Rayyan sudah 2 tahun menyusu badan. Ketika ini saya beransur-ansur memberikannya susu bancuh. Guna cawan dan kadangkala dengan botol. Ini ayat-ayat Rayyan;
'Ummi, adik nak shu..' sambil tunjuk t/ware berisi susu Fernleaf, susu yang saya dan Amar minum)
Saya bancuhkan dalam botol..
'Nanak..bukan..bukan..adik nanak....' mula merengek dan geleng-geleng kepala.
'tadi kan adik kata nak susu'
'nanak..adik nak shu itam (susu hitam)'
'mana ada susu hitam dik..semua susu putih'
'nanak..!' kemudian dia ambil kerusi kecil yang memang ada di dapur, kemudian dia naik atas kerusi tersebut seterusnya menyentuh t/ware berisi serbuk Milo..
'adik nak shu itam'
ohohoho..rupanya Rayyan nakkan Milo..tapi dia cakap 'Shu Itam'..susu hitam..hehehhe
February 08, 2013
February 07, 2013
Nasi Goreng
Sepanjang Amar sudah bersekolah, saya dedikasikan diri untuk menyediakan bekal dia ke sekolah saban hari. Ringkas, mudah dan yang penting 'air tangan Ummi'. Nasi goreng, bihun goreng, hotdog, spagheti antara menu yang saya sediakan sepantas mungkin sebelum Subuh lagi.
Saya perasan Amar kurang gemar bila saya bekalkan nasi goreng untuknya. Pernah sekali dia langsung tak menjamahnya. Alasannya? 'Sebab Ummi letak sayur dalam nasi goreng'. Benar..saya letakkan kacang pis, lobak, sawi. Amar menambah; 'Nasi goreng kat kantin lagi sedap, dia letak kicap aje..'..aduhai!
Atas tujuan mendidik untuk tidak membazir, saya buat-buat merajuk dan beri 'khutbah' panjang lebar tentang usaha seorang Ummi, juga jerih payah abah mencari rezeki. Ditambah dengan fakta-fakta nutrisi yang saya fikir tak terjangkau dek akalnya buat kali ini.
Semalam, Amar tidak habiskan nasi goreng yang saya bekalkan untuknya..alasannya sama..sayur!Kemudian, demi menjaga hati saya..elok-elok sahaja Amar berkata; 'takpelah Ummi, nasi goreng tu Amar sedekahkan untuk Ummi, tak pun sedekah untuk Rayyan..'
Sedekah?Allah..pandai dia menyusun kata ye!
*hari ini, saya bekalkan dia nasi putih, ayam goreng dan sawi goreng...saya dapat mengagak apa yang tinggal dalam tupperware saya tengahari nanti...:)

Siput Pahat Bagan Lalang
Abah dan Nenek |
February 06, 2013
Selangor Negeriku
Terbentang indah
banjaran gagah
Negeri makmur
tanahnya subur
Rakyat bersatu aman
sentosa
Selangor negeri
tercinta
Para petani seluruh
negeri
Memadu tenaga
mencurah bakti
Pada negeri dan juga
bangsa
Di bawah payung baginda
Maju maju arah dituju
Kerja kuat penuh
semangat
Gagah berdiri penuh
berdikari
Matlamat yang sungguh
murni
Maju bangsa maju
Negara
Padu erat rakan dan
taulan
Gagah perkasa di mata
dunia
Negeri Selangor Darul
Ehsan
Tiba-tiba teringat lagu ini. Entah apa tajuknya, saya cuma
ingat lirik dan nadanya. Lagu ini ketika saya sekolah rendah kalau tak silap,
zaman2 Dr Mahathir menjadi PM. Biasalah, selalunya perkara atau benda yang
dihafal ketika zaman kanak-kanak,ingatannya dibawa ke tua..:)
February 05, 2013
Mek Di tukar Ramly
Tagging
Pensel warna Iman |
Nama dan kelas Amar untuk tampal di buku teks, latihan dan buku tulis |
Set alatulis Amar |
Saya print di sebuah kedai percetakan. Mengambil idea ini, pemilik dan pengusaha kedai tersebut juga membuat tag sebegini untuk anaknya yang juga masuk Tahun 1.
*Setakat ini..pemadam berwajah "Nemo" sudah MIA..:)
Jejaka-jejaka kesayangan
Abah dan Amar |
Handsome tak? |
2 Jumaat abah dapat bercuti, 2 Jumaat Amar berpeluang ikut abah Solat Jumaat. Saya belum berani melepaskan bujang kecik 7 tahun ini bersendirian kala waktu Jumaat sementara saya menyiapkan keperluannya ke sekolah agama. Perancangannya, ketika dia menginjak besar sedikit saya bercadang menghantar dan menunggunya Solat Jumaat (di samping adik-adiknya). Moga dipermudahkan nanti.
Maka, selagi ada peluang..dia mesti ikut abah..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)