May 05, 2013

505- Hari Mengundi

5 Mei 2013 Akhirnya...!

Hari ini hari pembuangan undi untuk rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar. Saya beratur panjang di saluran 6 SMK Seafield, saluran yang rata-ratanya berusia 30-35. Penuh...depan saya warga India..belakang saya Melayu, selang seorang warga berbangsa Cina (saya cari-cari juga warga 'Bangla' hehehhe). Saluran 4 dan 5 paling laju!Umur sekitar 36-40 an, sangat mudah mereka itu..daftar dan terus mengundi sedang saya di saluran 6 beratur hampir 2 jam.

Selesai di USJ 2 kami terus ke Batu Laut. Kali ini giliran suami di kampung halamannya. Saya dan anak-anak tunggu di kereta, tak sampai 10 minit suami sudah keluar sambil tunjuk jari telunjuknya yang sudah bertanda. Untunglah..masuk, daftar dan terus mengundi.

PRU akan datang kami sepakat tukar alamat di kediaman sedia ada. Tak perlulah ke sini sana selepas ini..:)

*Saya sayang Selangor!

2 comments:

sweet tooth said...

lamanya ko beratur...aku sejam je... tu pun dapat la tengok kelibat khalid ibrahim mengundi kat kampung aku. hehehehe...dah tukar alamat agaknya dia...

Unknown said...

situ ramai rakyatnya..huhuhu..pas ni aku nak tukar alamat ke Alam Jaya, undi kat kampong hehe

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...