Alhamdulillah, majalah ini sudah di tangan. Edisi ini, keluaran kedua akhir langganan saya untuk tahun ini. Pesta Buku akhir bulan ini pastinya untuk memperbaharui langganan, dengan keizinanNya jua inshaAllah.
Bagi keluaran Mei ini, saya suka dengan fesyen ibu dan anak perempuan yang senada (sesuai untuk tatapan mata Ummi n Iman). Tak lupa siri perbincangan pakar berkaitan 'Aktiviti Bermain dalam Dunia SiKecil'. Perbincangan ini sudah masuk Bahagian 4. Bagi saya ia info yang sangat bagus dan membantu saya dalam usaha mendidik dan memelihara anak-anak.
Ok..sila-silakan membaca, tambah-tambahkan maklumat yang ada..:)