteaterkan ada sedikit kelainan 'jiwa' seperti yang disifatkan penulis.

Maria, cerita yang penuh iktibar dan merubah landskap perundangan syariah di negara kita :)

Tetamu Istimewa said...

Hebat. Saya pun belum beli dan baca buku ini. Tahniah!

Unknown said...

TI,terima kasih.Saya pasti anda lebih bersemangat utk membeli dab membacanya, saya sendiri baca berulang2..:)

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...