February 07, 2013

Nasi Goreng

Sepanjang Amar sudah bersekolah, saya dedikasikan diri untuk menyediakan bekal dia ke sekolah saban hari. Ringkas, mudah dan yang penting 'air tangan Ummi'. Nasi goreng, bihun goreng, hotdog, spagheti antara menu yang saya sediakan sepantas mungkin sebelum Subuh lagi.

Saya perasan Amar kurang gemar bila saya bekalkan nasi goreng untuknya. Pernah sekali dia langsung tak menjamahnya. Alasannya? 'Sebab Ummi letak sayur dalam nasi goreng'. Benar..saya letakkan kacang pis, lobak, sawi. Amar menambah; 'Nasi goreng kat kantin lagi sedap, dia letak kicap aje..'..aduhai!

Atas tujuan mendidik untuk tidak membazir, saya buat-buat merajuk dan beri 'khutbah' panjang lebar tentang usaha seorang Ummi, juga jerih payah abah mencari rezeki. Ditambah dengan fakta-fakta nutrisi yang saya fikir tak terjangkau dek akalnya buat kali ini.

Semalam, Amar tidak habiskan nasi goreng yang saya bekalkan untuknya..alasannya sama..sayur!Kemudian, demi menjaga hati saya..elok-elok sahaja Amar berkata; 'takpelah Ummi, nasi goreng tu Amar sedekahkan untuk Ummi, tak pun sedekah untuk Rayyan..'

Sedekah?Allah..pandai dia menyusun kata ye!

*hari ini, saya bekalkan dia nasi putih, ayam goreng dan sawi goreng...saya dapat mengagak apa yang tinggal dalam tupperware saya tengahari nanti...:)

No comments:

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...