May 07, 2013

Walimah 0405

Sehari sebelum PRU 13, kami memenuhi jemputan walimah Faizah dan suaminya Ruzaimi di Kg Nelayan Baru, Sg. Besar. Faiz, junior saya ketika di SMKASL dan juga rakan seperjuangan dalam PKPIM dan ABIM.

Kami sekeluarga bersama pengantin

Serentak dengan kemeriahan hari terakhir kempen PRU 13, perjalanan kami dari Alam Jaya ke Sungai Besar sungguh berwarna-warni dengan aneka kempen di sepanjang perjalanan kami ke sana. Bermula dengan Kuala Selangor yang tenang, kehangatan kempen PRU sangat terasa bila kami berada di Pekan Tg Karang. Jalan agak jem, mujur suasana tidak terlalu panas. Kiri kanan jalan dipenuhi penyokong parti-parti yang bertanding seolah-olah 'menyambut' para pengguna jalanraya. Saya fikir rata-rata pengguna jalanraya hari itu adalah mereka yang pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi keesokan harinya.

Melalui Sekincan, Sg Nibong, Sg Hj Dorani dan seterusnya Pekan Sg Besar, kami kagum dengan kematangan dan keharmonian mereka yang berkampung di sini. Meskipun berlainan warna bendera, keraian PRU 13 seakan 'hari raya' yang disambut dengan wajah ceria dan gembira. 'Thumbs up' sesama sendiri ketika berselisih kereta berbeza warna parti yang diwakili.

Tiba di kediaman pengantin (agak jenuh mencari parking..:)), hati sejuk dengan layanan mesra pasangan pengantin dan keluarga. Kami tidak kisah berlama-lama menunggu pengantin reda seketika kerana rumah Faiz betul-betul berhadapan surau. Mudah me'nyetelkan' urusan diri sendiri dan melepas lelah mengejar anak-anak yang tidak kira aktif walau di mana.

Ketika majlis, saya berkesempatan berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sudah lama tidak bertemu muka. Azareka, Fatimah Zakiah, Azura (Achik), Kak Wan Azizah, Shidah..wajah-wajah yang selama ini hanya ter'update' berita di FB. Alhamdulillah, lepas juga rasa rindu yang bertamu.

Faizah dan Kak Izah

Seusai majlis, saya ajak suami singgah di Pekan Sg Besar. Membeli sedikit keperluan dan mengimbau kenangan 'minum petang' di Restoran Kuala Kurau ketika zaman persekolahan dahulu. Sambil menikmati cucur udang 'Kuala Kurau' kami seronok pula melihat suasana kempen di tengah-tengah pekan. Teruja dengan situasi, dalam perjalanan keluar pekan, kami ikut sekali konvoi kenderaan di situ..:).

Perjalanan balik lebih menarik kerana hari sudah menjelang petang. Kibaran bendera-bendera parti, kereta-kereta berkonvoi, juga hon sesama penyokong sangat menghangatkan suasana. Laluan bertentangan arah Kuala Selangor ke Tg Karang sangat 'melekat'. Mujur kami berlawan arus, maka perjalanan kami santai-santai sahaja...:)

*Adinda Faizah dan suami..Selamat Menempuh Kehidupan Baru. Moga pernikahan kalian membuahkan benih-benih syurga dan memudahkan jalan di dunia untuk jambatan ke sana. Terima kasih atas jemputan, moga akan ada pertemuan lagi selepas ini.

No comments:

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...